CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3398|Reply: 33

Gadis Buntu Mak Ayah Minta Semua Wang Hantaran, Hanya Boleh Nikah Kalau Tunang Dapat Kerja Gomen

[Copy link]
Post time 25-10-2023 01:30 PM | Show all posts |Read mode
Seorang gadis yang bakal berkahwin setelah bertunang pada Ogos lalu kecewa dengan sikap ibu bapanya.


"Sehari sebelum bertunang saya dah pesan dekat mak ayah jangan letak hantaran mahal-mahal sangat. Maksimum RM13,000 sahaja. Itu pun dah termasuk hantaran dan mas kahwin.




Gambar Hiasan




"Lepas tu masa pihak (wakil) lelaki datang, mereka letak hantaran sahaja dah RM15,000 tak termasuk mas kahwin dan barang kemas. Kiranya masa sarung cincin tu saya masih tak tahu.


"Sampai la jurugambar tegur tunang cakap kau kena kerja lebih sikit la. Saya pun macam eh kenapa mereka (mak ayah) letak berapa hantaran? Lepas tu dia beritahu, saya macam tak percaya," luahnya dalam hantaran di grup Facebook Tips Persiapan Kahwin.


Gadis itu cuba mendapatkan penjelasan daripada ibu bapanya mengenai rasional penetapan nilai hantaran yang tinggi.


Menurut ibu bapanya, semua duit hantaran perlu diberikan kepada mereka untuk digunakan sebagai belanja mengadakan majlis perkahwinannya nanti.


"Mereka kata duit itulah nak buat kenduri apa semua nanti, lepas tu samakan waktu mereka kahwin dulu duit hantaran semua bagi mak ayah. Saya tak tinggal dengan mereka. Saya tinggal dengan datuk dari kecil tapi bila bab urusan kahwin mereka macam nak susahkan.


"ihak lelaki nak cepatkan akad nikah. Mak saya cakap tunggu dia dapat kerja kerajaan dulu baru nikah. Majlis tunang pun ayah dia (pihak lelaki) bagi duit untuk buat majlis.


"Saya malu sangat dengan keluarga pihak lelaki. Letak hantaran mahal tapi keluarga saya layan dia tak macam keluarga dia (lelaki) layan (baik) saya," ujarnya sambil menambah ibu bapanya tetap berkeras mahu mengambil semua duit hantaran.


Luahnya, dia kini buntu mengenangkan sikap ibu bapanya kerana faham kewangan bakal suaminya yang dikatakan kerja 'biasa-biasa'.


Malah, disebabkan tiada persefahaman antara bakal pengantin perempuan dengan ibu bapa membuatkan hubungan mereka menjadi dingin.


Walaupun tiada sebarang rungutan atau aduan diterima daripada pihak lelaki, wanita ini tetap malu dengan apa telah berlaku sewaktu majlis pertunangan.


Hantaran yang dibuat turut meraih perhatian netizen yang bersimpati dengan nasibnya.


Rata-ratanya turut memberikan cadangan serta nasihat kepada bakal pengantin supaya lebih bertegas mengenai wang hantaran tersebut.


"Saya baca pun malu. Kenapalah nak tetapkan menantu tu dapat kerja kerajaan baru berkahwin. Alahai mak ayah pun.


"Entahlah awak, bab-bab duit ni memang kadang-kadang mak ayah jadi buta. Salah satunya lebih kepada nak bercerita dekat kawan-kawan je sebenarnya.


"Tolong jangan bagi duit hantaran tu dekat mak ayah awak. Yang tu duit awak sendiri. Hak awak dan hadiah perkahwinan," kata netizen. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2023 01:35 PM | Show all posts
ingat org keje gomen kaya kaya ke, paling sangkak ada la
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 01:43 PM | Show all posts
kahwin lari jer kat siam

balik sini, register bayar denda
lagi jimat
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak bapak atuk nenek penat besar kan sekolahkan kau kos dari bayi sampai umur 18 berjumlah 100k taw, 13k murah betul utk pussy ditala suami hari2 masak hari2 wangi2 hari2, 13k sekejap ja habis nilainya kecil nilainya spt 25k zaman dulu2,
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 25-10-2023 01:54 PM
Mak bapak atuk nenek penat besar kan sekolahkan kau kos dari bayi sampai umur 18 berjumlah 100k taw, ...

Jangan la fikir mcm ni. Aduh.
Ntahla, masa saya dulu, hantaran saya sama  dgn hantaran kakak ipar (kakak suami) yg kahwin dua tahun sebelum. Abah saya letak mcm tu, senyum je family mertua. Hubungan besan2 pun baik sampai sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah. moga kedua² bakal pengantin Allah tunjukkan jalan keluar terbaik dan memudahkan. amin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2023 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
buat malu jer perangai cenggitu. bab duit, laju nak cekau semua
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 05:05 PM | Show all posts
selipar_hijau: ingat org keje gomen kaya kaya ke, paling sangkak ada la


Depa tataw yg org gomen rajin ambik loan Angkasa ekekekek
Anyway, masa meolls kawen dulu Alhamdulillah pak mertua tak tetapkan bayaran hantaran, terpulang pada meolls nak bagi berapa. Syukur sampai skrg rukun aman damai rumahtannga yaachh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2023 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
selipar_hijau replied at 25-10-2023 01:35 PM
ingat org keje gomen kaya kaya ke, paling sangkak ada la


Kaya tu tidak.. sangkak pun tidak...

Senang tu ye la kot... range gred 41 - Jusa  RM3k - RM15k, dpt pencen 60% gaji basic...

ok laa not bad, nak expect cemane lg
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 25-10-2023 01:54 PM
Mak bapak atuk nenek penat besar kan sekolahkan kau kos dari bayi sampai umur 18 berjumlah 100k taw, ...

Wowwww.. begitu kee orang buat costing

Kalo aku ni mas kahwin rm2k je, tanpa hantaran.. kira b40 bottom of the barrel je la kot
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Dik..tolong pi kawin lari kat perlis..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 06:37 PM | Show all posts
kalu meols pihak lelaki, meols cancel kawen sbb foresee family ppuan akan beri masalah kpd anak ppuan dia walau dah kawen nanti....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 08:01 PM | Show all posts
atuk yang besarkan dia dah meninggal ke?

kalau pasangan tu berbaloi2, pakat2 setelkan hantaran, bagi ultimatum ke mak pak, lepas kawen,nak pindah kerja jauh2.. lagi pun masa kecik2, atuk nek yang susah payah besar kan (ni kena hilight jelas2, derhaka ke tak, tu lepas mati baru sembang) , pastikan dorang faham bini kena ikut laki lepas kahwen.. (semoga laki nya berbaloi)
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Datuk nenek yang besarkan budak tu tapi bila budak tu dah besar ko pulakk beriyaaa nak sibok duit hantaran budak tu. menyusahkan orang.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Duit loan Mara, Ptptn pun baru nak start ansur2 byr. Dah kena kerah cari duit hantaran berbelas ribu. Lepastu kerja mcm apa nak membayar semua loan2 tertunggak. Belum part ada anak lagi. Karang takde anak habis sgala tok nenek tanya bila nak beranak. Semua benda kena pikir. Kerja kena kerah separuh mati. Tak mustahil la banyak kes depression, stress, pelupa sampai anak tertinggal dalam kereta skrg ni. Goodluck lah semoga berjaya ke jinjang pelamin.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 25-10-2023 01:54 PM
Mak bapak atuk nenek penat besar kan sekolahkan kau kos dari bayi sampai umur 18 berjumlah 100k taw, ...

Kalau mcm tu kucing diberi cat food litterbox pasir vet beratus tiap bulan da besar kne kje bg duit kat owner?
Kau yg beranak anak kne bayar kat kau sbb malas pakai kondom..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2023 08:31 AM | Show all posts
ko uruskan je kenduri ko sendir dik, tempah katering sendiri semua sendiri. ckp je ko dh byr semua tu guna duit tu. mak pak gini dahla ko xjaga anak time kawin ni sure duit salam kaut diorg yg kaut xbagi anak
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
brego replied at 25-10-2023 01:43 PM
kahwin lari jer kat siam

balik sini, register bayar denda

Brp sis jumlah denda nak kena byr?? Nak tahu juga
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 08:59 AM | Show all posts
ninja boy replied at 25-10-2023 01:54 PM
Mak bapak atuk nenek penat besar kan sekolahkan kau kos dari bayi sampai umur 18 berjumlah 100k taw, ...

Tapi budak ni tak mintak pun dilahirkan dan tak dibagi pilihan siapa mak bapak dia...

Ko beranak sebab apa?
Kalau semua berkira, baik tak payah beranak.

Calon besan macam ni la yang kena reject..
Bakalan menyusahkan anak lelaki orang je..

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 09:00 AM | Show all posts
wirazam replied at 26-10-2023 08:38 AM
Brp sis jumlah denda nak kena byr?? Nak tahu juga

Dulu RM1k, sekarang tak tau la kot dah makin mahal seiring mahalnya kos hidup.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.069591 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list