CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 985|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pasangan kekasih 'raja' dadah pusat hiburan diberkas polis

[Copy link]
Post time 13-9-2023 04:02 PM | Show all posts |Read mode

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supritendan V. Saravanan memberi kenyataan media mengenai kes rampasan pelbagai jenis dadah RM102, 790 di sekitar kawasan Georgetown, Pulau Pinang pada sidang media di Bilik Media Tingkat 4, Ibu Pejabat Daerah Timur Laut. FOTO MIKAIL ONG

Georgetown: Pasangan kekasih adalah antara tiga individu diberkas polis selepas disyaki mengedar dadah di pusat hiburan sekitar bandaraya ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan V Saravanan berkata, serbuan pertama membabitkan penahanan lelaki warga tempatan dan wanita warga asing berhampiran Persiaran Karpal Singh di sini, jam 7 petang, Khamis lalu.

"Menerusi penahanan pasangan itu, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Timur Laut kemudian menyerbu sebuah rumah di Jalan Sungai Pinang di sini, pada jam 7.45 petang, hari sama.

"Polis merampas 183 paket dadah disyaki MDMA berjumlah RM64,050, sebelum menahan seorang lagi suspek lelaki warga tempatan di Pulau Tikus, di sini.

"Turut dirampas beberapa paket dadah disyaki MDMA, ketamin dan pil eramin 5," katanya tadi.

Mengulas lanjut Saravanan berkata, hasil ujian saringan air kencing terhadap kesemua suspek berusia antara 20 hingga 31 tahun itu mendapati kesemuanya positif dadah dan memiliki rekod jenayah lampau.

"Dadah berkenaan dipercayai dijual di pusat hiburan dengan harga RM350 sepaket bagi setiap 30 gram.

"Nilai keseluruhan rampasan dadah dan sitaan dianggarkan berjumlah RM102,790 dan dadah yang dirampas boleh digunakan seramai 1,032 penagih dadah.

"Ketiga-tiga suspek direman sehingga esok mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan tindakan juga boleh diambil mengikut Akta Dadah Berbahaya Perlucuthakan harta 1998," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... uran-diberkas-polis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.059358 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list