CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2850|Reply: 0

Red Bull dijangka bangkit dekat Suzuka

[Copy link]
Post time 19-9-2023 12:44 PM | Show all posts |Read mode

VERSTAPPEN ketika di GP Singapura. FOTO AFP

Singapura: Grand Prix (GP) Jepun pada hujung minggu ini bakal menjanjikan situasi berbeza berbanding GP Singapura sekali gus menyedarkan semula mereka yang meraikan kejayaan menamatkan dominasi Red Bull.

Sebelum bermula GP Singapura, Red Bull sudah memenangi kesemua 14 perlumbaan musim ini dengan pendahulu, Max Verstappen memburu kemenangan ke-11 berturut-turut.

Namun di GP Singapura, Red Bull gagal memulakan perlumbaan di petak 10 teratas serta podium selepas pemandu Ferrari, Carlos Sainz memenangi perlumbaan mengatasi Lando Norris dari McLaren di tempat kedua dan Lewis Hamilton dari Mercedes, ketiga.

Red Bull dijangka bangkit semula di Suzuka di mana mereka menamatkan perlumbaan di kedudukan satu dan dua tahun lalu serta turut berpeluang mempertahankan kejuaraan pengeluar.

"Saya rasa Red Bull sentiasa menjadi pasukan utama yang perlu ditewaskan dan saya fikir di Jepun mereka akan kembali seperti sebelum ini," kata Charles Leclerc dari Ferrari.

"Saya menjangkakan Red Bull akan menguasai GP Jepun. Singapura juga tidak memihak kepada Mercedes sebelum ini ketika mereka mendominasi kejuaraan, jadi ia adalah perlumbaan yang sangat istimewa." kata pemandu Aston Martin, Fernando Alonso.

Verstappen hanya menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima di GP Singapura.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... angkit-dekat-suzuka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.049250 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list