CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2225|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Kami mahu rumah, bukan kolam udang'-nelayan Kampung Kuala Juru

[Copy link]
Post time 12-9-2023 11:56 AM | Show all posts |Read mode
Bukit Mertajam: Puluhan nelayan di Kampung Kuala Juru di sini, membantah aktiviti ternakan udang yang didakwa bakal dibangunkan di atas tanah yang sepatutnya dilaksanakan projek perumahan untuk mereka.

Dakwa mereka, kerajaan ketika itu melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sudah berjanji untuk membantu golongan nelayan yang tidak mempunyai kediaman memiliki rumah sejak 25 tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kampung Kuala Juru Wahid Othman berkata, bagaimanapun, lebih dua dekad berlalu, projek perumahan untuk penempatan nelayan serta penduduk yang dijanjikan itu masih belum dibina.

Bahkan katanya, penduduk dikejutkan dengan pencerobohan oleh sebuah syarikat yang tidak diketahui yang masuk ke kawasan tanah berkeluasan hampir 11 hektar membersihkan kawasan itu bagi melaksanakan aktiviti ternakan udang.

"Pada mulanya, saya dimaklumkan (ada syarikat nak masuk) untuk buat kajian (ingat projek perumahan) tetapi datang jentolak membersihkan kawasan itu bulan lalu kerana mahu membangunkan kolam ternakan udang.

"Ia menyebabkan nelayan amat kecewa dan terus membuat bantahan dengan segera melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) memandangkan ia tidak mengikut peraturan.

"Apatah lagi, mereka (nelayan) amat berharap supaya projek perumahan itu dilaksanakan kerana mahu memiliki kediaman sendiri terutamanya anak-anak muda yang berkahwin tidak mahu lagi menumpang rumah dengan ibu bapa mereka untuk kehidupan lebih selesa," katanya kepada media di sini, semalam.

Terdahulu, Wahid mewakili suara lebih 50 nelayan dan penduduk dekat situ yang tidak berpuas hati apabila tanah yang sepatutnya dibina dengan projek penempatan nelayan ditukar kepada kolam ternakan udang yang tidak pernah dipersetujui sejak dahulu lagi.

Wahid berkata, mengikut Minit Mesyuarat Jawatankuasa Projek Penempatan Perumahan Nelayan Juru bertarikh 15 Oktober 1998, sebanyak RM500,000 peruntukan dibiayai oleh LKIM untuk infrastruktur awal seperti kajian tapak untuk pelaksanaan projek perumahan itu.

"Bagaimanapun, sehingga hari ini (projek rumah) masih belum dibina dan apabila dibangkitkan cadangan dalam setiap minit mesyuarat kepada LKIM, mereka maklumkan tanah itu tidak sesuai (untuk projek perumahan) kerana mendap dan lain-lain isu," katanya.

Sementara itu, Pegawai Luar Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) Zulkifli Yusuf berkata, pihaknya menggesa LKIM melaksanakan segera projek perumahan untuk nelayan itu dengan segera kerana sudah tertangguh sejak 25 tahun lalu.

"CAP kesal walaupun rancangan pembinaan projek itu sudah lama diluluskan namun hingga sekarang, nelayan di sini memerlukan rumah sendiri terutama mereka yang sudah berkahwin dan berkeluarga yang masih menunggu bagi mendapatkannya.

"Pada masa sama, CAP turut membantah kawasan itu dijadikan tapak projek ternakan udang kerana ia juga mengancam alam sekitar dan kawasan ternakan kerang seluas 40.47 hektar di laut berhampiran," katanya.


Penduduk dan nelayan membantah tapak projek perumahan nelayan untuk akitivti ternakan udang di Kampung Kuala Juru. FOTO DANIAL SAAD

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -kampung-kuala-juru

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.092856 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list