CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4877|Reply: 0

[Terengganu] Sultan Mizan berkenan rasmi tanam 3,000 pokok di Pantai Batu Buruk

[Copy link]
Post time 2-10-2023 12:20 PM | Show all posts |Read mode

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin (dua kiri) berkenan Menyempurnakan Majlis Perasmian Penanaman Pokok Sepanjang Pantai Batu Buruk Ke Pantai Pandak dengan Kerjasama antara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) di Dataran Pantai Batu Buruk. - Foto NSTP/Ghazali Kori

KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan penanaman 3,000 pokok di sepanjang Pantai Batu Buruk ke Pantai Pandak hari ini.

Keberangkatan baginda disambut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim dan Ahli Dewan Pangkuan Diraja, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail.

Penanaman pokok dengan anggaran jarak sepanjang 11.3 kilometer (km) membabitkan kerjasama antara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM).

Sementara itu, Dr Azman berkata kerajaan negeri menyambut baik usaha dilaksanakan dalam menyokong agenda nasional melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok menjelang tahun 2025.



Pokok memainkan pelbagai peranan penting antaranya mewujudkan keseimbangan antara kawasan hijau dan pembangunan fizikal dalam kawasan MBKT.

"Penanaman pokok di kawasan bandar boleh menyeimbangkan kesan iklim dengan mengurangkan kepanasan dan meningkatkan kelembapan relatif.

"Penanaman pokok juga akan mewujudkan landskap yang cantik dan menarik serta secara tidak langsung dapat mempertingkatkan kualiti visual dan 'sense of place & imageability' bagi pelancong-pelancong ke Terengganu," katanya berucap di Dataran Pantai Batu Buruk.

Dr Azman berkata, kawasan penanaman pokok dipecahkan kepada tujuh zon dan antara spesis pokok teduhan yang dipilih adalah Pokok Ketapang, Pokok Rhu Pantai, Kelapa Pantai dan Ambang-Ambang.

Pemilihan pokok spesis ini dibuat berdasarkan peranannya sebagai lindungan semulajadi dan zon penampang bagi mengurangkan kemusnahan akibat kejadian alam.

"Penanaman pokok ini juga sebagai benteng untuk mengurangkan kesan pukulan ombak daripada laut di samping pokok-pokok ini dapat tumbuh dengan baik di kawasan pantai berpasir.

"Saya berharap kita sama-sama dapat menjaga kawasan serta pokok-pokok yang ditanam ini dengan baik terutamanya daripada segi kebersihan dan pemeliharaan agar dapat dinikmati oleh generasi pada hari ini dan masa hadapan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... i-pantai-batu-buruk

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 4902 Replies : 4
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 159257 Replies : 3908
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71225 Replies : 2929
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 3930 Replies : 15
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102401 Replies : 2875
Want to tap into the exciting world of sports betting?
peterkester96Want to tap into the exciting world of s
Views : 4431 Replies : 1
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 13806 Replies : 97
Walaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok tetapi kajian tunjuk wanita Malaysia Ke-6 Paling Cantik Di Asia, Atasi Singapura & Thailand.Acik forum bangga?
YgBenarWalaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok
Views : 7909 Replies : 54
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5153 Replies : 40
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 188147 Replies : 1712

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.069144 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list