CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 862|Reply: 0

[Terengganu] APM Terengganu siap siaga aset, logistik hadapi MTL

[Copy link]
Post time 13-11-2023 12:32 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN

Kuala Nerus: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu kini dalam keadaan bersiap siaga aspek keanggotaan serta kekuatan aset di darat dan air bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) di seluruh negeri itu.

Timbalan Pengarah (Operasi) APM Terengganu Mejar (PA) Mohd Hafiz Asikin berkata, pihaknya akan menggerakkan seramai 750 pegawai dan anggota menjalankan tugas apabila banjir melanda.

Menurutnya, pihaknya juga akan menempatkan aset serta logistik di setiap daerah sebagai persediaan awal bagi memastikan kesiapsiagaan menghadapi monsun kali ini pada tahap baik.

"Pada MTL kali ini, kita menyediakan pelbagai aset termasuk kekuatan logistik membabitkan 15 buah ambulans, 63 buah bot pelbagai saiz dan lapan buah lori serta aset yang lain.



"Justeru itu, kita nasihatkan kepada seluruh masyarakat di negeri ini hendaklah peka dengan amaran cuaca dari semasa ke semasa dan apabila menerima amaran segera berpindah untuk mengelak sebarang risiko yang tidak diingini berlaku," katanya.

Mohd Hafiz berkata, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS ) juga sudah mengenal pasti 262 'hotspot' berlakunya banjir di negeri itu.

Beliau berkata, walaupun mendapati data terbabit menunjukkan peningkatan berbanding sebelum ini yang berisiko dinaiki air, namun agensi sudah bersiap sedia.

"Kita sudah bersiap sedia dengan memberi amaran awal dan mengharapkan penduduk-penduduk terutama di kawasan 'hotspot' peka sekiranya berlaku air pasang besar di kawasan mereka.

"Penduduk juga disaran perlu mendapatkan pendedahan dengan memperoleh maklumat daripada laman sesawang pihak berkaitan dan info-info bencana yang soheh dari semasa ke semasa.

"Selaku Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana APM Terengganu, saya menasihatkan kepada penduduk yang berisiko dinaiki air di sekitar kawasan rumah mereka segera berpindah apabila mendapat arahan banjir," katanya.

Mohd Hafiz berkata, pihaknya akan menjalankan rondaan dan pemantauan selepas METMalaysia mengeluarkan amaran berlakunya hujan lebat akan melanda di negeri itu.

Menurutnya, pihaknya juga akan mengerahkan anggota ke kawasan yang dikenal pasti berisiko banjir untuk memantau kawasan terbabit.

"Selain itu, kita juga mengenal pasti antara 42 hingga 44 buah kampung yang berada di kawasan pantai di seluruh Terengganu berkemungkinan terjejas sekiranya berlakunya air pasang besar dan hujan lebat.

"Malah, kita juga mendapati, kampung yang dikenal pasti itu membabitkan mereka yang tinggal di pesisir pantai di seluruh negeri ini," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... logistik-hadapi-mtl

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.053168 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list