CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 3845|Reply: 0

319 pegawai, anggota polis Selangor dikenakan tindakan tatatertib

[Copy link]
Post time 11-10-2023 05:21 PM | Show all posts |Read mode

PELABUHAN KLANG 11 OKTOBER 2023. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan (tengah) diiringi Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi (kiri) pada sidang media selepas Latihan Amal Ops ISPS Ex-Ganjar 2023 di Northport, Pelabuhan Klang. STR / FAIZ ANUAR

Pelabuhan Klang: Polis Kontinjen Selangor mengesahkan seramai 319 pegawai dan anggotanya dikenakan tindakan tatatertib manakala 47 lagi terbabit dalam pelbagai kes jenayah sehingga September lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussien Omar Khan berkata, kesemua 47 pegawai dan anggota berkenaan sudah dituduh di mahkamah atas pelbagai kesalahan termasuk melanggar integriti, rasuah, jenayah dan dadah.

Menurutnya, walaupun jumlah berkenaan kecil berbanding keseluruhan 15,000 keanggotaan kontinjen Selangor, pihaknya tidak mengambil mudah atau berkompromi dengan isu terbabit.

"Tahun ini sahaja sehingga September, kita mengambil tindakan tatatertib ke atas 319 pegawai dan anggota yang mana membabitkan 2.1 peratus manakala yang terbabit jenayah 47 pegawai dan anggota yang membabitkan 0.3 peratus dari keseluruhan kekuatan polis kontinjen Selangor.

"Walaupun angka kecil berbanding kekuatan polis dalam Selangor tetapi kita tidak mengetepikan atau melindungi apa-apa kesalahan sama ada jenayah atau pelanggaran tatatertib yang dilakukan oleh anggota kita.

"Jika terbabit akan terima akibatnya. Antara yang terbabit adalah pegawai berpangkat Asisten Superintendan," katanya pada sidang media selepas menghadiri program Latih Amal Ex-Ganjar 2023 di Dermaga 8A Northport, di sini, hari ini.

Beliau berkata, sepanjang tahun lalu, sejumlah 445 kesalahan tatatertib membabitkan pegawai dan anggotanya dikesan manakala 35 orang ditahan kerja, 11 individu digantung dan 21 dibuang kerja.

Sementara itu, Hussein turut memaklumkan perkembangan terkini indeks jenayah di Selangor sehingga September lalu.

"Bagi sembilan bulan ini, indeks jenayah di Selangor meningkat sebanyak 6 peratus berbanding tahun lalu tetapi peningkatan ini tidak melangkaui nilai ambang yang ditetapkan oleh PDRM (Polis Diraja Malaysia).

"Ada peningkatan ekoran peningkatan aktiviti ekonomi selepas pandemik Covid-19 dan sebagainya, jadi polis mengambil tindakan yang lebih agresif dalam mengekang aktiviti jenayah ini.

"(Kes) yang meningkat adalah kes bunuh, seksual termasuk rogol yang agak sukar untuk membuat pencegahan kecuali kesedaran. Kes yang boleh dikawal seperti 'volume crime' iaitu curi, samun, ada peningkatan sedikit tetapi terkawal," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tindakan-tatatertib
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pencinta WordPress | Senarai2 Terpopular WordPress Page Builder PERCUMA
vectorismPencinta WordPress | Senarai2 Terpopular
Views : 19673 Replies : 3
Koleksi Juadah Hari Raya
GigihadidntKoleksi Juadah Hari Raya
Views : 45210 Replies : 2
Salam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
telracsSalam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
Views : 13167 Replies : 38
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44600 Replies : 669
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 20227 Replies : 20
Himpunan kisah seram dari Twitter - Latest: Mangsa kemalangan muncul dalam gambar?
stania83Himpunan kisah seram dari Twitter - Late
Views : 342290 Replies : 80
Apa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
borneApa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
Views : 1310 Replies : 1
Hotel-Hotel & Homestay Berhantu
NBMHotel-Hotel & Homestay Berhantu
Views : 1126077 Replies : 796
KOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus Ketika Tidur
salivKOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus K
Views : 33639 Replies : 4
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15853 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.098288 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list