CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1414|Reply: 0

[Terengganu] Tergamak buang mayat bayi di tandas surau

[Copy link]
Post time 7-11-2023 10:49 AM | Show all posts |Read mode

POLIS menyiasat lokasi penemuan mayat bayi perempuan dalam tandas surau di Kampung Pengkalan Nyireh. FOTO Nurul Fatihah Sulaini

Besut: Mayat bayi perempuan dipercayai dilahirkan lebih daripada 48 jam ditemukan dalam plastik di tandas surau di Kampung Pengkalan Nyireh, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira 11 pagi selepas dimaklumkan oleh orang awam.

Katanya, hasil pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati mayat bayi itu ditemukan di tandas wanita bahagian tengah daripada tiga tandas berkembar di situ.

"Mayat itu berada dalam plastik di atas lantai tandas," katanya dalam satu kenyataan kepada media, di sini, hari ini.



Rozak berkata, kawasan surau itu berpagar tetapi tidak berkunci serta tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV).

"Saksi bersama seorang rakan pergi ke tandas itu dan mendapati bau busuk datang dari arah tandas bahagian tengah dan terdapat satu baldi berwarna merah dalam keadaan terlungkup.

"Saksi itu membuka baldi dan ternampak seperti mayat seorang bayi dalam bungkusan plastik sebelum memaklumkan kepada Ahli Jawatankuasa surau untuk memaklumkan kepada polis," katanya.

Beliau berkata, bahagian Forensik D10 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu hadir ke tempat kejadian.

"Mayat bayi dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Besut dan dijangka bedah siasat akan di jalankan kira-kira jam 6 petang ini," katanya.

"Suspek bagi kes ini masih belum dikenal pasti. Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ayi-di-tandas-surau

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 01:06 AM GMT+8 , Processed in 0.171484 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list