|
Seorang lelaki membuat pendedahan dirinya sedang bergelut untuk membendung nafsu syahwat, di mana dia mengalami ketagihan pornografi sejak awal usia remajanya.
"Saya berperang dengan ketagihan pornografi sejak berusia 12 tahun. Saya cuba berhenti dan berjaya untuk seketika.
"Tapi saya tetap ada curi-curi tengok sekejap dalam masa saya cuba jauhkan diri dari pornografi tu. Ketika masuk usia awal 20-an, ketagihan pornografi saya kembali dan lebih teruk dari sebelumnya.
"aling menjadi-jadi sejak dua bulan kebelakangan ini, saya kerap gila tengok, tak boleh berhenti langsung.
"Setiap malam sebaik selesai melampiaskan nafsu saya akan rasa menyesal, tapi tak lama selepas tu tengok balik," katanya di platform X.
Gambar Hiasan
Tambah lelaki itu lagi, dia berasa jijik dengan keadaan dirinya dan risau tidak dapat lagi memulihkan ketagihannya itu.
"Saya rasa diri saya ni dah macam tak layak nak bertaubat sebab banyak gila tengok pornografi. Kadang tu rasa takut nak tidur, sebab ada terfikir kalau Allah ambil nyawa ketika saya baru selepas buat dosa.
"Rasa malu sangat dengan diri ini, sebab luaran orang tengok saya ni macam baik-baik je, tapi lain hakikatnya. Kalau ada orang kata saya ni baik, saya akan terdiam sebab saya tahu siapa diri saya yang sebenar.
"Walaupun rasa penyesalan tu ada, tapi saya masih tak boleh berhenti pornografi. Lagi satu, ada timbul perasaan dalam diri ni yang beranggapan saya pasti akan jadi ahli neraka, jadi apa gunanya bertaubat?
"Saya buntu dan saya takut untuk diri saya, apa cara untuk keluar dari tempat gelap ini?" rayu lelaki itu mengenai masalah dirinya.
Di ruangan komen, rata-rata warga maya cuba memberikan kata-kata semangat kepada lelaki itu.
"Sibukkan diri sampai satu tahap kita rasa penat fizikal dan mental. Bila balik rumah, mandi dan terus tidur. Saya faham, perubahan terutama sekali yang melibatkan ketagihan tak mudah, tapi juga tak mustahil.
"Kita sebagai manusia sentiasa ada peluang untuk bertaubat, jangan pernah putus asa. Semoga dikuatkan iman buat anda, teruskan berusaha.
"Jangan pernah putus harapan dengan rahmat Allah, kerana rahmat Allah mengatasi kemurkaan-Nya," nasihat sebahagian warga maya. -CARI
Sumber: mStar |
|