CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 962|Reply: 0

[Kedah] 32 kapal persiaran mewah bawa 50,000 pelancong antarabangsa ke Langkawi

[Copy link]
Post time 13-11-2023 04:42 PM | Show all posts |Read mode

Sebahagian 2,840 penumpang dan kru kapal persiaran mewah Norwegian Jewel dari Norway disambut meriah dengan perarakan sirih junjung serta paluan gendang peribumi sejurus berlabuh di Langkawi Cruise Terminal, di Tanjung Malai, Langkawi. - Foto NSTP/Hamzah Osman




LANGKAWI: Pulau ini bakal menerima kehadiran 50,000 pelancong asing menerusi 32 kapal persiaran mewah yang berlabuh di sini, mulai hari ini sehingga awal Mei tahun hadapan.

Dalam tempoh itu, setiap kapal persiaran mewah yang belayar dari perairan antarabangsa itu bersedia menurunkan di antara 1,500 dan 2,000 pelancong pelbagai negara, khususnya benua Amerika dan Eropah.



Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menerusi satu kenyataan, berkata 14 kapal persiaran mewah bakal membawa masuk 22,000 pelancong asing ke pulau pelancongan ini bermula hari ini hingga akhir Disember ini.

"Selebihnya, seramai 28,000 pelancong antarabangsa lagi bakal masuk ke pulau ini menerusi sekurang-kurangnya 18 kapal persiaran mewah sepanjang tempoh Januari hingga Mei tahun hadapan.

"Perkembangan itu memberi petanda positif dan industri pelancongan tempatan diyakini bakal menapak lebih laju untuk kembali pulih dari keadaan sukar ketika ini menjelang suku kedua tahun hadapan," katanya.

Menurut kenyataan itu, sebagai permulaan kapal persiaran mewah Norwegian Jewel dari Norway menurunkan 2,840 penumpang dan kru sejurus berlabuh di Langkawi Cruise Terminal (LTC) di Tanjung Malai di sini, hari ini.

"Ketibaan mereka pada jam 11 pagi disambut meriah dengan perarakan sireh junjung dan paluan gendang peribumi anjuran Bahagian Pelancongan LADA dengan kerjasama Resort World Langkawi (RWL) dan TCL.

"Pada masa sama, RWL selaku tuan rumah menganjurkan Festival Kraf dan Makanan selama sehari bertujuan memberi peluang pelancong antarabangsa berkenaan dan penduduk menikmati keenakan makanan tempatan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... ong-antarabangsa-ke

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kanye West hilang!
BicaraHatikuKanye West hilang!
Views : 6638 Replies : 9
Imran Bard mohon maaf hasilkan ‘content’ berunsurkan LGBT - "Tuduhan itu adalah sesuatu yang sangat berat"
RalineImran Bard mohon maaf hasilkan ‘content
Views : 3068 Replies : 6
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 202634 Replies : 7527
Zazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak, sama nasib macam Cakra Khan
RalineZazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak
Views : 30567 Replies : 16
Wanita bengang- adik ipar rakam dan sebar video anak pakai lampin tak berpakaian
RalineWanita bengang- adik ipar rakam dan seba
Views : 29548 Replies : 1
Kastam bingung KLIA 'laluan panas' seludup haiwan liar
RalineKastam bingung KLIA 'laluan panas
Views : 30644 Replies : 19
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 120005 Replies : 5128
Bekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa kemuka nama asnaf tak layak terima zakat
RalineBekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa
Views : 36494 Replies : 14
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 4918 Replies : 6
Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat Dunia Maut Kemalangan
^CUN_GILA~.Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat D
Views : 29591 Replies : 39

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.347834 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list