View: 4422|Reply: 50
|
Dapat RM10 Je Sehari Kelim Karipap, Ibu Terpaksa Bagi 3 Anak Teh Kosong Untuk Ganti Susu
[Copy link]
|
|
JOHOR BAHRU – Kesempitan hidup memaksa seorang ibu tunggal dari Taman Pulai untuk memberikan anak-anaknya air suam dan teh kosong bagi menggantikan susu.
Siti Nurfarahim Abdullah, 29, berkata, dia kini perlu menanggung tiga anak kecil berusia tiga hingga lima tahun dan hanya bergantung kepada upah RM10 sehari hasil membuat karipap.
Katanya, sebelum ini dia menerima upah RM50 sehari dengan membantu sepupunya berniaga sarapan pagi, namun perniagaan itu tidak bertahan lama dan telah ditutup.
Foto: Kosmo
“Selepas sepupu berhenti meniaga, saya kehilangan sumber pendapatan sehingga terpaksa menerima tawaran kerja sambilan melakukan kelim karipap dengan bayaran RM10 sehari.
“Saya tiada pilihan lain kerana perlu tinggal di rumah untuk menjaga tiga anak kecil selepas bercerai dengan suami. Kerja kelim karipap itu saya lakukan pada malam hari.
“Dengan pendapatan itu, saya hanya mampu membeli barang dapur bagi kegunaan harian dan tidak mampu membayar sewa rumah sebanyak RM550 sebulan,” katanya ketika menerima kunjungan daripada wakil Jejak Asnaf Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Mohd. Nasir Ishak dan Pengurus Besar Pasaraya Econsave, Mas Imran Adam baru-baru ini.
Dia juga terpaksa mengawal perbelanjaan harian termasuk membeli barang basah seperti ikan atau telur dalam kuantiti sedikit bagi mengelak wangnya cepat habis.
“Disebabkan itu saya terpaksa memberi anak minum air suam atau teh kosong kerana tiada wang untuk membeli susu,” katanya sambil memberitahu dua lagi anak yang berusia sembilan dan 11 tahun tinggal bersama bekas suami.
Siti Nurfarahim memberitahu, setakat ini dia terpaksa menangguh perancangan menjalankan perniagaan karipap sejuk beku kerana kediamannya tidak mempunyai kemudahan peti sejuk.
Sementara itu, Mas Imran berkata, pihaknya menyampaikan sumbangan berupa barangan elektrik dan keperluan dapur bernilai RM1,200 kepada keluarga berkenaan.
“Kami harap sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga ini,” ujarnya.
Orang ramai yang mahu menyalurkan sumbangan kepada Siti Nurfarahim boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) miliknya iaitu 1099541100275957. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
ex hubby tak kasi nafkah anak2 ke? |
|
|
|
|
|
|
|
so total anak 5? bekas laki x bagi nafkah langsung ka ..adoi laaa |
|
|
|
|
|
|
|
try ler amik upah jaga anak org.. tu je kot kerja yg boleh buat sambil jaga anak sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
zehra2: try ler amik upah jaga anak or ...
Btl juga..sorng budak 300-500..kalau transit 200-300..masyuk la dari kelim karipap tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Umur 29, total anak 5, 2 laki jaga, 3 dia jaga. Anak paling tua 11 tahun, sheols 29, so beranak or kahwin umur 18/17.
Sekian kajian demografi meols. No further comments. |
|
|
|
|
|
|
|
owhhh...5 yer total anak...kawen awal pastu branak ramai, ikutkan nafsu sgt...now hadap lah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Harap Perkeso, Pejabat Buruh cari majikan perempuan ni dan saman.
Zaman apa gaji RM10. Sepatutnya kena sediakan gaji basic + komisen |
|
|
|
|
|
|
|
zehra2 replied at 18-10-2023 09:32 AM
try ler amik upah jaga anak org.. tu je kot kerja yg boleh buat sambil jaga anak sendiri.
Skrg ni upah jaga anak orhg tak berbaloi dgn kos makan minum makin tinggi. Parents tau beranak je, bila htr kt pengasuh diorg expect pengasuh tanggung mkn minum anak² diorg dgn bayaran seciput. Lagi pulak dgn anak² dia pun kecik lagi, tak pasal² anak org terabai kena naik turun court pulak.
Patutnya pihak berwajib kena kejar laki & waris² anak dia. Diorg yg sepatutnya kena tanggung bukan paksa dia buat macam² keje. Zakat, baitulmal pun patut ambik tanggungjawab. |
|
|
|
|
|
|
|
biasa la luar bandar kan huhu,
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku pon setuju dengan cadangan forumer lain. Kemas2 rumah dan cuba cari job mengasuh. Dapat 2 orang pon rasnya dah ok dari kelim karipap. Mak aku xde pendidikan & xde lesen, jaga anak orang la cara dia cari duit. Sampai sekarang orang tanya2 nak tak jadi pengasuh lagi, tapi anak2 x bagi. Elok la mak aku spend masa pergi usrah, belanja bulanan anak2 bagi |
|
|
|
|
|
|
|
mcamana agaknye nak contact ek? company yg buat cleaning kat opis aku ni nak pakai ramai cleaner..location kat bandar jb |
|
|
|
|
|
|
|
prince_marhaen replied at 18-10-2023 10:04 AM
Umur 29, total anak 5, 2 laki jaga, 3 dia jaga. Anak paling tua 11 tahun, sheols 29, so beranak or k ...
Ramai yg kawen muda ank ramai terkesan sejak pkp tuhari .ni tambah pulak dgn harga keperluan asas pulak dok naik harga..lg laa..yg ada ank kecik dok pakai pampers..minum susu fm sgt2 terkesan.. Dutch lady & fernleaf pun kemain lg mahai.. |
|
|
|
|
|
|
|
cuba contact Jejak Asnaf Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ). tp susah juga nk kuar bekerja sbb nk kena jaga anak2 kecil. the best is cadangan forumers start keje mengasuh anak org.
|
|
|
|
|
|
|
|
silap kakak ni ambik anak2 yg kecil jaga. patut dia ambik yg besar 2 org tu. senang sikit dia nak keluar gi keja. |
|
|
|
|
|
|
|
masalah wanita2 mmg x habis2, kawen beranak kerja jaga anak kena cerai laki biawak laki kena sondol laki curang anak kena pedo kena rogol anak oku, itu sbb zaman dajal minta roti wanita mengikut dajal dibahu wanita memikul anak2 oku parent tua |
|
|
|
|
|
|
|
ketambangkang replied at 18-10-2023 11:58 AM
mcamana agaknye nak contact ek? company yg buat cleaning kat opis aku ni nak pakai ramai cleaner..lo ...
Payah dia nk keje tu .anak berderet 3 org nk letak mana |
|
|
|
|
|
|
|
anak 3 tahun dah, xpe la minum air je. |
|
|
|
|
|
|
|
copy_paste replied at 18-10-2023 10:15 AM
biasa la luar bandar kan huhu,
Tmn pulai Tu luar Bandar ke? Kalau parit wak kasan Tu ye lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
wow kt johor ingat kelantan
|
|
|
|
|
|
|
| |
|