CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1692|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lelaki warga asing jadi along ditahan

[Copy link]
Post time 15-9-2023 03:03 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki warga asing jadi along ditahan

September 15, 2023 @ 2:37pm





GEORGETOWN: Polis menahan seorang lelaki warga asing kerana disyaki menjalankan perniagaan memberi pinjaman wang tanpa lesen atau along dalam serbuan di sebuah rumah di Bayan Baru, di sini, Rabu lalu.

Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dalam kenyataan hari ini memaklumkan lelaki berusia 27 itu bekerja sebagai operator kilang di kawasan Bayan Lepas sejak 2014 dengan menggunakan pas lawatan.

"Berdasarkan siasatan awal, suspek disyaki menjalankan kegiatan along sejak tahun lalu dengan menyasarkan pekerja kilang di sekitar Bayan Lepas.

"Lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan sama ada suspek turut melakukan ugutan jenayah jika peminjam gagal membayar hutang.– BERNAMA






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.045191 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list