|
BOMOH Peru melakukan upacara ritual menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Brazil, esok. FOTO AFP
Lima: Sambil memakai ponco berwarna-warni, sekumpulan bomoh Peru melakukan ritual untuk 'mengekang' Neymar menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Brazil, pagi esok.
Usaha kumpulan bomoh dari hutan, gunung dan pantai digelar 'Tayta Inti' (Bapa Matahari) itu diharap dapat membantu Peru apabila berdepan juara dunia lima kali itu.
"Kami meneutralkan Neymar dengan mengikat kakinya. Kami mengikatnya, jadi dia tidak dalam keadaan terbaik, tidak boleh berlari dan bermain dengan baik," kata bomoh, Felix Rondan.
Bomoh berkenaan meniup kulit kerang ketika mengadakan upacara itu di luar stadium yang dipenuhi pelbagai peralatan seperti pedang, tangkal, bendera dan foto pemain kedua-dua pasukan.
Seorang lagi bomoh, Walter Alarcon berkata, upacara itu bertujuan mengaburi fikiran Neymar, sekali gus menyebabkan dia tidak boleh mencapai apa yang dicarinya iaitu menjaringkan gol.
Alarcon meramal perlawanan kelayakan zon Amerika Selatan itu sukar dan berakhir dengan keputusan seri.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... uk-ikat-kaki-neymar |
|