CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2001|Reply: 0

[Pahang] Hutang Azhar naik kepada RM97,410 kerana kadar tukaran wang

[Copy link]
Post time 5-10-2023 10:40 AM | Show all posts |Read mode

NORA (kiri) sentiasa bersama adiknya, Azhar yang diserang angin ahmar. FOTO Mohd Rafi Mamat

Kuantan: "Kami tidak mampu lagi untuk menyediakan baki bayaran rawatan adik (Azhar Mohamad) lebih RM97,410 yang perlu dijelaskan kepada Hospital Universiti Kebangsaan Chungbuk, Korea Selatan," kata Nora Mohamad, 45.

Menurutnya, kos keseluruhan perubatan berjumlah kira-kira RM280,000 dan sebanyak RM200,000 dilunaskan oleh ahli keluarga melalui dana sendiri dan sumbangan orang ramai.

Katanya, pada April dan Mei lalu lalu, pihak keluarga membayar sebanyak RM55,000 daripada RM80,000 baki kos rawatan kepada hospital terbabit.

Dia berkata, sepatutnya baki cuma RM25,000, namun disebabkan kadar pertukaran mata wang Korea Selatan terlalu tinggi, ia menyebabkan kini baki bayaran yang perlu dibayar kini meningkat kepada lebih RM97,410.

"Kami sekeluarga bukan tidak berusaha untuk membayar baki bayaran perubatan Azhar tetapi disebabkan pertukaran mata wang Korea Selatan yang begitu tinggi menyebabkan baki bayaran terus meningkat dan terlalu membebankan.

"Saya dan adik-beradik lain kini buntu memikirkan untuk mendapatkan sumber kewangan bagi membayar baki kos perubatan, semakin lambat membayarnya semakin bertambah baki bayaran yang perlu dilunaskan," katanya di sini, semalam.

Beliau menambah, dia sekeluarga bimbang terhadap tindakan undang-undang yang mungkin diambil pihak hospital kerana gagal menyelesaikan kos perubatan mengikut tarikh ditetapkan iaitu pada 17 Oktober ini.

Nora berkata, dengan baki bayaran lebih RM97,410, agak mustahil dia dan ahli keluarga dapat menyediakan jumlah itu memandangkan mereka bukan daripada keluarga berada.

Sebelum ini akhbar ini menyiarkan kisah Azhar, 38, yang berkerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang di Jincheon, Korea Selatan, ditemukan rakan dalam keadaan separa sedar di rumah sewanya di negara itu, selepas mengalami serangan angin ahmar pada 31 Ogos 2021.

Selepas rawatan di negara itu, Azhar kemudian dibawa pulang ke Malaysia susulan bantuan dan sumbangan daripada pelbagai pihak,
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -kadar-tukaran-wang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.335259 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list