CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2102|Reply: 0

[Terengganu] Taburan hujan lebih 200 mm punca banjir

[Copy link]
Post time 22-11-2023 04:54 PM | Show all posts |Read mode

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Rosman Abdullah ditemui ketika meninjau di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol di sini. FOTO FAIZUL AZLAN RAZAK

Kuala Terengganu: Hujan lebat luar jangkaan antara punca berlaku banjir di lima daerah di negeri ini sejak Isnin lalu.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Rosman Abdullah berkata, pihaknya mendapati taburan hujan sehingga melebihi 200 milimeter (mm) di negeri ini.

Menurutnya, ketika ini pihaknya mendapati paras air sungai-sungai utama terutama di kawasan hulu belum melepasi paras bahaya.

"Kita dapati taburan hujan yang begitu lebat melebihi 200 mm sehingga menyebabkan banjir.



"Hari ini kita dapati cuaca mendung dan berlaku sedikit hujan di beberapa kawasan. Bagaimanapun, keadaan banjir beransur pulih dan jumlah mangsa di PPS semakin menurun hari ini.

"Kalau ikut ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) akan hujan sehingga Jumaat ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol, di sini, hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri Hanafiah Mat meninjau dan menyantuni mangsa di PPS terbabit.

Katanya, pihaknya juga giat melakukan misi menyelamat dan pemindahan mangsa yang terjejas akibat banjir untuk dihantar ke PPS.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 200-mm-punca-banjir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 1.247225 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list