View: 1840|Reply: 0
|
Lavia terpaksa rehat enam minggu
[Copy link]
|
|
Pemain baharu Chelsea, Romeo Lavia cedera buku lali ketika latihan dan mungkin terpaksa direhatkan sehingga enam minggu. - Foto AGENSI
LONDON: Chelsea menjangkakan Romeo Lavia terpaksa berehat sekurang-kurangnya enam minggu selepas cedera di buku lali ketika latihan minggu lalu.
Lavia terseliuh dalam sesi latihan Khamis lalu dan melakukan imbasan keesokan harinya.
Ujian awal mendapati ligamennya rosak dan mungkin terpaksa berehat sehingga sebulan setengah.
Chelsea belum mengesahkan tahap kecederaan pemain tengah remaja itu tetapi keputusan penuh akan diperoleh dalam masa terdekat.
Situasi ini hanya akan melambatkan penampilan sulung Lavia bersama Chelsea, yang dijangka paling awal ialah pada penghujung Oktober.
Pemain 19 tahun itu belum beraksi sejak perpindahan bernilai 58 juta pound (RM339.68 juta) dari Southampton.
Chelsea berdepan lima perlawanan sebelum rehat perlawanan antarabangsa seterusnya pada awal Oktober, menentang Bournemouth, Aston Villa, Fulham dan Burnley dalam saingan Liga Perdana Inggeris serta Brighton dalam saingan Piala Liga.
Mereka akan kembali beraksi selepas rehat antarabangsa pada 21 Oktober, menentang Arsenal dan Brentford seminggu kemudian. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... a-rehat-enam-minggu |
|
|
|
|
|
|
| |
|