View: 5258|Reply: 4
|
Fakta Menarik Tentang Kehidupan Di Korea, Jangan Terkejut Kalau Ini Berlaku Semasa Anda Melancong Di Sana Okay!
[Copy link]
|
|
Korea Selatan merupakan negara sangat indah dari segi pemandangan dan kaya dengan budaya.
Sebelum melancong ke Korea Selatan, jom semak beberapa fakta yang pasti membuatkan anda terkejut!
Foto: Google
Janggut lelaki
Tidak kira sekemas mana pun janggut anda, ia tetap dianggap kotor dan tidak terawat di Korea Selatan. Pastikan anda bercukur dulu sebelum datang ke negara ini kalau tak nak dipandang pelik.
Nombor 4 beri ‘bad luck’
Foto: Google
Nombor 4 dianggap sangat malang di Korea Selatan, kerana perkataan untuk kematian dan empat bunyi serupa dalam bahasa Korea.
Ia dipanggil Tetraphobia. Apabila menaiki lif, butang untuk tingkat empat selalunya akan ditukarkan kepada F. Ia bukan sahaja nombor tunggal 4, nombor 14 berbunyi seperti masa untuk meninggal dunia dan 44 maksudnya seperti mati dan meninggal dunia dalam bahasa Korea.
Tidak senonoh memakai baju menunjukkan tulang selangka
Di Korea, dikatakan tidak sopan jika memakai baju yang mendedahkan tulang selangka, bahu mahupun belahan badan. Ini adalah larangan yang besar di Korea kerana ia dilihat sebagai menjolok mata dan akan menarik perhatian semua orang. Mungkin di bandar-bandar besar seperti Seoul atau Busan tidak ambil kisah tentang hal ini tetapi tidak di bandar-bandar kecil kerana ia adalah satu pantang larang yang mesti dipatuhi.
Berus gigi dibawa bersama
Orang Korea sangat mementingkan kebersihan mulut dan tidak malu untuk memberus gigi di depan khalayak ramai. Kebiasaannya, mereka akan memberus gigi setiap kali selepas makan. Ia mungkin kelihatan agak pelik bagi warganegara lain tetapi boleh difahami kerana kita mungkin akan berinteraksi bersama ramai orang dan memerlukan konfiden yang tinggi.
Pembelajaran yang melampau
Pendidikan di Korea sangat berdaya saing dan masuk ke universiti yang disegani adalah sangat penting untuk semua pelajar sekolah menengah. Kanak-kanak Korea mula bersekolah seawal usia 3 tahun di mana mereka belajar asas matematik, membaca dan menulis serta belajar bahasa Inggeris dan Cina. Sebaik sahaja mereka memulakan sekolah rendah, waktu petang mereka akan dipenuhi dengan akademi selepas sekolah atau dipanggil hagwon.
Sendawa, meludah dan ‘slurping’
Foto: Google
Apabila melancong ke Korea, jangan terkejut apabila orang di sebelah korang sendawa atau kentut dengan kuat. Ini kerana ia adalah tabiat biasa yang dilakukan oleh orang Korea. Selain itu, selalunya mereka akan mengeluarkan bunyi hirupan yang kuat ketika makan mi ataupun minum kopi.
Tiada pemberian ‘tip’
Berhati-hati apabila korang membayar makanan di Korea Selatan. Pastikan korang membayar jumlah yang tepat dan jangan meninggalkan tip kerana memberi tip kepada kakitangan sering disalah anggap sebagai satu penghinaan. Ini kerana pekerja di sana bergaji tinggi jadi mereka tidak bergantung pada tip untuk mendapatkan duit lebih.
Jangan terkejut kalau benda-benda ini berlaku semasa anda melancong ke Korea okay! -CARI
Sumber: Kimchidaily |
|
|
|
|
|
|
|
Penting juga untuk tahu korean people racist dengan bangsa Asia. Hanya bangsa omputih dilayan elok |
|
|
|
|
|
|
|
No4 bad luck, sama macam msian chinese kan |
|
|
|
|
|
|
| |
|