|
Sebahagian penduduk meredah banjir membawa peralatan peribadi menuju ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas kediaman mereka dinaiki air ketika tinjauan di Taman Murni Permai, Tok Jembal hari ini. FOTO GHAZALI KORI
Kuala Terengganu: Lima sekolah di negeri ini ditutup hari ini akibat banjir yang turut menyebabkan jalan ditenggelami air susulan hujan berterusan sejak semalam.
Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Azman Othman @ Abdullah berkata, murid dan pelajar akan mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Katanya, lima sekolah yang ditutup ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Budiman, SK Losong, SK Tok Dir, SK Bukit Puteri, Besut dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Telanai.
Katanya, sebuah lagi sekolah yang ditutup kerana dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) adalah SK Chendering.
"Kita anggarkan, lebih 1,200 murid dan pelajar terbabit dengan penutupan akan mengikuti PdPR.
"Sekolah akan dibuka semula apabila banjir pulih selepas mendapat nasihat daripada agensi berkaitan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... up-murid-ikuti-pdpr |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|