CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4581|Reply: 16

aduan hospital

[Copy link]
Post time 6-1-2011 12:06 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by medangmru at 6-1-2011 13:12

salam.

saya bukak topik neh sbb nak tanya pendapat korang sekalian. ada sapa2 ada experience buat aduan kt pihak spital? sbb dlu saya excident then after 1 year saya still xleh jalan. depends pada tongkat. masa masuk ward dlu doktor kata knee dislocate jer. masa buat fisio pon xder apa2.

i keep on complaining yg sakit kaki la, kaki bengkak la, pendek sebelah la but doktor still kata xder apa2. lepas abes stady saya balik hometown kt selangor then check kt spital laen. then bru taw yg my HIP dislocate! bodo betul kan. my fren yg stady medic kata sepatutnya doktor bley detect yg patient punya hip dislocate after excident. i kn warded about 2 month then operate again! now i already oku. depend pada tongkat klo nk jalan jauh2.

doc pakar sni kata i kena osteoarthritis tahap kronik dah. anytime kn tukar my hip to besi. the cost is about 12k! but doc x suggestkan i undergo operation to replaced the hip because of saya masih muda. besi tu pon tahan dlm 10 tahun jer then kn replaced besi bru lagi. so saya send surat complain kt hospital tersebut dan kementerian kesihatan di putrajaya. now they calling me back to kangar to attend board of meeting to discuss this matter.


the problem is i dont have any idea how its going to be? spital sana kata it just meeting2 bese jer. but doc from kementerian kt putrajaya said there will be lawyer also if i nk mintak pampasan. klo bley biarlah perkara neh settle luar mahkamah jer. mmg niat nk mntk pampasan at least boleh cover my operation next time kan? mana nk cekau duet 12k? klo 3x operate seumur idup neh dah berapa ribu?

i stady engineering dulu, pinjam ribu riban kt ptptn sapa nk bayar? hutang mak ayah time operate dlu lg... masa depan pon x berapa nk cerah. mntk keje sna sini xdapat even keje kerani pon. meeting tu will be next week on friday. saya tgh cuak neh...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2011 12:08 PM | Show all posts
hospital mana ye
after eksiden depa x bw TT gi fisioterapi ke?
ada attend medical check up every month x?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2011 12:18 PM | Show all posts
pas excident masuk spital seminggu. kaki kena simen. kata lutut je dislocate. pas sebulan bukak simen then tiap mggu gi fisio dan check spital. masa check doktor siap ukur panjang kaki lagi. dia kata sama jer padahal sume kawan2 kata mcm pendek sebelah. spital mana lagi klo kt kangar kan?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2011 01:00 PM | Show all posts
TT, buat aduan kt doc putrajaya tu bhgn mana? Kalau nk buat aduan mengenai kecuaian perubatan, boleh tulis surat aduan kepada Pengarah Bahagian Amalan Perubatan, Kem. Kesihatan Malaysia, Aras 7, Blok E1, Putrajaya. Bhgn tu ada unit khas yang mengendalikan kes-kes kecuaian perubatan. Kalau nak setel kes luar mahkamah just mention clearly dalam surat aduan tu. Pastu sila sertaka bukti-bukti yang mencukupi seperti bil2 and resit rawatan perubatan dll.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2011 01:08 PM | Show all posts
ini yang terjadi kepada bapa seorang kenalan aku.ayah dia kemalangan 2 tahun lepas.masuk hospital PUTRAJAYA,mengikut kata2 dari sana,doktor situ macam tak betul aje,blur macam baru kluar uni.tak tahu nak buat ape.sepatutnya kalau operate betul2 ayah dia dah boleh jalan dah sebab kecederaan dia takde lah serius mana.Tulang kaki patah sahaja.tapi sampai sekarang ayah dia tak boleh berjalan.guna kerusi roda aje.paling2 pun tongkat.

sekarang ni memang serius.bila rujuk hospital lain lak,hospital tu bengang dengan doc kat hospital putrajaya sebab buat keje tak betul sampai jadi serius macam ni.

jadi,sedaya upaya kamu semua jangan pegi hospital putrajaya untuk operate.

pada ko,aku betul2 simpati.stay firm on your decision.lagi bagus,tarik media massa masuk dalam kes ko ni biar terpampang di tv3 atau suratkabar.kalau boleh minta sape2 yang ade pengalaman dalam hal ni utk temankan ko.jangan pegi sorang2 sebab org yang berpengalaman ni senang bantu ko buat keputusan.ini juga dapat mengelakkan ko dari ditindas utk kali ke2.

bercakap soal media massa,ade sorang makcik ni menceritakan pengalaman dia di hospital kerajaan.mak dia sakit tenat.tak dapat masuk wad kelas 1,dapat kelas 3 je.wad kelas 3 tu penuh,sampaikan mak dia sakit tu bukan terlantar atas katil hospital,sebaliknya atas katil ala2 tentera tu.yang kain aje,xde tilam.lebih teruk mak dia diletakkan di koridor orang lalu lalang.tiba2 mak dia struggle utk bernafas,dan ketika tu adik dia aje ade.adik dia ke hulu ke hilir merayu kat doktor dan nurse yang lalu lalang "tolong,tolong mak saya...dia ada masalah tu..tolong" nobody cares you know.lastly baru nurse ada datang utk bg bantuan pernafasan tapi malangnya dah terlambat.mak dia dah pergi.

jadi dia sangat tak berpuas hati dengan hospital ni dia terus panggil semua media dan meluahkan rasa kecewa dia atas layanan dan doktor dan jururawat yang tidak cekap.pihak hospital meminta dia utk tidak membesarkan hal ni dan sudi membayar pampasan tapi hati dia keras.dia tetap bawa ke suratkhabar.mungkin pihak hosp ingat manusia ni boleh dijual beli,ape lagi melibatkan kehilangan orang tersayang atas kecuaian mereka.

memang ajal tu akan datang.sejujurnya aku sendiri tak menyalahkan ajal.tapi kalau ajal itu disebabkan oleh kecuaian pihak hospital,mereka patut diberitahu sebab macam ko lah,ko yang menanggung akibatnya.ko yang tak dapat jalan.ko yang tak dapat cari keje.ikutkan pampasan tu bagi aku lebih dari 12k sebab kecuaian mereka menyebabkan ko tak dapat berjalan lagi,ko xde mata pencarian,ko xdapat bayar hutang ptptn,ko berasa kecewa dan tertekan, dan ko dapat penyakit baru.

ini pendapat aku lah.mungkin xbanyak membantu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2011 01:37 PM | Show all posts
masa hantar surat ke kementerian putrajaya tue, saya hanya mention to director general of health. saya skang xder idea mcm mana meeting tue akan berjalan. doktor bahagian aduan dr putrajaya ada kata klo nk mntk pampasan kena pandai cakap. saya xder idea macam mana nk cakap yg kita nk mntk pampasan. mak ayah org kampung jer. dah tanya kawan2 rapat tp x der sapa yg ada kenal sapa2 yg pernah jadi mcm neh. kiranya next week saya sorg la yg kena balik kangar. doc dr selangor cuma pesan dont settle 4 everything and dont sign any paper...saya cuma terpikir antara point yg saya bley guna pakai
- duet cover dlu punya operation
- next punya cost operation
- komplikasi laen contoh mcm lumpuh after operation
- xder kerja
- xder sosial life
- malu (org mengata sana sini...ada anak pandai tp skang hidup menyusahkan mak ayah)
lagi?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2011 03:10 PM | Show all posts
kalau minta tolong kat biro bantuan guaman macam mane?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2011 03:37 PM | Show all posts
dah tepon dlu...dorg cuma bley bg khidmat nasihat jer la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2011 10:40 PM | Show all posts
sian TT... moga Allah permudahkan... kuatkan semangat tu dan tekad untuk dapatkan pampasan tu... kena jadi org yang berani walaupun seorang diri... TT lelakikan ? jadi mesti kuat dan tekad.

saya pernah buat aduan kes sikap doktor pakar masa bersalin anak ke tiga... doktor tu marah2 saya depan dan jatuhkan maruah saya termasuk sentuh tentang kerjaya saya... saya senyap dan bersabar je... habis pantang saya email pada bahagian aduan... terus sampai ke ketua O & G ... mereka buat siasatan... sampai saya leh tau nama penuh doktor tersebut... dan saya memaafkan dia dah sebab pihak hospital dah ambil tindakan sepatutnya pada dia...

tapi apa yang TT alami tak sama malah jauh berbeza dgn kes saya... cuma TT kena cuba cari teman kalau masih tak yakin untuk meeting tu... good luck ye... dan bersabar ye... ujian untuk manusia ni memang berbeza2 kan ?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 10:57 AM | Show all posts
weekend lepas gi klinik gomen time malam. aku cakap la aku asma. boleh plak doc tu cakap camana awak bleh ada asma kalau awak tak pakai inhaler. (aku tau la ada asma sbb dah ada dr kecik, cuma dah besar2 ni kurang, so tak perlu la inhaler). Dah cek dada sket, dia cek suhu, kata tak demam, so takleh mc. takpelah. tapi alih2 kat kaunter ubat, boleh pulak dia subscribe ubat demam and bagi  ubat selsema jer.

Mlmnya aku makin kronik, tido pun takleh.
Esok pagi2, aku gi balik klinik gomen tu, kali ni terus bagitau nak jumpa doc sbb sesak nafas. Doc yg aku jumpa kali ni terus boleh nampak aku asma> Dan2 tu jugak suh gi amek nebulizer kebenda tu & bagi ubat inhale. & bagi MC suh balik rehat kat umah. Next month datang balik jumpa dia utk folow up.

Haish... aku tak taulah ape yg doktor sebelum tu pikir masa cek aku malam tu. mungkin dia ingat aku nak menipu mintak mc kot ? Boleh pulak dah nampak aku tercungap2 tak cukup napas, dikatanya nye aku selsema jer. :@
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2011 06:49 PM | Show all posts
mungkinkah sbb dokter2 kat hospital gomen muda2 n kurang pengalaman ataupun wat keja sambil lewa..patut la ramai sanggup p swasta wlpun mahal
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2011 01:30 AM | Show all posts
Reply 8# ayong7777


    kalau ader masa nanti jgn lupa update tau ayong......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2013 05:03 PM | Show all posts
assalamualaikum sumer. saya sambung kisah saya yer semoga jadi teladan kt korang sumer. saya lupa nk update kes saya neh. da selesai da pon skang.

secara conclusionnya.

-excident tahun 2008 julai

-masuk spital balik operate balik 2009 bulan 9

-hantar surat komplen pasal kecuaian bulan 8 2010 (segala komplen hanya valid 2 tahun dr tarikh masuk wad sahaja. wad yg kita nk komplen tu la)

- doktor kata mmg hidup bergantung harap dengan tongkat jer la sampai mati. tulang mmg dah rosak, salur darah dah mati. tulang tu akan reput pelan2. suh saya apply kad oku lagi

-saya maintain pergi fisio. saya amik kalsium ngan glukosamin even doktor kata xpayah sebab salur darah dah mati. kalsium ke apa benda kita makan tetap xkan sampai ke tulang yg rosak tu. tapi xpe. saya makan jugak dan terus berdoa.

-bulan 5 saya tetiba boleh berjalan setapak dua tanpa tongkat! sebelum neh langsung x boleh! kaki saya lembik! saya amik satu suppliment time neh. xsangka kesan positif!

- tapi doktor saya tetap x bagi saya lepaskan tongkat tu sebab xray makin teruk tulang tu. dia kata saya tetap kn pakai tongkat smpai mati.

-saya dapat kad oku oktober 2010.

-saya bosan. apply keje sebagai tukang jawab telepon. rezeki. dapat keje la plak. pergi keje saya malu pakai tongkat. saya turun kete, jalan pelan2, pegang dinding pegang segala benda, pegang ofismate untuk sampai opis. balik keje, turun kereta terus pakai tongkat!

- lama2 saya boleh berjalan kehulu kehilir. hidup macam org biasa. pergi tengok wayang, pegi kedai, tapi still kena beringat la. sebelum kua umah, makan ubat pain killer, balik berjalan pon makan pain killer. saya mampu berjalan hanya kedai2 dekat ngan pintu shopping complex jer. nak berjalan turun naik tingkat mmg x dapat la. jadi la nak rasa hidup normal balik kan. tapi kt rumah still pkai tongkat lagi.

- 2011 bulan januari dorg panggil bincang. open round table. sume ada. pakar, loyer, doktor dr kkm, nurse dan doktor yg kita komplen pon ada. tp kita xkan bertemu muka ngan dorg la. bilik lain2. siap kn check time tu lagi ngan pakar segala pakar ortho kt msia neh.

-tahun 2011 ada macam2 surat sampai umah. surat pasal kes tu la. dorg akan suh balik cri segala resit, claim, tongkat dan segalanya. berdasarkan surat, dorg mengaku kecuaian dr pihak dorg. dorg panggil jupe bulan 10 2012 untuk sign agreement yg kita dapat pampasan TAPI TIDAK BOLEH SAMAN ATAU AMIK TINDAKAN TERHADAP PIHAK KERAJAAN MSIA dah. tp pampasan saya sket. tapi puluh ribu jugak la sebab kecacatan kekal kan. saya x berapa ingat la caner dorg kira tp rasanya satu hari di wad=rm100 kot. pastu ada la tambah2 lagi. saya x puas ati saya buat rayuan lagi sebab amount yg dia bagi tue x cukup nk cover SEKALI OPERATION PON!

-tahun 2012 januari, saya kawen heheh. kes delay sebab seronok kawen. lagi pon saya malas nk amik port dah. sakit tetap ada. pain killer ngan saya dah jadi teman sehidup semati.

-skang dah boleh berjalan jauh sket. malam still makan ubat, pakai tongkat, tuam kaki ngan tungku panas, makan kalsium la anlene la.

- saya x berjaya rayuan tu. mak saya pujuk supaya amik jer duet tu. paling2 kurang boleh bayar deposit umah katanya. saya amik jugak duet tu. sign agreement yg saya x kan amik tindakan pape kepada kementerian dah.

- bulan 11 2012 saya dapat duet tu

- bulan 3 2013 saya bayar deposit umah kat kajang 2 =)

Pengajaran saya;
- kena alert kat hospital. hospital kerajaan terutamanya. jgn sampai jadi melarat macam saya.

- KEAJAIBAN ITU ADA. kuasa Allah kan? kun fa ya kun. xsangka saya boleh berjalan mcm orang normal. mmg x seperti dulu. tapi saya tanam dalam hati lebih baek begini dari terus terlantar atas katil menyusahkan mak bapak kan? bia la doktor yg cuai tu dibalas perbuatannya oleh Allah. semoga dia pon dapat pengajaran yg kerja kena ikhlas. dah dugaan hidup saya begini. sampai masa maki hamun menangis gila pon x guna. bila kita redha baru ketenangan tu ada dlm hati.

- dah jauh saya berjalan rupanya. ke bandung pon pernah heheh. tapi pain killer saya telan ada la 20 bijik selama 3 hari kat sana. hidup must go on. skang klo nk berjalan saya pilih pergi pulau. banyak berenang kaki x sakit sangat.

- skang keje pon da naik pangkat. x keje angkat tepon da. dah jadi teknikal koordinator skang heheh.

- banyak menda saya ralat dalam hidup neh. bajet nk keje besar2 gaji mahal2 nk keje offshore tapi apakan daya xder kekuatan. tapi Allah maha pemurah. rezeki suami saya plak keje seperti mana saya idamkan. saya tumpang mewah gaji dia je la.

- walaupon saya ada kad oku tp saya xpernah dpt duet bulanan yg jkm bg utk oku tu. saya x apply pon. asalnya dulu saya malu sangat ngan status oku. sanggup jalan pegang dinding dr pakai tongkat. skang pon malu lagi. saya masih x dpt buang perasaan org rmai tengok klo berjalan pkai tongkat. satu2 nya keistimewaaan oku yg sy pakai adalah parking kete!

-suami saya tu la jugak pakwe saya yg excident bersama, tunang saya yg sentiasa bagi sokongan dan skang menjadi suami saya yg tiap2 malam urut kaki bini ngan minyak panas.

- saya skang klo berjalan kemana2 mmg akan pegang tangan suami. tongkat baru saya. xpernah lepas =)

-Alhamdulillah =)


Last edited by ayong7777 on 14-3-2013 05:05 PM

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 03:28 PM | Show all posts
ayong7777 posted on 14-3-2013 05:03 PM
assalamualaikum sumer. saya sambung kisah saya yer semoga jadi teladan kt korang sumer. saya lupa nk ...

Alhamdulillah.... awak kembali sihat walaupun tidak 100%.  Saya kagum dengan sikap awak yang tidak pernah berputus asa walaupun doktor sudah menyatakan yang awak akan bergantung sepenuhnya dengan tongkat.  Sesungguhnya mereka bukanlah penentu nasib kita selain dari Allah s.w.t.   Berkat kesungguhan awak dan percaya kepada diri sendiri selain dari berdoa kepada Allah s.w.t. ternyata mereka itu silap.  Saya doakan semoga awak akan bertambah sihat lagi dan ceria disampiang keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 03:52 PM | Show all posts
Saya pun ingin menceritakan situasi anak dara saya di hospital kerajaan.  Bukanlah saya memandang rendah dengan perkhidmatan yang diberikan tetapi apa yang saya ceritakan adalah berdasarkan pengalaman saya.

Anak saya telah mendapat rawatan di hospital di satu daerah ini dan disahkan menghidap miliary tibi.  Anak saya duduk di hospital selama 2 minggu tetapi disebabkan sering muntah, beliau di pindahkan ke hospital besar.  Bila berada di hospital besar, doktor di sana menyatakan anak saya 'unlikely tibi' pulak.  Setelah 28 hari duduk di hospital besar, anak saya didischargekan.

Setelah 3 minggu keluar dari hospital, tiba2 anak saya kena sakit kepala yang amat sangat.  Saya dah bawa ke klinik swasta dan hospital kerajaan, tetapi masih juga tidak berubah.   At last, bila anak saya tidak tertanggung lagi sakitnya, saya bawa ke hospital swasta.  Doktor di sana terus membuat mri dan refer anak saya ke neurologist.  Akhirnya neurologist mengesahkan anak saya kena penyakit miliary tibi dan ianya dah melarat ke otak disebabkan doktor di hospital besar telah menghentikan anak saya dari mengambil  ubat antibiotik untuk tibi.

Sekarang ini, alhamdulillah anak saya dapat meneruskan pengajiannya di uitm dan pada 6 April ini akan mengadakan followup sekali lagi dengan neurologist dan anak saya terpaksa makan ubat sebanyak 12 biji pada pagi hari dan 12 biji pada malam hari.

Apa yang saya kesalkan doktor di hospital besar tidak mengadakan ujian yang sepatutnya apabila dia menyatakan anak saya tidak kena penyakit miliary tibi.  Tindakannya mereka menghentikan ubat, menyebabkan kuman tibi merebak ke otak anak saya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2013 03:54 PM | Show all posts
kecik68 posted on 15-3-2013 03:28 PM
Alhamdulillah.... awak kembali sihat walaupun tidak 100%.  Saya kagum dengan sikap awak yang tidak ...

itula. saya dah berjaya melalui zaman perit getir tu. apa pon jadi masa depan biarlah. kita pk skang neh jer. blom tentu riso tua nanti kaki kudung ke apa ker tp takdir ajal kita xlama lagi. xpayah nk risau2 dah. tp beringat la yg penting sbb kita body dah x kuat mcm dulu kan. xleh la nk lasak2. skang pon klo org tgk atau org yg bru kenal kita mesti ingat kita neh normal xder masalah. padahal tido kaki letak tinggi2 atas bantal, sapu minyak panas, tuam ngan tunku panas lagik heheheh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2013 04:00 PM | Show all posts
yang penting kita berusaha je untuk mencari penawarnya..... ajal maut di tangan tuhan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.068384 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list