CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 497|Reply: 0

[Terengganu] Halau sebelum ceroboh

[Copy link]
Post time 3-10-2023 11:13 AM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN

Kuala Terengganu: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu mengambil tindakan proaktif berhubung konflik sekumpulan gajah liar dan penduduk tiga kampung di Hulu Terengganu.

Pengarahnya Loo Kean Seong berkata, pihaknya maklum mengenai masalah berlaku dan beberapa pendekatan awal diambil antaranya memasang GPS Collar pada gajah berkenaan.

Menurutnya, alat itu dapat menentukan pergerakan gajah sebelum maklumat disampaikan kepada ketua penduduk.

"Dalam satu kawanan gajah mungkin satu collar dipasang bagi mudahkan usaha menghalau gajah sekiranya menceroboh kampung," katanya.

Menurutnya, Perhilitan juga mengatur perjumpaan dengan penduduk untuk memberi pendedahan bagaimana cara selamat menghalau haiwan liar sekiranya berlaku pencerobohan.

"Namun, bukan semua situasi boleh digunakan, hanya apabila difikirkan selamat saja boleh diguna pakai.

"Justeru, satu program bersama masyarakat setempat di tiga kampung itu diadakan bagi menyampaikan maklumat dan mencari solusi terbaik dalam menangani konflik antara gajah dan manusia ini," katanya.

Menurutnya, bagi penyelesaian jangka panjang, pihaknya merancang membina pagar elektrik bagi mengurangkan gangguan gajah di kawasan kampung terbabit.

Katanya, pihaknya berharap mendapat kerjasama penduduk dalam menangani isu terbabit memandangkan kakitangan Perhilitan terhad dan sukar berada di kawasan penduduk sepanjang masa.

"Kedudukan kampung berhampiran hutan dan bukit selain ada banyak makanan mendorong haiwan itu berada di kawasan itu lebih lama.

"Jika dipindahkan semua gajah, dalam tempoh tertentu ia kembali semula di kawasan kampung berkenaan (kerana dorongan makanan)," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan wujudnya Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) sebagai punca pertambahan gajah di penempatan penduduk, Loo berkata, pusat konservasi itu bukan penyumbang kepada kehadiran gajah di kampung berkenaan.

"KECV bukan puncanya, kalau tidak kenapa gajah berada di kawasan kampung bukan di KECV.

"Kawasan kampung ada anan antara faktor konflik gajah dan manusia ini berlaku kerana gajah datang cari makanan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lau-sebelum-ceroboh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 4902 Replies : 4
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 159257 Replies : 3908
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71225 Replies : 2929
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 3930 Replies : 15
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102401 Replies : 2875
Want to tap into the exciting world of sports betting?
peterkester96Want to tap into the exciting world of s
Views : 4431 Replies : 1
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 13806 Replies : 97
Walaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok tetapi kajian tunjuk wanita Malaysia Ke-6 Paling Cantik Di Asia, Atasi Singapura & Thailand.Acik forum bangga?
YgBenarWalaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok
Views : 7909 Replies : 54
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5153 Replies : 40
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 188147 Replies : 1712

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.053964 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list