CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3052|Reply: 0

[Terengganu] Tujuh tahun penduduk Kampung Cerang Cina tempuh jalan berselut

[Copy link]
Post time 5-10-2023 12:16 PM | Show all posts |Read mode

Penduduk menunjukkan laluan berselut akibat hujan di Kampung Cerang Cina, Wakaf Tapai. NSTP/Faizul Azlan Razak

MARANG: Kira-kira 50 penduduk di Kampung Cerang Cina, Wakaf Tapai, di sini, terpaksa menggunakan laluan tidak berturap dan berbatu untuk keluar masuk dari kediaman mereka ke jalan utama, sejak tujuh tahun lalu.

Lebih perit, penduduk perlu melalui jalan rosak dan berselut setiap kali musim hujan hingga menyebabkan ada kalangan mereka terpaksa membaiki kenderaan selepas mengalami kerosakan.

Penduduk ketika ditemui berkata, kediaman mereka juga akan dimasuki air bukit yang berselut apabila tiba musim tengkujuh.

Penduduk, Zulkifli Saad, 60, berkata penduduk bukan saja perlu menempuh laluan berbatu, jalan rosak dan berselut, malah kenderaan akan dipenuhi selut selain mengalami kerosakan seperti bumper pecah.



Katanya, sebelum ini dia bersama penduduk lain mengambil inisiatif sendiri dengan mengumpul wang membeli batu dan menambun laluan yang jaraknya kira-kira 600 meter.

"Bagaimanapun, usaha kami lakukan itu masih gagal menyelesaikan masalah yang kami hadapi selama tujuh tahun menetap di kawasan ini.

"Kami juga sudah beberapa kali membuat aduan kepada pihak berwajib, namun hingga sekarang tiada tindakan dilakukan," katanya yang ditemui di sini, semalam.

Zulkifli berkata, jalan terbabit adalah satu-satunya laluan penduduk untuk keluar masuk ke kediaman masing-masing dari jalan utama.

Seorang lagi penduduk, Muhammad Afiq Jaizzuan Jamal, 31, berkata kawasan rumah mereka berhampiran bukit dan bimbang berlaku perkara tidak diingini seperti hakisan akibat hujan.

Katanya, kali pertama mereka membuat aduan kepada pihak berwajib beberapa tahun lalu dan terbaru sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, namun hampa.

"Kami terpaksa memerlukan bantuan pihak berwajib untuk membantu menurap laluan ini kerana ia memerlukan kos yang besar," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... mpuh-jalan-berselut

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.050686 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list