CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10939|Reply: 157

Tuntutan Harta Sepencarian RM2 Bilion: Balu Allahyarham Tan Sri Jamaludin Jarjis Dan Empat Anak Serta Ibu Mentua Gagal Capai Persetujuan

[Copy link]
Post time 12-9-2023 11:21 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Balu Allahyarham Tan Sri Jamaludin Jarjis, Puan Sri Kalsom Ismail dan empat anak serta ibu mentuanya, gagal mencapai persetujuan dalam tuntutan harta sepencarian berjumlah lebih RM2 bilion.


Tuntutan harta sepencarian itu difailkan Kalsom selaku plaintif terhadap empat anaknya, Ikwan Hafiz, Nur Anis, Nurul Alyaa dan Noor Adilla serta ibu mentuanya, Aminah Abdullah yang dinamakan sebagai defendan pertama hingga kelima.





Ikwan Hafiz (kiri) dan Nurul Alyaa (kanan) hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin bagi prosiding mengenai status perbincangan untuk penyelesaian kes tuntutan harta sepencarian arwah bapa mereka yang bernilai lebih RM2 bilion.  Foto:  Bernama




Peguam, Nur Hidayah A Bakar, yang mewakili Aminah, ketika ditemui selepas prosiding hari ini, berkata Hakim Syarie Abdul Shukor Abd Hamid memutuskan supaya kes itu diteruskan dengan perbicaraan berikutan kedua-dua belah pihak gagal mencapai persetujuan.


Hidayah berkata, keputusan berkenaan dibacakan oleh Pendaftar Mahkamah Tinggi yang kemudian menetapkan sebutan kes pada 9 Oktober ini.


Puteri Sarah dibenar mulakan prosiding hina mahkamah terhadap Ira Kazar, keluarga


Kalsom, 67, memfailkan tuntutan harta sepencarian termasuk 20 hartanah di Malaysia dan Makkah serta beberapa syarikat pada Oktober 2018, dengan menamakan empat anak serta ibu mentuanya sebagai defendan.




Puan Sri Kalsom (kiri) hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin bagi prosiding yang difailkan beliau terhadap empat anak dan ibu mentuanya. Turut hadir anaknya, Nur Anis (kanan). Foto: Bernama




Pada 4 April 2015, Jamaludin, yang juga bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, ketika itu berusia 64 tahun, bersama lima lagi maut apabila helikopter yang mereka naiki dari Pekan, Pahang ke Kuala Lumpur terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada jam 4.55 petang.


Turut maut juruterbangnya Kapten Clifford William Fournier, Ketua Setiausaha Sulit kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Azlin Alias, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang, pegawai peribadi Jamaludin, Razakan Seran serta seorang wanita yang dikenali sebagai Aidana Baizieva. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2023 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak paham mak vs anak vs nenek ke? Tp knp elok je jalan together2 dgn anak nama anis tu?
Ke tu cara nak rebut harta dr makmen?
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Bini vs anak vs mentua...
Hampir 10 thn meninggal pun tak setel2 lagi pembahagian harta.
Byk sgt harta tu yg berebut

Patut org kaya ni siap2 buat wasiat. Klu apa2 jadi xda la anak bini mentua berebut harta
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 12:12 PM | Show all posts
Wow RM2 billion, banyak sekali ya. Saya mau nabung RM1 juta aja udah ngos-ngosan!
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Puteri Sarah dibenar mulakan prosiding hina mahkamah terhadap Ira Kazar, keluarga


tgh baca cite keluarga jarjis tiberrrr muncul kisah ps
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
xfhm la cite ni..balu lawan ex mertua ke..mcm mcm cinta tiga segi..bapakk kaya arwah ni..untong la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-9-2023 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa ank pun xsetuju mak sendiri tuntut harta sepencarian.? Mcm mak tiri plak..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 12:39 PM | Show all posts
Friska replied at 12-9-2023 12:12 PM
Wow RM2 billion, banyak sekali ya. Saya mau nabung RM1 juta aja udah ngos-ngosan!

aku baru balik dari indon ni friska, sehari aku spend 3juta selamber. skali makan je 800k / pax belum masuk 21% service & tax, tu pon dpt discount 50%. ko bayangkan kalau takda discount. huhuhuhu


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2023 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Bnyk tuh 2 billion
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 12:52 PM | Show all posts
hareeeesah replied at 12-9-2023 12:17 PM
Kenapa ank pun xsetuju mak sendiri tuntut harta sepencarian.? Mcm mak tiri plak..

Kalau mak dia dpt tuntut harta sepencarian. Nnti nilai utk bahagian faraid dah berkurangan. Contoh: harta peninggalan rm100. Kalau mak dia tak tuntut harta sepencarian, rm100 akan d bahagikan mengikut faraid. Tp kalau mak dpt tuntut harta sepencarian... 50% utk bahagian mak dia. Balance rm50 baru buat faraid
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 12:54 PM | Show all posts
lolen replied at 12-9-2023 11:56 AM
Tak paham mak vs anak vs nenek ke? Tp knp elok je jalan together2 dgn anak nama anis tu?
Ke tu cara  ...

Dpt kurangkan nilai utk pembahagian harta mengikut faraid. Kalau mak dia dpt harta sepencarian. Jadi mak dia boleh dpt banyak sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 12:58 PM | Show all posts
susah juga yer bila byk harta ni...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 12:59 PM | Show all posts

2 billion tu jumlah yang banyak. Hmm...sayang, banyak halangan nak selesaikan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
petpom replied at 12-9-2023 12:52 PM
Kalau mak dia dpt tuntut harta sepencarian. Nnti nilai utk bahagian faraid dah berkurangan. Contoh ...

Ok tu faham, tp mmg ada hak dia kn bole tuntut? Nanti kalau mak xde harta tu gi kat anak-anak jgk. anak-anak pun semua dh besar dh kerja, dpt xkurang 100j sorg kot, harta-harta hahahah..
Yg mak arwah tu iols no comment la dh umur gitu masih nk fight...
btul la lagu tu nasyid tu ckp, begitu indah dunia….. harta pangkat & wanita..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 01:11 PM | Show all posts
petpom replied at 12-9-2023 12:54 PM
Dpt kurangkan nilai utk pembahagian harta mengikut faraid. Kalau mak dia dpt harta sepencarian. Ja ...

mungkin jumlah yg mak dia demand tu tinggi sangat agaknya, tu yg x dapat persetujuan..
seeloknya masa hidup.. si suami kena declare harta sepencarian siap2.. kemudian hari takde la berebut mcm ni..
sebab bila mati laki.. bini dapat 1/8 je.. kalau ada anak. sikit aje sebenarnya.. kalau dibanding dengan isterila jadi tulang belakang suami tu masa jatuh bangun.
tapi.. ada kaedah2 lain yang membolehkan si suami bagi siap2 harta tu.. atas dasar menghargai isteri..
hibah ke.. declare harta sepencarian ke..
kira kalau si isteri tu mmg tak keje.. takde income sendiri..  still layak kan claim harta sepencarian.. selagi mana harta yg si lakinya kumpul tu dalam tempoh perkahwinan.
taktau la kalau si bini ni kawin.. cuci kaki.. laki mmg dah kaya raya.. tu mungkin la ada pertikaian.. ada sebahagian aje yg dia bole claim kot
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa anak2 tak setuju mak dia tuntut harta sepencarian? Kalau mak dia dapat pun nnt mak dia mati dapat juga kat anak2 tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2023 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Moral nya kalo byk sgt harta hibahkan kepada badan kebajikan kalo mati. At least dpt bantu kat 'sana' nanti. Lantak la yg hidup ni nk survive dah bagi education etc.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak arwah fight demi kelangsungan hidup adik beradik arwah. Buat ghaso2 adik beradik yang lain
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 01:27 PM | Show all posts
Friska replied at 12-9-2023 12:12 PM
Wow RM2 billion, banyak sekali ya. Saya mau nabung RM1 juta aja udah ngos-ngosan!

sbb tu kau datang malaysia jd bibik
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 01:28 PM | Show all posts
_blackbird replied at 12-9-2023 12:39 PM
aku baru balik dari indon ni friska, sehari aku spend 3juta selamber. skali makan je 800k / pax be ...

pergi indonesia ramai rakyat malaysia jd jutawan. friska masuk malaysia terus jd papa kedana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tragedi Disember, malu apa masuk la sini jap!
maklukpenggodaTragedi Disember, malu apa masuk la sini
Views : 47162 Replies : 21
Edisi Awet Muda : Umur Hanyalah Suatu Angka
telracsEdisi Awet Muda : Umur Hanyalah Suatu An
Views : 11044 Replies : 25
Perang Perdagangan sudah bermula, yehawww!
maklukpenggodaPerang Perdagangan sudah bermula, yehaww
Views : 2209 Replies : 2
Isu keganasan Rumah Tangga zahnita
PenjaraPetaiIsu keganasan Rumah Tangga zahnita
Views : 11109 Replies : 278
Saya dengan ini isytiharkan undang-undang tentera darurat," kata Encik Yoon dalam ucapan langsung di tv,Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera darurat
YgBenarSaya dengan ini isytiharkan undang-undan
Views : 6306 Replies : 4
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 257047 Replies : 7118
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 48983 Replies : 27
Jarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran akaun 3 KWSP cecah RM10.78 bilion
YgBenarJarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran
Views : 50388 Replies : 28
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 1986 Replies : 11
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 92566 Replies : 933

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.161475 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list