View: 11178|Reply: 54
|
Lelaki Terkejut Jawab Video Call Nampak Perempuan Bogel, Tiba-Tiba Dapat Ugutan Nak Sebar Video Lucah
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki menerima panggilan video menggunakan nombor tidak dikenali.
“Sangat pelik apabila satu nombor tak dikenali, video call suami aku,” kata si isteri menerusi satu hantaran yang kini tular di media sosial.
“Aku suruh suami jawab, apabila angkat tengok perempuan tak berbaju. Suami aku terus cancel video call dan sekat nombor tu,” ujarnya.
Foto: FB
Tidak berhenti setakat itu, suaminya kemudian menerima mesej menerusi nombor lain yang tidak dikenali, dipercayai daripada pemanggil yang membuat panggilan video sebelum itu.
Lebih mengejutkan apabila individu misteri itu cuba memberi ancaman dengan berkongsi video yang telah disunting, yang memaparkan suaminya.
“Terus dapat ugutan daripada nombor lain. Dia edit video suami jawab video tu dan disambung dengan video kemaluan (milik) entah sesiapa.
“Sedangkan aku ada sebelah suami aku. Sekarang dia nak viralkan dalam Facebook. Jadi, kalau anda ada nombor yang tak dikenali buat video call, tolong jangan angkat,” katanya menitipkan pesanan.
Wanita itu turut berkongsi gambar yang memaparkan mesej berbaur ugutan, didakwa dihantar oleh individu misteri kepada suaminya.
“Nak padam atau viral, jawab cepat. Jangan nak buat aku marah.
“Kejap je aku nak hancurkan hidup awak, buat awak malu,” kata individu berkenaan cuba mengugut mangsanya.
Bagaimanapun tidak dijelaskan apakah motif dan tujuan pelaku membuat ugutan seperti itu terhadap mangsa.
Malah, tidak dijelaskan juga sama ada individu berkenaan sudah menyebarkan video suntingan seperti yang diperkatakan atau hanya sekadar ugutan.
Setakat ini, tiada kenyataan yang dikeluarkan daripada polis berhubung insiden tersebut.
Di ruangan komen di grup Facebook, rata-rata netizen terkejut dengan taktik penipuan tersebut yang mana turut menimpa beberapa orang lain.
Turut membimbangkan, penipuan menerusi panggilan video itu turut menyasarkan golongan wanita sebagai mangsa dalam modus operandi mereka.
“Jadi juga bulan lepas. Ada orang video call, apabila angkat nampak lelaki tengah masturbasi dalam tandas. Macam dalam mall, terus letak. Menggigil rasa.
“Mesti dia ugut nak dapatkan duit.
“Scammer ni. Aku dulu, dia siap nak ugut nak sihir.
“Hati-hati la nak jawab nombor yang tidak dikenali. Buat laporan polis jalan terbaik,” demikian antara komen netizen.-CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Laki adik sepupu meols kena scam macam ni lah bulan lepas. Terbang 1k lebih. Once chuols angkat jer, dia godam FB, online banking, WhatsApp semua.
Bila check bank, duit tinggal rm29 jer.
|
|
|
|
|
|
|
|
Asalkan dapat nampak muka penerima panggilan dalam frame memang dah cukup untuk scammer edit rakaman skrin. |
|
|
|
|
|
|
|
uishhh makin hebat taktik scammer
jawab call jer terus kena godam segala
giler aihhh
|
|
|
|
|
|
|
|
ilacantik replied at 26-10-2023 10:44 AM
Laki adik sepupu meols kena scam macam ni lah bulan lepas. Terbang 1k lebih. Once chuols angkat jer, ...
Betul ke sis?
Ke memang balance dah tinggal 29ringgit dalam acc |
|
|
|
|
|
|
|
edoraixora replied at 26-10-2023 12:51 PM
uishhh makin hebat taktik scammer
jawab call jer terus kena godam segala
giler aihhh
mcm mane dia buat ye, amik gmbr muke pastu leh buat face recognition utk access internet banking kah |
|
|
|
|
|
|
|
jejaka_hensem replied at 26-10-2023 01:53 PM
Betul ke sis?
Ke memang balance dah tinggal 29ringgit dalam acc
Kalau dah buat polis repot, betul lah tu, drama sekejap family besar sebab scammer whatsapp almost semua number dlm contact list, lepas tu kat fb, dia copy semua gambar kat fb. Seram chuols. Malam tu duit dah kena sedut. Yg bodohnya, laki sepupu tu tak pulak block acc ke called bank. Check2 esok pagi, tinggallah rm29. Nasib baik belum gaji, cuma duit utk kete je.
Jadi kalau ada no.yg tak dikenali ajak video call, lupakan sahaja. Ni rasanya MO yg paling baru. |
|
|
|
|
|
|
|
yg p angkat video call sttanger nape..i video call kwn, mak ayah,sister ngn boss jer kdg2 i nk check dia dk mana
|
|
|
|
|
|
|
|
Lainkali kalau nak angkat vc sgt kau talakan ke siling aje.. tunjuk fu*k sekali.. babekkk punya scammer. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau akak xde kat situ, maybe laki akak teruskan ber VC dgn minah tu.
Common sense lah kak.
Apa kejadahnye nak VC dgn org yg kita tak kenal. Dgn kengkawan pun kita x selalu VC kak oiiii. Kalau ada emergency org call waris atau text je. Takde nye org nk VC.
Kenapa blur kan nombor sender tu. Reveal je lar so org lain xyah jawab kalau dia nak VC.
|
|
|
|
|
|
|
|
Adik aku pun kena. Ayh aku teman dia g buat police report. |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk tajuk, ingatkan poremer yg kena scam lagi sekali.. |
|
|
|
|
|
|
|
ilacantik replied at 26-10-2023 10:44 AM
Laki adik sepupu meols kena scam macam ni lah bulan lepas. Terbang 1k lebih. Once chuols angkat jer, ...
Camne dgn angkat teruih dia dpt godam sumer tu? |
|
|
|
|
|
|
|
kelapaparut replied at 26-10-2023 04:42 PM
mcm mane dia buat ye, amik gmbr muke pastu leh buat face recognition utk access internet banking k ...
Internet banking pakai face recognition ka? |
|
|
|
|
|
|
|
ilacantik replied at 26-10-2023 09:33 PM
Kalau dah buat polis repot, betul lah tu, drama sekejap family besar sebab scammer whatsapp almost ...
Menakutkan eh,
Simpan duit kat bank pun dah tak selamat eh skrg ni |
|
|
|
|
|
|
|
ilacantik replied at 26-10-2023 09:44 AM
Laki adik sepupu meols kena scam macam ni lah bulan lepas. Terbang 1k lebih. Once chuols angkat jer, ...
LOL iya lah tu gitu. Nama dia Hasanah ke? |
|
|
|
|
|
|
|
ilacantik replied at 26-10-2023 08:33 PM
Kalau dah buat polis repot, betul lah tu, drama sekejap family besar sebab scammer whatsapp almost ...
Polis repot bukan bukti cerita benar. Sesiapa pun boleh buat cerita buat repot. |
|
|
|
|
|
|
|
mawardia replied at 26-10-2023 10:41 PM
Kalau akak xde kat situ, maybe laki akak teruskan ber VC dgn minah tu.
Common sense lah kak.
Dkt post asal fb tu mmg dia x tutup pon no tu. Ni mmg kes scam. Bkn scandal ke apa |
|
|
|
|
|
|
|
Buat bodoh je. Lama2 nanti xde apa2 la tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|