CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2913|Reply: 24

Tulis Nama Pada Kaki, Tangan Atau Badan Anak, Senang Nak Cam Kalau Tubuh Berkecai Dibedil Bom Israel

[Copy link]
Post time 26-10-2023 12:28 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Tulis nama anak pada kaki, tangan atau badan bagi memudahkan pengecaman identiti sekiranya tubuh berkecai akibat serangan bom tentera Israel.


Ketua Pengarah Perhubungan Awam Kementerian Pendidikan di Gaza, Abu Ayesh berkata tindakan itu dilakukan susulan kesukaran dihadapi anggota penyelamat dan kakitangan hospital bagi mengenal pasti identiti atau serpihan mayat mangsa yang ditemui di lokasi dibom tentera Israel.


Menurutnya, sehingga kini seramai 2,360 kanak-kanak menjadi korban keganasan tentera Israel.




Foto: AA




"Ibu bapa kanak-kanak di Gaza terpaksa menulis nama anak masing-masing pada kaki atau tangan sebagai persediaan berdepan kemungkinan buruk.


"Sebelum ini ada mayat kanak-kanak hancur atau terputus anggota badan, sekali gus menyukarkan untuk proses pengecaman dan pengebumian," katanya.


Menurutnya, amat menyedihkan apabila anggota penyelamat menemui mayat ramai bayi dan kanak-kanak rentung, mati berkecai termasuk ada antaranya ditemui terpelanting hingga ke atas bumbung.


"Sehingga hari ini (semalam) tentera Israel menggugurkan 12,000 tan bom dan peluru berpandu di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu.


"Ini bersamaan kuasa letupan bom dijatuhkan di Hiroshima, Jepun pada Ogos 1945.


"Dianggarkan purata 33 tan bahan letupan dijatuhkan bagi setiap kilometer persegi kawasan di Gaza sejak awal serangan gila dilakukan tentera Zionis," katanya.


"Berdasarkan angka dikeluarkan Dr Ashraf AlQudra selaku jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza semalam, tentera Israel menyerang 47 lokasi di Gaza dan membunuh 704 rakyat dalam 24 jam lalu.


"Dalam tempoh 18 hari serangan udara Israel, kematian penduduk Gaza meningkat kepada 5,791 mangsa selain 16,297 lagi yang cedera.


"Kami menjangkakan ribuan lagi mangsa dan mayat penduduk Gaza masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan serta kediaman yang diletupkan tentera Israel," katanya.


Beliau yang juga Pengerusi Muslim Care Malaysia (MCM) -Palestin berkata, Kementerian Kesihatan di Gaza menerima 1,550 laporan orang hilang yang dipercayai masih berada di bawah runtuhan kediaman termasuk 870 kanak-kanak.


"Seramai 1,292 wanita dan 295 warga emas turut menjadi mangsa keganasan Zionis.


"Kakitangan perubatan di Gaza kini sedang bergelut untuk merawat luka melecur berpunca senjata tidak dikenal pasti yang digunakan oleh tentera Israel," katanya.


Sementara itu menurutnya, serangan Israel turut membunuh 65 kakitangan penjagaan kesihatan yang bertugas di Gaza.


"Sebanyak 12 hospital dan 32 pusat penjagaan kesihatan kini tidak dapat beroperasi akibat serangan Israel selain isu kekurangan bahan api berpunca pengepungan yang berterusan.


"Walaupun pihak hospital menggandakan kapasiti katil pesakit namun hospital tidak lagi boleh menyediakan penjagaan klinikal asas.


"Kementerian Kesihatan menganggap sistem penjagaan kesihatan di Semenanjung Gaza sama sekali tidak boleh digunakan dan tidak lagi berkesan," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2023 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkan la tuhan tu kejam sgt ..lahir je anak Palestinian x brp.lama hidup terus dibom sb mempertahankan tanah. Tuhan dah bg manusia akal...manusia ni tujuan dihidupkan tuhan bukan semata nk mati mempertahankan tanah...tp hidup aman, menikmati bumi , beramal ibadat dgn aman. Bukan untuk bergaduh mempertahankan duniawi tanah ni..

Ke aku yg x faham ...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2: Takkan la tuhan tu kejam sgt . ...


Ya kaknoor yang tak faham. Semudah itu ya difikirkan..sila2 banyak membaca dan mendengar ulasan ulamak..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Laknat israhell
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
kuat betul la dorg ni..
i tgk kanak kanak dorg ni lain dr lain..
pastu td tgk video bdk sana haus..dia picit tetek lembu ke kambeng nth nk mnm susu....semoga adik tu hilang dahaga
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by limesherbet at 26-10-2023 08:19 PM

Ya brapa hari lepas kat insta mmg circulate video tulis siap2 nama kat tangan. Bila kene bom senang tau siapa. Sedih. Mmg bersedia utk mati je sbb israel tak mahu cease war. So u all bila nak beli stabaks...imagine la ni bila barista write yr name on the cup. Switch to other brand guys.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2023 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by AJENALI at 26-10-2023 08:24 PM

Palestine bukan sekadar tanah,
Palestine adalah perjuangan akidah.
Tanah Palestine adalah hak milik agama islam,
Perjuangan antara “batil” vs “haq”
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 26-10-2023 12:48 PM
Takkan la tuhan tu kejam sgt ..lahir je anak Palestinian x brp.lama hidup terus dibom sb mempertahan ...

Iya sis, mmg uols yg tak paham, bykkan membaca baru komen.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2023 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgok interbiu bdk palestine nak jd apa bila besar. Bdk tu ckp belom tentu umor dia cecah remaja.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by AJENALI at 27-10-2023 09:38 AM

https://vt.tiktok.com/ZSNkAk5aF/


https://www.instagram.com/reel/Cyq_2jhr0LC/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 06:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Kemurungan aku..nangis je bila tgk bdk2 yg jd mangsa .bila nk israel celaka ni nk ditelan bumi..hilang dr muka bumi..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 06:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Setiap pagi bila bukak insta, musti rasa cedey.. tgk mayat bergelimpangan sana sini..

Last iols dgq isreal guna napalm sampai mangsa melecur teyuk.. tatau betui ke dak..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 07:03 AM | Show all posts
dulu pernah dengar cerita, diorang yg perempuan ni akan tidur siap bertudung sekali

katanya kalau mati kena bom, kena himpap batu tu.. sekurangnya aurat diorang tak terdedah dkt team penyelamat tu nanti...

dah sampai tahap ni tawakal dia tu sis.. allahu

dkt sini org nasihat pakai tudung dia flip hair kan je haha
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 08:14 AM | Show all posts
noor2 replied at 26-10-2023 12:48 PM
Takkan la tuhan tu kejam sgt ..lahir je anak Palestinian x brp.lama hidup terus dibom sb mempertahan ...

dunia ni penjara utk org mukmin, syurga sebenar lepas kematian
utk org kafir dunia ni syurga utk mereka
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
lately doing my little effort, repost and repost and hashtag #freepalestine #israelzionist and mcm2 la hastag.

follow @motaz.azaiza for updates guys.

the least i think i can do. Pray for Palestine!
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 08:21 AM | Show all posts
klu kita berada di tempat ibubapa mereka, nescaya tak hairanlah semakin ramai yg sanggup menjadi angkatan bersenjata utk hapuskan Israel. kekejaman meraka harus ditamatkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2023 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 27-10-2023 06:41 AM
Setiap pagi bila bukak insta, musti rasa cedey.. tgk mayat bergelimpangan sana sini..

Last iols dgq ...

betul tinot, level terbakar mayat2 tu luar biasa. They seeking pakar to help. tapi xtaulah siapalah yg nak bantu..but lets keep praying for them.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
johan-adx replied at 27-10-2023 08:14 AM
dunia ni penjara utk org mukmin, syurga sebenar lepas kematian
utk org kafir dunia ni syurga utk  ...

Okay my dear.......
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 27-10-2023 08:22 AM
betul tinot, level terbakar mayat2 tu luar biasa. They seeking pakar to help. tapi xtaulah siapala ...

Pakar mana bleh masuk.. dgr citer UN pun tak dibenarkan masuk..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 10:31 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.156717 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list