CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34461|Reply: 15

Bil Air dan Tanda-Tanda Kebocoran bawah tanah

[Copy link]
Post time 12-1-2011 09:30 PM | Show all posts |Read mode
Salam

Saya nak tanya berapa bil air korang dlm sebulan ? Saya duduk 3 beranak dlm rumah, saya, isteri dan baby. pakai 22 meter padu kena bayar rm 29.70 tp after diskaun govt bil jadi rm 8.14.  Dgn bil sebegini, mungkin kah paip air saya ada kebocoran bawah tanah. Saya rasa bil saya ni tak melambangkan langsung paip saya bocor. Saya duduk rumah teres kawasan bercerun. jiran di sebelah mengadu ada lelehan air masuk ke dalam rumah melalui dinding share dgn saya. katanya paip saa bocor ?? so ada chance ke ini berlaku

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2011 08:24 PM | Show all posts
aku rasa rm30 mcm mahal jer. dulu aku dok landed bil paling2 pun rm10. tetapi bila ada kebocoran paip bwh tanah..terus bil naik jadi rm600. rasa nak pensan aku masa tengok bil tu. sbb takde tanda2 pun bocor..takde air meleleh..takde banjir ke apa ke..biasa2 jer.. tapi bil melambong2...so, solutionnya..bypass jer..takyah pakai paip bwh..

tapi yg jiran ko komplen tu maybe bocor dari toilet kot..atau dari tangki? pegi la umah jiran ko tu tengok bocor berdekatan sumber mana? kalo ada air kompom la ada bocor...sila rectified segera...nnt lama2 jadi lagi teruk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2011 08:40 AM | Show all posts
terima kasih kerana sudi menjawab. saya sudah tgk bocor tu, airnya jernih dan tak berbau, mcm air paip, hanya meleleh sahaja dan alirannya kecik. ia keluar melalui satu crack line yg halus. kalau tabur bedak br nampak ia mengalir.  biasanya kalau batang paip bocor walaupun kecik bocornya, aliran air ttp laju sbb pressure paip tinggi. air tu memancut kuar. jiran tu jgk cakap kalau saya takde, air tu tak kuar. saya fikir kalau saya ada atau takde kalau bocor sepatutnya air tu ttp kuar sbb dlm paip sentiasa ada air. saya pun tak tutup lock kat meter kalau saya tak de

air bocor ikut dinding berlaku kat rumah jiran saya belah kiri dan kanan tp yg blh kanan dok komplen sbb dia duduk kat bahagian bawah (rumah teres kawsan bukit). kalau ikut graviti air akan mengalir dr arah rumah saya ke rumah jiran belah kanan. jiran belah kiri dah tanya jiran sebelah rumah dia, jiran dia pun cakap bil dia rendah jgk. saya ada buat perbandingan dgn kawan perumahan sama duduk laki bini dgn 3 anak bil bulanan dia after diskaun paling kurang 20 rm dan tak lebih 35. ada 2 cth kes bocor kawasan ni yg saya tahu  dimana bilnya mencecah seratus lebih sebulan. dan jiran rumah yg bocor ini tak pulak ada ketirisan air.

saya bukannya zalim sgt nak menganiaya jiran tp dlm kes begini serba salah jgk. perabis kat 1000 tukar paip for nothing buat apa
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2011 09:26 AM | Show all posts
nak detect paip bocor kena tgk kat meter. masa tengok meter tu, pastikan tiada penggunaan air langsung, air tangki mesti penuh... kalau bocor kuat, meter akan jalan laju tapi kalau bocor kecil, susah sikit. rumah. panggil aa sapa sapa yang pandai check ni, kalau boleh jangan panggil contractor cina, pasal silap silap, tangki ko yang elok diorang suruh tukarkan...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2011 11:04 AM | Show all posts
terima kasih kerana sudi menjawab. saya sudah tgk bocor tu, airnya jernih dan tak berbau, mcm air pa ...
machaman77 Post at 18-1-2011 08:40


kalau rasa ada kebocoran tapi bil air tak tinggi, kemungkinan ada air keluar dari celahan lantai bilik air.. berlaku jika lantai bilik air tidak menggunakan waterproofing cement.. atau bancuhan yg tak sempurna... so air tidak sepenuhnya mengalir keluar melalui saluran paip, tetapi celahan simen... wallahualam....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2011 11:26 AM | Show all posts
agak susah nak terima kalau air bilik air sbb air yg kuar jernih dan tak berbau. kalau air dr blik mandi at least ada bau sabun dan keruh sikit. lagi pun jiran kat sebelah kiri ada masalah ni jgk, air meleleh ikut dinding. owner dulu cakap yg kuar tu bukan air paip tp air bawah tanah. oleh kerana teres kat kawasan bukit ada logiknya air mengalir secara graviti. kadang kala saya fikir logik jgk sbb jiran belah kiri pun ada masalah sama. sebenarnya rumah saya ada gak air meleleh masuk tetapi bukan melalui crack dinding tp melalui tandas. saya perasan ada air meleleh masuk. tu la sbb toilet saya sentiasa lembap.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2011 01:58 PM | Show all posts
buat bypass jer!dlm rm650 dr main pipe ke tangki guna paip pvc yg hitam tu.
Ko tutup smua paip dlm umah peh tu tgk kat meter tu....kalo meter dok jln sah ler paip bwh tanah ko bocor!
X perlu nk scan2 bagai bt perabih duit jer.Kalo bil air tiba2 naik mmg ada bocor somewhere!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2011 02:15 PM | Show all posts
mmg aku perasan meter tu sentiasa jalan. tp knp bil air aku rendah je. bil air aku maintain je. mmg tak pernah lebih rm 10 sebulan (after diskaun). mcm takde apa apa. tp ada hari walaupun aku dok rumah, takde air kuar. nak kata terputus bekalan air tak mungkin sbb bila buka paip laju ke kuar. kalau paip kompom bocor mana ada istilah ada hari air tak kuar.  lagi pun rumah sebelah ada berlaku tirisan ikut dinding jgk. keadaan sama. aku ingat nak masukkan pewarna dlm paip dan tgk dia ada kuar tak ikut dinding. aku kadang kala merasakan mmg paip aku bocor tp kadangkalan tdk sbb petunjuk yg ada tak konsisten. kalau ikut bil tak mungkin bocor.  kawasan rumah aku ni selalu ada kes main pipe bocor dan tak dibaiki. JBA cakap kalau rumah ko masih ada air walaupun main pipe bocor kami tak pegi repair main pipe. biar je laju air tu masuk longkang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2011 02:55 PM | Show all posts
aku nyer lagi teruk

bulan lepas kene 90rm!dahla aku dok sorang,basuh baju seminggu sekali je

bulan lain elok je 0rm.bengong nye syabas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2011 03:47 PM | Show all posts
hahaha, ada bocor besar tu. aku rasa mmg bocor. dah call jba td. dia suruh check kat bil air ada tak kod  A. kod A ni bg meter rosak. bila meter rosak dia akan ambik bacaan average satu tahun pakai. patut la bil aku rendah. tq jgk kat JBA yang consider meter rosak. kalau dia bantai je bacaan tu direct mampus aku nak bayar sampai beratus ratus
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2011 04:55 PM | Show all posts
hahaha, ada bocor besar tu. aku rasa mmg bocor. dah call jba td. dia suruh check kat bil air ada tak kod  A. kod A ni bg meter rosak. bila meter rosak dia akan ambik bacaan average satu tahun pakai. patut la bil aku rendah. tq jgk kat JBA yang consider meter rosak. kalau dia bantai je bacaan tu direct mampus aku nak bayar sampai beratus ratus

machaman77 Post at 18-1-2011 15:47



TT bi duk area mana??

sebelum tu,sama-sama... hehe....

kalau paip bocor tu x mendatangkan masalah kpd pengguna, paip tu akan dibaiki jgk tp tgk atas2 kes jgk la...kalau tmpt A paip bocor ganggu pengguna, pembaikan akan diutamakan.

-------------------------------------------------------------------------------------------
kalau ada npk paip2 pecah ke ape ke.. jgn lupe call 09-573 9999(pulapel pahang)
* laporkan kebocoran paip, kecurian air dan sebarang masalah ke pusat aduan di talian diatas....
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2011 01:35 PM | Show all posts
Ada ada kebocoran selepas meter stand mmg bukan tanggungjawab JBA / SYABAS etc. tu tanggungjawab pengguna utk pastikan saluran paip selepas meter stand xde kebocoran.. So btl kata kengkwn, cuba tutup paip kalau meter berjalan mmg ada kebocoran.. Baik check betul2, skrg mgkn diaorg x baca bacaan sebenar mana tau nnti bila diaorg buat adjustment pada bil tetiba melambung..

So tuan thread dah dapat penyelesaian ke mana datangnya air yg mengalir keluar melalui dinding tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2011 10:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by machaman77 at 10-2-2011 22:18

tq semua atas maklumat di atas dan tq jba. paip akan ditukar
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2011 12:11 PM | Show all posts
dah 2 thn++ tak bayar bil air...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2011 03:51 PM | Show all posts
dah 2 thn++ tak bayar bil air...
azliela Post at 16-2-2011 12:11



aku pun sama..dah bertahun tak bayo bil air...asik dpt guna free jer......
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2011 01:56 PM | Show all posts
Pernah kena kat umah baru sy.Baru duk 6 bln paip bawah tanak dah bocor.Pemaju tak nak bertanggungjawab sbb sy dah buat renovation rumah.Perasan paip bocor bila ada air keluar ikut main hole jiran sebelah.Jiran tu tak pindah lagi sampai sekarang.
  Dah 2 hari baru perasan paip bocor.Nasib baik masa sedar pai bocor tu suami tgh cuci kereta kat belakang rumah.Dia dengar air mengalir laju.Tengok kat meter air depan rumah memang berpusing laju.Bila tutup air kat main hole jiran tu secara perlahan tak der.Maksudnya memang betul paip bawah tanah rumah saya bocor.
  Nasib baik pak mertua yg buat renovation rumah boleh tolong settlekan pembaikan paip.Paip lama tak guna.Beli paip pvc yang warna hitam dan sambung dr meter depan naik ikut atas bumbung.Tak der dah paip bawah tanah.Habis dlm RM400 jg utk betulkan paip tu.Bil air pulak kena Rm700.Bayar secara ansur2 selama 3 kali.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.197638 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list