View: 4847|Reply: 0
|
MotoGP: Pecco ikrar tawan Motegi
[Copy link]
|
|
PECCO mengakui jenteranya sudah kembali ke prestasi terbaik untuk membantunya menawan GP Jepun hari ini. - AFP
TOKYO – Juara bertahan MotoGP daripada pasukan Ducati, Francesco Bagnaia sudah kembali menemui prestasi sebenar dan optimis dapat menakluk Litar Twin Ring Motegi menjelang saingan Grand Prix (GP) Jepun hari ini.
Sebagai rekod, prestasi ‘Pecco’ Bagnaia agak tergugat sejak tiga perlumbaan lepas di GP India, GP San Marino dan GP Catalunya apabila hanya menjuarai kali terakhir pada GP Austria, Ogos lepas.
Situasi itu menyaksikan jurang mata yang dimiliki Pecco selaku pendahulu keseluruhan kategori pelumba hanya berbaki 13 mata selepas mengutip 292 mata manakala pencabar terdekat, Jorge Martin daripada pasukan Pramac Racing meraih 279 mata.
Menurut Pecco, prestasi jentera kembali ampuh selepas jurutera pasukan sudah menemui kelemahan yang dirasai sejak tiga perlumbaan lepas terutama melibatkan brek dan tayar yang tidak begitu mencengkam.
“Saya sangat gembira kerana selepas menjalani sesi ujian bebas di Motegi, saya boleh katakan jentera kami sudah kembali berada pada tahap terbaik. Kini, saya tidak mempunyai masalah untuk memberi saingan yang diharapkan.
“Secara jujur, saya optimis kita dapat menakluk GP Jepun dan pujian wajar diberikan kepada tenaga kerja di belakang tabir yang sentiasa bekerja keras untuk memberikan jentera yang terbaik buat saya.
“Apa yang pasti, saya perlu kekalkan fokus andai mahu terus memimpin carta pendahulu keseluruhan musim ini kerana saingan yang diberikan oleh pesaing cukup sengit dan saya tidak boleh rasa selesa dengan situasi semasa,” katanya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... ikrar-tawan-motegi/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|