View: 7325|Reply: 68
|
Website Pembelian Berkumpulan
[Copy link]
|
|
Salam,
dah lama tak singgah kat sini, mungkin boleh tanya idea tambahan kat sini..
Apa pendapat korang pasal website pembelian berkumpulan macam letsdeal, scoopon dan groupon ???
Saya akan lancarkan website ini untuk market Malaysia pada bulan Mac insya-Allah...
apa pandangan atau idea yang mungkin korang ada???
SJ |
|
|
|
|
|
|
|
abislah rosak market harga brg2 kat malaysia..sblum nie pun dah byk kerosakan harga2 sbb kursus2 borong.. |
|
|
|
|
|
|
|
yang empunya website bikin duit. consumer puas hati.
tapi downside nya suma tokeh2 kedai jatuh kan harga nak dapat kan customer.
kalau ada 10 website cam ni kat malaysia, aku terpaksa pikir balik. |
|
|
|
|
|
|
|
Jika kita menjual dengan niat untuk menindas pelanggan dgn harga yang tinggi, mmg kita akan rugi dengan kaedah sebegini. Tak perlu dirisaukan kot kerana harga yang ditawarkan kepada pelanggan adalah harga yang DIPERSETUJUI oleh pekedai.
Kebaikan bagi peniaga
- promosi kedai - kedai yang orang tak pernah kenal, akan terkenal dan dikenali. Katakan yang beli kupon tu hanya 100 orang, tetapi promosi dibuat kepada lebih 50,000 orang yang ada dalam database kami.
- customer akan berulang jika servis kita bagus, jadi fokus kepada servis yang bagus. Peniaga juga boleh mengambil data dari pelanggan yang datang untuk dibuat follow-up di masa depan
- peniaga pun akan dapat untung dengan customer yang ramai. Contohnya katakan kita ada perniagaan gym, capasity yang biasa digunakan adalah 20%. Dengan promosi, kapasiti yang digunakan adalah 80%. Jadi peniaga pun tak ada rugi apa2 kerana yang digunakan itu adalah fixed cost dan bukan variable cost.
- |
|
|
|
|
|
|
|
susah bro...semua org dah tau harga borong....contohla skrg nak jual legging pun susah sebab ada orang jual sehelai RM2.40....walaupun tak ramai...org lain jual rm8...aku jual rm3 pun iorg kata mahal....`
kita bukan menindas pengguna tapi be real...
sewa dah 3k, gaji 2k, abis takkan barang nak jual 2.40 kot....berapa break even unit? 20k unti sebulan? more? less? be real.....pengguna tak mau tau kos sewa, kos gaji kita ...dia cuma nak dapat murah |
|
|
|
|
|
|
|
harga DIPERSETUJUI tu yang tak sedap aku nak dengar tu.........
be real....org kat kok lanas, gua musang, sibu, KLCC, angsana,JB takkan jual rega sama kot...ada sewa 100 ada sewa 15k? |
|
|
|
|
|
|
|
deanfiero, harga dipersetujui yang dimaksudkan macam nie.
Deanfiero jual barang berharga RM 10.. saya nak beli dengan harga RM 8. Harga DIPERSETUJUI oleh dean, jadi saya setuju membeli. Jadi pembelian tu sah la.
Kalau saya nak beli harga RM 8, dean nak jual harga RM 10.. camna nak teruskan proses jual-beli ??? |
|
|
|
|
|
|
|
ooooo..................terima kasih cikgu...tambah satu ilmu lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Mengenai harga yang berbeza.
Dalam kita menjual barangan yang hampir sama seperti pakaian, barang pertanian, handphone, alat memasak atau spare-part kereta. Kita berada dalam stuktur ekonomi "pure competition" atau struktur persaingan penuh. Dalam sistem ini harga yang ditetapkan adalah harga pasaran yang sanggup dijual oleh peniaga dan harga yang sanggup dibeli oleh pembeli.
Dalam Islam sendiri, diutamakan 'market mechanism' dimana harga perlu ditetapkan oleh pasaran kecuali beberapa benda tertentu seperti yang disebut hadith seperti air, api, garam dan rumput (tanah).
Dalam satu peristiwa di Madinah, pada waktu itu sahabat-sahabat minta Nabi untuk campur tangan dalam penetapan harga pasaran di Madinah. Namun Nabi menjawab "I don't want to have blood of these men on my hand in the Hereafter".
Hadith di atas digunakan sebagai asas bahawa Islam menyokong sistem pasaran. Yang menentukan harga bukan seorang penjual atau pembeli. Tetapi kedua-duanya. Jika ada persetujuan, baru berhasil. Jika tidak, tidak berhasil.
Mengenai sewa, sewa yang mahal, membawa pelanggan yang ramai atau yang sanggup membayar lebih... Kalau sewa mahal, tapi pelanggan kurang atau tidak sanggup membayar lebih, kurang bijak la kalau kita masih menyewa kat situ.
Kita tidak dipaksa oleh sesiapa, kita enter into any contract di atas kebebasan yang diberikan kepada kita. Lainlah kalau kita dipaksa.
Terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya tgk benda mcm nie byk kontra nya dari kelebihan..sbb kita sbgai peniaga kena tanggung byk overhead mcm kedai, pekerja dll..pastu jika kita berniaga online ada juga overhead2 walaupun tak sebyk peniaga yg ada kedai..tetapi jika harga dah tak boleh control mcm skg kebanyakan peniaga kecil2lan pun dah pergi ambil sendiri kerana kursus2 borong yg telah dianjurkan..dan telah meletakkan harga sesuka hati utk menjual...walaupun untung seringgit pun takper janji boleh lawan harga...so mcmana tu..kos peniaga di kl lain..di utara lain..selatan lain..pastu jadi lambakan brg2 yg byk sbb semua nak jadi peniaga walaupun tak tahu handle harga2 brg...
Kalo kita tgk bangsa lain mereka ini pandai kontrol harga..kontrol brg..serta pandai kontrol source brg.. |
|
|
|
|
|
|
|
saya setuju dgn badai. mmg betul ramai peniaga kecil yg ambik direct barang dagangan kebelakangan ni. thn lepas berkenalan dgn peniaga yg menjual bj kanak2 branded. dia ambik stok direct dr china. harga yg di jual mmg sgt2 murah. harga jualan adalah harga borong yg ditawarkan oleh pemborong di sini.
bayangkan mcmn peniaga yg ambik dgn pemborong kt sini nk bersaing? mmg sy nampak puncanya adalah penetapan harga yg tiada kawalan. |
|
|
|
|
|
|
|
dah jatuh kan harga lepas tu nak bayar tokeh website lagi. berapa percent..50%?
untung ciput kerja banyak.
customer biz cam ni suma yang jenis sengkek2, yang kejar coupon free gift. ini lah upside nya dikenal ramai oleh customer murahan.
dah banyak orang nanti tak terlayan, servis pun takda.
kalau nak join kena buat preparation. |
|
|
|
|
|
|
|
orang lain pergi memborong adalah SALAH, tapi kita pergi memborong tu betul pulak. Aduhai, mentaliti...
Cara senang, amik saja ramai-ramai dari pemborong Cina. Sebab semua pemborong Melayu amik dari sumber. Kalau pemborong Cina ambil dari sumber, itu rezeki Allah kepada diorang. Kalau pemborong Melayu ambil dari sumber. INI HARAM. ha ha ha.
Persaingan dalam perniagaan adalah lumrah. Kalau tak nak bersaing, kita ada option untuk kerja makan gaji. Tiap-tiap bulan duit masuk bank. Kalau nak meniaga, pastuh tak nak pulak orang bersaing, susah la bro. Sebab semua orang pun idamkan keadaan macam tu.
Orang membeli dari kita bukan saja kerana harga, tetapi juga kerana kreativiti kita memasarkan produk, servis kita terhadap pelanggan, kualiti produk yang kita pilih dan beribu sebab lagi.
Pada pendapat peribadi saya, ilmu perniagaan, perlu disampaikan kepada seramai mungkin saudara Muslim saya. Jadi dengan ini, mereka bukan saja dapat membuat keuntungan yang banyak, tetapi juga dapat venture dalam banyak business2 baru.
Selain jual barangan bayi, banyak lagi bidang yang kita belum terokai... Allah Maha Kaya dan rezeki Tuhan Maha Luas.
Mentaliti "resources are limited" adalah mentaliti ekonomi kapitalis. Islamic Economy menekankan bahawa "resources are unlimited". Maksudnya, rezeki Tuhan tak ada penghujung. Dan kita perlu bersaing secara sihat. Bukan dengan menyekat ilmu yang akan sampai kepada usahawan yang baru memulakan perniagaan. |
|
|
|
|
|
|
|
perbincangan yg bagus, teruskan bg tips dan jawapan kepada idea ini, hrp jangan ada sengketa ye |
|
|
|
|
|
|
|
aku cuma bagi pendapat negative...biar negative dulu jangan kemudian.
biz cam ni peniaga baru kecil kecilan memang tak boleh atau susah nak buat.
yang boleh ada lah retailers besar atau tokeh pemborong...atau restaurant besar.
bagi tahu lah kat sini system cam mana kau nak buat? |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya tak de masalah dari segi bwk bumiputera pg memborong tu..tapi rasanya kita kena fix harga yang tk boleh rosakkan pasaran harga..sbb brg yang saya dok jual sekarang ni pon tengah mengalami situasi sama.. tapi cha ya nun alif yang bagi rosakkan pasaran. mmg diorg ltakkan harga yang menghancurkan periuk nasi peniaga spt saya ni..ish..sedey!! |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ctredzuan at 16-1-2011 01:28
Saya nak tanya En. Hiven brape percent kursus borong yg anda anjurkan mencapai matlamat utk menjadikan mereka itu pemborong yg benar2 tulen???adakah mencapai 50%..dan adakah anda betul2 peniaga tegar???.sbb kebykan mereka yg mengikut kursus borong ini dalah mereka yg bukan betul2 fulltime bisness seperti kami..kebykan mereka ini masih membuat sampingan..jadi mereka ini tidak kisah jika untung setakat rm2-3 shj..erti kata lain janji boleh jual brg mereka..sbb mereka ini tidak ada overhead2 spt peniaga2 fulltime seperti kami ini...
oleh itu juga ia akan menjadi lambakan brg2 ini dgn tidak terkawal dan terjadi perang harga sendiri di kalangan peniaga2 melayu itu sendiri..jadi ini akan merugikan bangsa melayu khas nya islam utk bersaingan dgn peniaga bangsa lain..saya tgk ramai yg menganjurkan kursus2 borong secara tidak terkawal kebelakangan ini mahu pun secara sah iaitu dgn company atau secara tidak sah yg bawa2 org..adakah mereka ini betul2 hendak berniaga atau sekadar hangat2 taik ayam dgn erti kata lain utk main2 harga....saya tgk semenjak kebelakangan ini makin ramai membuat kursus borong ke vietnam dan china tanpa tujuan yg betul2 iaitu utk menjadikan mereka ini pemborong atau peniaga...
masing2 hanya pentingkan keuntungan...penganjur2 juga perlulah menbendung pekara ini supaya kami peniaga yg netul2 fulltime ini boleh bersaingan dgn bangsa lain sebagai pemborong..jika tidak dibendung atau di tukar cara penganjuran yg berat sebelah ini akan mengakibatkan kami pemborong melayu akan beransur2 lenyap dek permainan bangsa sendiri...pihak penganjur kursus2 ini perlu lah mencari strategi atau mencari satu solution supaya pekara ini win win situation...pihak penganjur perlulah menetapkan syarat2 jika mereka hendak mengikuti kursus2 tersebut..seperti semak latar belakang mereka..saya mmg tidak menolak dlm bisness mmg kena ada persaingan...tetapi saya tgk penganjur kursus atau membawa rombongan borong lebih pentingkan keuntungan tanpa memikirkan implikasi kpd para peniaga tegar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam model economy pure competitive, kita tak boleh menyekat orang dari menimba ilmu pernigaan. Kalau saudara belajar economy, saya pasti saudara tahu.
Kalau nak bersaing, bukan dgn cara menyekat orang, tapi dengan cara kita jadi lebih baik dari orang. Kalau rasa kita tak boleh bagi servis terbaik, cari alternatif lain yg mungkin lebih baik bagi saudara.
Saya rasa setakat ini jer layanan saya kpd saudara2 yg skeptikal nie. Sebab tujuan saya bukak thread nie bukan nak debat pasal lebih baik kita ajar orang ilmu meniaga atau lebih baik kita saja bolot semua dan biarkan bangsa kita jadi bodoh sampai bila2.
Lepas nie saya akan terangkan mengenai business model yang saya ceritakan sebelum ini Insya-Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 19# Hiven
good job... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|