CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3209|Reply: 30

Ayah Pinjam Nama Nak Buat Bisnes, Anak Menderita Umur 23 Tahun Dah Muflis

[Copy link]
Post time 24-10-2023 08:36 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki mendedahkan bapa 'meminjam' namanya untuk memulakan perniagaan ketika usianya 18 tahun.


Namun perniagaan milik bapanya kecundang sehingga terpaksa gulung tikar dan dia pula yang terkena tempias.


"Business lingkup, kena saman 100K (RM100,000) dan saya dibankrapkan. Bankrap masa umur 23 tahun, dah 10 tahun berlalu. Sekarang dah umur 33 tahun," luahnya.




Gambar Hiasan




Cerita lelaki itu, namanya digunakan memandangkan nama bapanya turut berada dalam senarai muflis sebelum ini.


"Sebelum ini atuk saya (belah mak) pun pernah bankrap sebab ayah saya. Kiranya ini bukan kali pertama dia buat, cuma saya terkilan kenapa mak tak halang ayah sedangkan sebelum ni dah banyak kali jadi," ujarnya melalui media sosial.


Apa yang membuatkan lelaki tersebut lebih terkilan, bapanya seolah-olah lepas tangan tanpa rasa bersalah malah tidak melakukan apa-apa untuk membetulkan keadaan biarpun sudah sedekad berlalu.


Tambahnya, dalam tempoh 10 tahun sehingga kini, dia berdepan dengan pelbagai kesukaran untuk melakukan urusan peribadi dek kerana diisytiharkan muflis.


"Sekarang nak beli rumah tak boleh, nak pergi overseas semua tak boleh. Ayah yang punca jadi macam ni lepas tangan macam tu. Ayah sendiri buat tak faham.


"Apabila jumpa mak ayah, mak sendiri cakap banyakkan bersabar. Ini dugaan Allah nak uji.


"Sebagai anak, saya betul-betul rasa macam kena khianat dengan ayah sendiri. Ada rasa menyesal juga sebab percaya dan biarkan ayah sendiri buat macam tu," kongsinya lagi.


Luahan yang dikongsikan di laman Facebook Muflis Bankrupt di Malaysia itu mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya menzahirkan rasa simpati terhadap lelaki berkenaan.


Selain berkongsi pengalaman, ada di antara mereka menyarankan beberapa solusi kepada masalah yang dihadapi lelaki tersebut.


"Jumpa peguam yang biasa buat kes kebankrapan. Ada 1,001 cara nak lepas bankrap. Tapi iyalah kena ada modal juga nak lantik lawyer. Usahalah sikit-sikit daripada tak ada perubahan.


"Saya pernah dikhianat abang kandung sendiri sampai muflis RM250,000. Jadi saya tahu sangat apa yang kamu rasa. Pergi insolvensi, jangan culas bayar. Sebab saya bayar dengan insolvensi, tak ada sekatan untuk saya keluar negara.


"Boleh ke insolvensi bincang. Ayah salah sebab lepas tangan, bukan salah sebab guna nama tuan kerana ia dengan persetujuan tuan sendiri pastinya. Tapi masa muda tak boleh fikir semua ini, ayah sepatutnya usaha sama-sama untuk selesai," demikian antara komen netizen. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2023 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahatnya lah ayah ko dekkk. Mak pun mudah je cakap ye ujiannn banyakkan bersabar. Fuhh baca je pun dah rasa menyirap
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 09:08 PM | Show all posts
ye....mmg ada makpak yang mcm ni.....guna nama anak...(actually orang kaya2 mmg buat mcm ni tapi depa pandai berniaga)...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 09:09 PM | Show all posts
ujung2 cakap dugaan tuhan....dah sah2 tuhan bagi akal kat makpak...tapi makpak guna title 'makpak' sebagai passport untuk kepentingan sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Elakkan la pedajal darah daging sendiri mcm ni. Contohnya kalau ko further studi guna loan ada penjamin, bila kene bayar balik study loan tu tolong la be rational bayar hutang tu. Ayah aku pun kene pedajal jadi penjamin sedara buat bisnes. Bila bisnes tak menjadi, sedara tu tak da usaha nak bayar hutang, ayah aku pulak yg masuk list insolvensi.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
kejinya peel ayah.kalau iols mesti marah giler, bila mak ckp dugaan dari Allah mau aku suh mak aku mintak cerai
benda melibatkan masa depan anak kot, x reti berbisnes cari la kerja mkn gaji, tak pun buat bisnes kecik2 xyah guna loan.

satu lagi yg jenis jadi penjamin, pun selalu dgr kene pedajal dek peminjam. cam celaka org cenggini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2023 08:14 AM | Show all posts
Tu bapak dari neraka tu.. nnti hujung2 ada le berita "Bapa ditinggal anak di hentian bas hidop sebatang kara " bole gitoh? ekekekek
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Da muflis kdng2 nak keje dgn cmpny pun susah sbb dlm form tu akan ditanya adakah anda pernah dideclare bengkrap.

So hati2 lah jgn smpi bengkrap. Btw x susah pun nak dpt title bengkrap ni. Dulu2 sbb ptptn pun blh jd bengkrap jgk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2023 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh ada baca luahan ni tulis dlm grup muflis.
Tapi sakit hati yach baca komentar masing2 dlm fb tu. Suh redha lah..kataayah tu dah usaha bla bla bla..toxic gila termasuk la mak si penulis ni.

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
KamikuP replied at 25-10-2023 08:14 AM
Tu bapak dari neraka tu.. nnti hujung2 ada le berita "Bapa ditinggal anak di hentian bas hidop sebat ...

Baru ni kat youtube ada pengurus jenazah kata waris tak nak tuntut jenazah mak, ramai kata anak derhaka,tanggang la, tapi kita pun tak tau cite keluarga mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 08:28 AM | Show all posts
kesian nyer...betul2 bapa from hell...kalu tau mcm nie baik dibesarkan dirumah anak yatim jer...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 08:29 AM | Show all posts
mcm kisah sedara terdekat la. si ayahnya berapa kali dah pinjam duit, minta anak yg buatkan. duit nak guna utk buat bisnes. hutang liat nak bayar. last2 anak2 yg kena tanggung.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 08:59 AM | Show all posts
bapa x guna, bukan mewariskan harta tapi mewariskan kegagalan
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 09:04 AM | Show all posts
syamzana replied at 24-10-2023 10:00 PM
kejinya peel ayah.kalau iols mesti marah giler, bila mak ckp dugaan dari Allah mau aku suh mak aku m ...

jd penjamin pun bahaya...byk terjadi pemimjam tak byr, penjamin yg kena tanggung...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 09:17 AM | Show all posts
CatMiow replied at 25-10-2023 12:27 AM
Baru ni kat youtube ada pengurus jenazah kata waris tak nak tuntut jenazah mak, ramai kata anak de ...

Aa yg itu mumngkin mak from hell kekdahnyer .. ekekekek
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 09:29 AM | Show all posts
ni boleh masuk kategori ayah derhaka tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2023 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian ko nak. Semoga ada sinar baru dalam hidupmu
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
"Apabila jumpa mak ayah, mak sendiri cakap banyakkan bersabar. Ini dugaan Allah nak uji.


mak sendiri pon gaslight anak..ramai ya parent melayu macam ni duk perguna anak2 untuk nafsu serakah tamak haloba sendiri..nanti bila tua takde org bela, anak2 tu jugak kena kecam ngan netizen
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 09:48 AM | Show all posts
kesian anak yg kena mcm ni... ada yg aku kenal.. anak meminjam personal loan 80k untuk parentsnya.. konon kata nk meniaga..
tup2.. tak jadi...
tapi duit dah lesap.. guna bayar itu ini..
sudahnya anak menantu kena bayar bulan2..
hasil tak dapat apa. Kesian sangat.

ada jugak yg guna nama anak beli rumah.
monthly mmgla parents bayar..
tapi benda2 mcm tu akan jadi problem bila parents meninggal..
bab2 pusaka .. harta apa smua ni jangan disusahkan

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 10:05 AM | Show all posts
otai_g replied at 25-10-2023 08:18 AM
Da muflis kdng2 nak keje dgn cmpny pun susah sbb dlm form tu akan ditanya adakah anda pernah didecla ...

betul... iols baru nk tukar kerja, one of the requirement company baru buat background check termasuk check bankrap ke tak...maybe taknak jd masalah or takut misconduct amek rasuah or pau duit company la kot. semoga dijauhkan dari bende2 mcm ni, my husband buat business so rumah semua letak nama iols sbb kalau dia bankrup (hope not), takde lah nanti kami merempat takde rumah.  

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.076532 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list