CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6340|Reply: 97

Individu Tak Senang Orang Lain Bercuti Sakan Dan Upload Di Media Sosial "Tak Jaga Perasaan Dan Hati Orang Yang Tengok"

[Copy link]
Post time 6-11-2023 11:16 AM | Show all posts |Read mode
Seorang individu menjadi perhatian selepas meluahkan apa yang terbuku di hatinya apabila melihat rakan-rakan 'sakan' memuat naik percutian masing-masing.


"Normal ke kadang rasa down bila tengok manusia-manusia di Instagram travel sana sini dan happy family. Nampak perfect.


"Rasa dengki pun ada tapi cepat-cepat buang. Kadang rasa diaorang ni nak show off ke?" tulisnya di laman sosial.


Gambar Hiasan




Dia turut terfikir apakah mereka tidak rasa bersalah atau memikirkan perasaan pelayar lain yang mungkin kurang berkemampuan, sebelum membuat perkongsian.


"Ramai ke rasa macam saya? Yang buat posting tak guilty ke buat orang lain macam ni?" tulisnya lagi.


Luahan tersebut dihantar menerusi Direct Message yang kemudian dikongsi oleh pemilik akaun @abudialsagoff di laman X.







Ternyata ia mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya menyifatkan individu berkenaan mempunyai 'masalah hati' kerana cemburu dengan kehidupan orang lain.


Malah mereka turut menasihatkan individu berkenaan agar memperbaiki sikap negatif dalam diri yang boleh mengundang dosa tanpa sedar.


"Jangan main media sosial. Mental anda tak sesuai.


"Saya buat Instagram untuk close family je dan jika pergi cuti-cuti post dalam tu je. Instagram sendiri post story yang random je. Takut ada yang dengki sedangkan kita sikit pun tak dengki dengan kehidupan orang lain.


"Nak upload pun kena fikirkan perasaan orang lain pula ke?


"Tak normal, kau tu yang patut baiki hati, mungkin hati hitam atau kau kena upgrade kehidupan dengan melakukan sesuatu yang lebih baik sebagai permulaan," demikian ujar netizen. -CARI


Sumber: mStar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2023 11:23 AM | Show all posts
Bangang tahap langit ketujuh ka ni?

Ko yang gedik nak tengok kan? dah tu ko nak tengok semua orang berduka ka. Harap ko murung dek, you deserve it.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by AkokKocik at 6-11-2023 11:34 AM

Aku kumpul duit hepi2 pi bercuti, sukati akulah nk upload gambar, apahal kau plak yg panas??xsuka, jgn tengok, bengong punya manusia yg kerja kita kena pikir perasaan dia jer...xblh ke kau tgk org lain gembira??
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Thunderclouds at 6-11-2023 11:35 AM

Aku honestly rasa menyampah, dengki pn ada.
Seriously.
Mixed feelings.
Patu tpikir aku pn 2x5 layoq mcm² kt fb ngn insta, fr sure dlm ramai² tu ada yg menyampah ngn post aku.
Since 2008 aku terus stop post anything kt medsos.
The end.
Do not feed perasaan hasad tu ngn btggu tgga kt medsos kwn².
Stop terus, it's unhealthy.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 11:35 AM | Show all posts
kalau iols pon iols rasa jeles sesikit, tapi pastu ok balik bila fikir setiap orang ada life sendiri, so buat je lah apa yang kau suka...tapi kan nyah, zaman sekarang ni orang memang suka show off pon kan. Dah tu apa tujuan kau upload semua sextiviti kau kat medsos? untuk kongsi detik2 manis dengan semua orang? chooiiiii sangat level propa kau kan nyeh padehal nak kan perhatian orang eg: like, views
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 11:48 AM | Show all posts
Thunderclouds replied at 6-11-2023 03:33 AM
Aku honestly rasa menyampah, dengki pn ada.
Seriously.
Mixed feelings.

kiranya space chuols dlm socmed tu kosong lah eh? bagusnya chuols. iols tgh berusaha gak ni nak kurangkan posting dlm socmed. takut timbul riak or hati terdengki tgk member2 berjaya. jd iols more towards nak lindungi diri sendiri sbnrnye.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2023 11:58 AM | Show all posts
agreed dgn salah satu comment dlm news tu...suh dia jangan main sosial media sbb tak sesuai dgn mental dia...

as for meols, tak kuasa nak semakkan fikiran utk dengki kat kehidupan org lain sbb takde org dlm dunia nie yg kehidupan dia perfect tanpa sebarang masalah..

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak dapat seperti apa yg kau dengkikan kau kena usaha lebih la dek.. jangan berdengki sampai hati jadi hitam berkeladak. Dengki kepada iri hati boleh kot dgn kau usaha majukan diri.. usaha kena berganda. Sebab tu ada org kata di sebalik yg terlihat indah2 pd kehidupan orang lain tu kau tak tahu apa liku2 di sebaliknya..so biar je lah kalau ada org nak upload kat medsoc dia pun. Kalau rasa kau tak mampu jaga hati sendiri dan tak mampu nak capai apa yg org lain ada, then kau stop la skodeng medsoc n life org lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2023 12:04 PM | Show all posts
kadang ada jugak terfikir... aku dok post gambar anak2 bagai.. camne perasaan kawan2 yg masih belum kawin..apalagi nk ada anak..

tapi pastu pikir balik.. masing2 ada rezeki sendiri2.. kawan2 yg tak kawin tu bahagia upload post pegi hiking.. pegi travel sana sini.. overseas segala.. tanpa perlu pikir anak sekolah ke.. tiket anak ke...

so.. sama je.. watpe nk dengki rezeki orang lain? aku happy dengan family n anak2.. tapi aku missed jalan2 travel sana sini dengan kawan2..

enjoy apa yg ada sudahla.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Rs mcm wah untungla dia, mcmtu normal. Bukan manusia la kalau ko tak rs gitu. Tapi jgn sampai mempengaruhi hidup kau lah. Kalau dah sampai dengki, stress memgenang nasib sehari suntuk itu dah tak normal. Off je la dik instagram tu. Semua org suka upload makanan, anak2, jalan2, happy life . Mana ada org nak cite kesedihan idup dia gila ke
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Hati kau hitam, roy.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 12:11 PM | Show all posts
Aku selalu kalau tengok orang bercuti.

Selalu tanya kat mana, dimana , macam mana?

Tak pernah pulak nak dengki dengki.

Kdg² yg dia upload tu macam healing pada aku.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Luckily iols x de socmed kecuali anon account. So iols happy. Plus kalo iols tertengok pun iols x jealous pun. Cuma sekali iols tgk org pinjam duit iols happy2 g oversea tp mcm2 alasan bila iols minta duit. Yg tu iols sakit hati
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 12:12 PM | Show all posts
sebab tu la aku malas nk upload kt socmed..even family i pun jeles i g bercuti..sabar je la
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
BoongaKertas replied at 6-11-2023 11:48 AM
kiranya space chuols dlm socmed tu kosong lah eh? bagusnya chuols. iols tgh berusaha gak ni nak ku ...


Last post dr taon i sebut.
Kalo kt fesbuk tu sampai la kwn² masih wish besday kt iols, grup uni dok tagged utk yearly reunion et cetera.
I bukak gk sesekali utk like besday wishes depa & say tq.
Wish besday kt sapa² yg naik kt noti tu.
P skodeng kwn mana yg branak lg sapa yg bserai
Gitu aje la.
Tp tadak post apa dah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
iols post kat wa status skrg, ig mmg tak ber update, fb&lain2 takdak.
sebelum ni mmg tak pernah update pun mana2 medsoc/even kat fmly member pun tak inform nak cuti2.
tp sejak kejadian fmly member tak dpt contact utk inform pakcik meninggal (weols bercuti, line x brp elok) iols update kat wa status utk fmly member shj
mujur skrg dah blh tick hide kan status utk org2 x berkaitan.

tapi last week weols bercuti dekat je pun(sempena anak last day sek), sakan mil iols perli kg tak balik, bercuti sokmo kejenya. tp sbb dia perli anaknya iols tak terasa la

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2023 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
kalchi replied at 6-11-2023 12:05 PM
Rs mcm wah untungla dia, mcmtu normal. Bukan manusia la kalau ko tak rs gitu. Tapi jgn sampai mempen ...


Yup.
Sungguh.
Nk tayang kna tayang yg wangi².
Ibarat ko hado.. Gitohhh..
Tp bila serai senyap² ja.
Know² dok update pasal kna kuat, kna independent, iron lady bla bla bla..
Pendek cita xsemua yg indah² tu bener belaka.
Toksah la dengki depress bgai
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 12:27 PM | Show all posts
siapa suruh tengok, kan dh sendiri tersakiti

iols suka je tgk kwn2 travel, dpt pulak jenis yg tak kedeks info
jd boleh la kita share2 info tiap kali travel

iols simpan dlm social media utk dikenang pada masa akan dtg jgk
tiada la niat nak bermegah diri ke, nk bg org jeles ke
ingat kita travel sana sini guna air liur ke? pun sama je kumpul duit jgk, ambil masa jgk.. dh cukup, baru onz trip
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Normal lah tu as manusia. Iols mmg sejenis sgt2 jaga hati org tanak siapa2 rasa sedih dgn posting2 iols sebab cringe tgk posting kat fb zaman remaja dulu kala mcm hanat je gaya serba serbi haku nak hapdet. Dah matang sikit kot skrg. Xde dah nak update dunia aku sekian or sekian. Sampai husband pun aku control tak kasi dia expose sgt kat fb dia kerja apa d mana pegawai apa sekian2 sbb i taknak memancing iri org or kesedihan org. Tapi sesapa nak membongak life dia kat forum i x kesah coz nobody knows you so nak membongkak ke hapa sapa2 yg terjeles tu yg patut semak balik, kenapa nak jeles ngan org yg kita xtau sapa, muka dia nama dia semua pun kita xtau, kalau dia nak bgtau dia kaya raya pun lantak lah kan, anonymous so xde hal sgt
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 6-11-2023 11:33 AM
Aku honestly rasa menyampah, dengki pn ada.
Seriously.
Mixed feelings.

2008 ke 2018 kaka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:07 PM GMT+8 , Processed in 1.792946 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list