CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2569|Reply: 0

[Pulau Pinang] Nelayan hidup mewah ditahan bersama syabu bernilai RM600,000

[Copy link]
Post time 12-9-2023 01:39 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Asri (tengah) menunjukkan syabu yang dibungkus dengan pembalut teh Cina yang dirampas daripada kedua-dua suspek.


KEPALA BATAS - Dua nelayan ditahan bersama 20 bungkusan yang mengandungi 20.748 kilogram (kg) syabu di Kuala Bekah, Penaga, Seberang Perai Utara (SPU) di sini pada jam 7 petang, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, kedua-dua suspek warga tempatan itu ditahan bersama dadah bernilai RM660,000 di dalam kereta berdekatan sebuah jeti di situ.

Menurutnya, hasil siasatan, dadah yang dibungkus dalam bungkusan teh Cina berwarna hijau itu dibawa dari Kuala Lumpur untuk dihantar ke Indonesia melalui laluan laut.

"Kedua-dua suspek ini merupakan 'transporter' yang berperanan membawa dadah tersebut untuk dihantar ke Indonesia melalui Pangkalan Bekah menggunakan sebuah bot fiber yang dimiliki oleh salah seorang suspek.

"Hasil soal siasat, kedua-dua suspek memperoleh RM4,000 setiap seorang untuk penghantaran satu kilogram dadah.

Ini bermakna, untuk dadah yang dirampas ini, suspek memperoleh RM80,000," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis SPU di sini pada Selasa.

Beliau berkata, kedua-dua suspek hidup mewah dengan menjalankan kegiatan yang turut dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket luar negara.

Kata Mohd Asri lagi, hasil siasatan mendapati, suspek yang berusia 50 tahun adalah dalang manakala rakannya yang berusia 42 tahun hanya membantu.

"Kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine manakala suspek yang berusia 42 tahun mempunyai rekod lampau melibatkan dadah.

    "Mereka ini aktif sejak awal tahun ini.

Kedua-duanya direman enam hari sehingga 15 September ini," katanya.

Mohd Asri menambah, dadah yang dirampas boleh digunakan oleh 103,740 penagih jika terlepas di pasaran.

"Selain dadah, kita turut menyita sebuah kereta dan bot fiber bernilai RM200,000.

Ini menjadikan jumlah rampasan dadah dan sitaan adalah RM860,000.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

https://www.sinarharian.com.my/a ... u-bernilai-rm600000

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 12:06 AM GMT+8 , Processed in 0.054799 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list