View: 2047|Reply: 0
|
JDT buru bekalan selesa di Paroi
[Copy link]
|
|
Pemain JDT, Arif Aiman Hanapi (kanan) dan Bergson Da Silva menjalani latihan menjelang pertembungan suku akhir Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. - Foto ihsan Johor Southern Tigers
JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta'zim (JDT) berazam mencari bekalan selesa apabila berdepan Negeri Sembilan FC dalam aksi suku akhir pertama saingan Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi, malam esok.
Walaupun masih belum dapat menggunakan khidmat dua tonggak utama, Fernando Forestieri dan Leandro Velazquez kerana masih dibelanggu kecederaan, pengendali JDT, Esteban Solari akan tetap membariskan kesebelasan terbaik.
Solari tampak tidak panik dengan ketiadaan dua pemain `maestro' skuad Harimau Selatan itu, sebaliknya persiapan dibuat rapi bagi memburu kemenangan selesa apabila berdepan skuad kendalian K Devan yang mengintai peluang melakukan kejutan.
"Seperti yang saya katakan Fernando sedang menjalani proses pemulihan dan memerlukan lebih kurang 10 hari untuk pulih dan saya tidak mahu ambil risiko. Jadi kita akan lihat sama ada dia akan cergas sepenuhnya menjelang aksi pertama Liga Juara-Juara Asia (ACL).
"Leandro pula memerlukan masa mungkin agak lama dan saya rasa memakan beberapa bulan untuk pulih sepenuhnya. Apapun tanpa mereka kami masih mengekalkan konsistensi dan mengamalkan corak permainan berintensiti tinggi," katanya.
Bagi Solari, walaupun JDT pernah membelasah anak didik Devan 7-0 pada aksi Liga Super, 6 Mac lalu tapi itu cerita lama dan perlu memperkemaskan lagi disiplin taktikal bagi memastikan skuad Hobin Jang Hobin tidak menguasai permainan.
Justeru pengendali kelahiran Argentina itu bakal mempertaruhkan penyerang prolifik, Bergson Da Silva bagi mengemudi jentera serangan dan akan dibantu Heberty Fernandes serta Arif Aiman Hanapi dalam usaha mencari kemenangan.
Di posisi tengah tanpa kelibat Velazquez, Solari pasti akan menaruh harapan kepada Juan Muniz bagi menjana gerakan dan kemungkinan dibantu Takahiro Kunimoto dan Afiq Fazail memandangkan Shio Hong Wan mengalami kecederaan.
https://www.bharian.com.my/sukan ... lan-selesa-di-paroi |
|
|
|
|
|
|
| |
|