|
SOUTHGATE (kiri) mengendalikan sesi latihan England sebelum perlawanan persahabatan dengan Scotland. FOTO REUTERS
Glasgow: Pengurus England, Gareth Southgate mengakui dia pernah menyokong Scotland di Piala Dunia 1978 pada ketika dua musuh lama itu bakal bertarung dalam aksi persahabatan yang menandakan ulang tahun ke-150 sejak perlawanan sulung mereka.
Scotland tidak pernah menewaskan Three Lions sejak 1999, tetapi turun untuk pertarungan di Hampden Park, awal pagi esok dengan penuh keyakinan selepas semakin hampir layak ke Euro 2024.
Anak buah Steve Clarke menang semua lima perlawanan kelayakan Euro 2024 termasuk di tempat sendiri dengan Sepanyol dan skuad Norway dibarisi Erling Haaland.
Sehubungan itu, Clarke percaya perlawanan persahabatan dengan England menjadi penanda aras sejauh mana peningkatan pasukannya.
Justeru, Southgate mahu merencatkan kegembiraan di Hampden, sekalipun pernah menyokong pasukan Scotland.
"Ia memang dahsyat, itu yang saya mampu katakan untuk perlawanan esok. Tetapi, saya menyokong Scotland pada 1978 kerana kami tak layak ke Piala Dunia," kata pengurus England itu.
"Kemudian kami layak semula pada 1982 dan sudah pasti bagi saya selepas itu hanya mengenai England."
Tambahnya: "Ia jadual hebat, saya sudah banyak kali berjumpa bekas pemain hebat, bekerja dan bermain bersama mereka. Ia perlawanan yang hebat.
"Saya sedar mengenai permusuhan ini dan semua orang risau apabila melangkaui sempadan, tetapi ia adalah permusuhan pintar dalam sukan serta perlawanan hebat yang dijangkakan."
Scotland boleh mengesahkan slot ke Euro 2024 sekiranya Norway dan Georgia seri pada perlawanan di Oslo, esok.
Tetapi, Clarke menegaskan fokus utamanya adalah menamatkan rekod lemah pasukannya ketika berdepan seteru setempat itu.
England memiliki kelebihan dalam pertarungan dua pasukan itu apabila merekodkan 48 kemenangan berbanding 41 kemenangan kepada Scotland, tetapi mereka jelas sangat dominan kebelakangan ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ngland-dan-scotland |
|