CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5243|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pemimpin perlu muhasabah, betulkan sikap yang merugikan negara - Mufti Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 17-9-2023 04:50 PM | Show all posts |Read mode

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor. - NSTP/Zuhainy Zulkifli

GEORGETOWN: Semua pihak, terutama pemimpin politik digesa bermuhasabah dan melakukan kritik dalaman untuk meluruskan pendirian dan membetulkan sikap merugikan negara serta umat.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, berkata sudah tiba masa bagi pemimpin yang berjaya memegang tampuk pemerintahan, berusaha melaksanakan tanggungjawab dengan amanah dan jujur.

Sementara bagi yang tidak terpilih menjadi pemimpin, katanya, mereka boleh mengemukakan pandangan membina, bukan dengan membangkang membabi-buta atau sekadar melepas geram, melampiaskan perasaan cemburu dan dendam kesumat.

"Biarlah kerajaan yang ada pada hari ini bekerja dengan lancar sehingga tamat penggal dan rakyat akan buat pilihan dalam pilihan raya umum akan datang sama ada mahu mengekalkan kerajaan sedia ada atau menggantikannya dengan yang lain.



"Sistem demokrasi beginilah yang sepatutnya diterjemahkan ke dalam realiti kehidupan bernegara dan ia juga selari dengan ajaran agama Islam yang suci," katanya ketika mengulas mengenai kejernihan suasana politik tanah air masa kini, hari ini.

Wan Salim berkata, maksud ungkapan 'li ta'arafu' atau saling mengenali dalam surah al-Hujurat bermaksud apabila seseorang berfikiran terbuka, suka berkenalan dan bercampur gaul dengan bangsa atau suku kaum lain, maka seseorang itu akan dapat berkongsi nilai baik yang ada pada orang lain.

Katanya, seseorang yang hanya bercampur gaul dengan kumpulan tertentu sahaja dalam kehidupan seharian, biasanya ia menyebabkan fikirannya menjadi tertutup dan sempit.

"Individu sedemikian banyak berprasangka kepada orang dan pihak lain serta cenderung mengambil sikap bermusuh dengan sesiapa yang mempunyai pandangan atau pendirian berbeza.

"Pada masa dunia sudah berubah menjadi sebuah kampung global, kini umat Islam dan lain-lain juga mesti mengadakan anjakan paradigma dengan mengambil pendekatan lebih terbuka," katanya.

Wan Salim berkata, kebanyakan negara Barat seperti Eropah dan Amerika Syarikat pada masa kini mengambil sikap semakin inklusif dan menerima kepelbagaian.

"Negara Eropah juga menerima pelarian beragama Islam dan mereka diberi layanan serta hak kewarganegaraan atau penduduk tetap. Jadi, tidak ada lagi istilah 'kafir harbi' yang diwarisi daripada zaman Perang Salib dahulu, sebaliknya diganti dengan perkongsian tanah air atau 'al-muwatanah'.

"Inilah yang wajar difahami dan dihayati warga Malaysia iaitu ciri sejahtera, hormat atau ihsan dalam konsep Negara Madani memerlukan setiap warganegara bersikap inklusif, terbuka serta dapat hidup bersama dalam suasana saling memahami dan bertoleransi," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... ugikan-negara-mufti

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.118776 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list