CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3493|Reply: 19

[Politik] Ahli Majlis Tertinggi UMNO Isham Jalil dakwa ada ura-ura beliau bakal dipecat UMNO

  [Copy link]
Post time 11-9-2023 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Tadi ada seorang Ahli Majlis Tertinggi buat video komen berkenaan saya. Dia kata saya selalu tidak datang mesyuarat. Saya tidak datang mesyuarat MT mungkin tiga kali. Sekali sebab ada kematian keluarga, kali kedua sebab ibu saya sakit, dan kali ketiga sebab saya kena flu (kalau saya datang nanti berjangkit kepada ahli
mesyuarat).

Dan dia kata Majlis Tertinggi ada whatsapp group kenapa tidak beri pandangan di situ. Saya selalu beri pandangan di situ, mungkin dia tidak mahu baca. Mungkin pandangan saya berbeza daripada segi dasar dan halatuju parti, tetapi saya tidak pernah hentam sesama Ahli Majlis Tertinggi secara terbuka di live dan sebagainya.

Seperkara lagi, dia kata kononnya saya suruh ahli UMNO jangan undi PH. Ini tidak benar. Saya tidak pernah suruh ahli UMNO jangan undi PH atau DAP.

Ini adalah fitnah. Apa yang saya kata ialah saya akan fokus kepada kawasan UMNO. Boleh lihat dalam live saya beberapa bulan lalu di Facebook. Yang tulis headline kononnya saya kata jangan undi PH itu adalah satu akhbar Cina, dan itu tidak betul, mereka telah pun minta maaf kepada saya dan keluarkan pembetulan, dan pembetulan ini telah pun saya maklumkan kepada Majlis Tertinggi melalui whatsapp group beberapa bulan yang lalu semasa isu ini timbul. Boleh tanya Ahli Majlis Tertinggi yang lain untuk kepastian.

Mungkin dia tidak baca juga, atau cuba fitnah saya lagi tanpa usul periksa. Pendirian saya ialah saya fokus kepada UMNO. Itu sahaja.

Dan dia kata saya setuju bergabung dengan PH dalam Kerajaan Perpaduan semasa saya Ketua Penerangan. Ya, saya setuju sebab itu titah SPB YDP Agong untuk bentuk kerajaan pada ketika itu. Tetapi saya tidak pernah setuju untuk pergi pilihanraya dengan PH. Berada dalam kerajaan dan pergi pilihanraya bersama adalah dua perkara yang berbeza. SPB YDP Agong tidak pernah titah kita pergi pilihanraya bersama PH. Jangan campuradukkan dua perkara ini.

Ada orang di belakang saya? Siapa ada di belakang saya? mungkin akar umbi. Sahabat saya Dato’ Sri Najib Bossku pun masih dipenjara. Saya minta supaya kerajaan dan kepimpinan UMNO beri keadilan kepada Bossku dan jangan lupakan dia.

Sebelum ini saya sudah kata, saya sendiri yang serah jawatan Ketua Penerangan kembali kepada Presiden UMNO. Saya tidak rindu jawatan ini terutama apabila sebagai Ketua Penerangan ia perlu mempromosi DAP, saya syukur tidak perlu menggalas tugas untuk menyuruh akar umbi kita sokong DAP kerana itu bertentangan dengan pendirian saya. Saya tidak gila jawatan, saya pernah tolak jawatan ahli lembaga pengarah GLC sebanyak dua kali.

Dan pemimpin Pro-DAP ini suruh saya letak jawatan. Saya tidak akan letak jawatan. Saya dipilih oleh akar umbi. Saya dengar minggu ini ada beberapa lagi ahli UMNO akan dipecat dalam mesyuarat nanti. Ada ura-ura kata nama saya pun mungkin tersenarai. Terserah kepada kepimpinan parti dan Majlis Tertinggi jika mereka mahu pecat saya. Perjuangan saya ikhlas kerana agama, bangsa dan tanahair, dan bukan kerana kepentingan peribadi. Manusia boleh singkirkan manusia, namun Allah SWT menentukan kifarahnya.

Salam,
ISHAM JALIL
11 September 2023

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2023 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah. Biar mangkok ayun je tinggal dlm UMNO.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2023 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Hensemnya Isham Jalil...bertambah hensem sbb grad dr Havard
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2023 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Walhal isham ni dulu dilantik sbb gantikan hat muka mcm Bell tu, portege KJ tu
Lupa plak nama dia.Dia letak jawatan masa pru15 lepas umno kalah tu.
Isham ni mmg pro najib, masih nampak komen2 dia rindukan najib kat page najib tu.
Atleast dia cuma pro umno je bkn cam yg lain ada pro PN dan pro PH


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2023 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Dorang ni nk purge Najib loyalist dlm UMNO ke? Sian Najib.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2023 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye elok lah pecat je semua.. biar tinggal wak jahit sengsoraang je dalam tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-9-2023 04:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Mengelupor sekor2.

Politik ni senang.. jgn lawan Boss. Jadilah seperti lembu kenyang, lepas makan tidor.. nak esok2 jadi cam KJ, Syed Saddick & Muhkriz pt 2.. silakan tolol perasaan ko ada pengaruh eh?

Korang ni masih tak sedar diri! Byk org benci dengan UMNO!! Korg klu bertanding sendiri tanpa PH, tetap jahanam lah lahanat! Sekarang tiada parti yg dominan. Sbb tu perlu ada kerjasama dgn parti lain utk menang, ngok!

Ego tinggi2 nk pergi mana? Najib & Zahid dh hancurkan kan UMNO! Bukan DAP…tolong la sedar you are nothing mcm Syed Saddiq tu..berangan je lebih.. pengikut2 ko berapa juta satu Msia?

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 06:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Wakjahat pecat sumer nnt sapa yg tinggai? Matselan? Tokmat?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2023 07:55 AM | Show all posts
siapa kau? bagus aku jadi MT
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 10:25 AM | Show all posts
MKT Umeno yg kalah di Shah Alam takde kerusi & fungsi...thanks for your service.





Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko saman je la wak jahit wak maslan ckp no dapig no nuart, bideo byk kan? Minit mtg pun ada
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan tanya netizen tanya la dap
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 10:51 AM | Show all posts
anyway, berapa gaji dan elaun kalo jadi ahli majlis tertinggi ni?
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 10:57 AM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 12-9-2023 11:08 AM

kalo nak lawan Boss pong...

bior cerdik

blaja tinggi2, tapi bangang

quote by Ral&h W#ldo Emorsun

When U Strike At A King, U Must XXXXX Him


first strike tu trus jatuhkan No. 1 dari takhta

kalo ko setakat acah2 melawan n ugut2 mcm tu or banyak lagi proses utk jatuhkan No. 1

mampus ler ko..

bodo piang

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 11:07 AM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 12-9-2023 11:08 AM
evolutionary replied at 12-9-2023 10:51 AM
anyway, berapa gaji dan elaun kalo jadi ahli majlis tertinggi ni?

walaupun x jadik muntri atau pegang apa2 jawatan dlm gomen, jawatan dlm Umngouk tu yg bolehkan dapat peluang utk resuah, sakau n samon

makin tinggi jawatan dlm Umngouk, makin besar habuan..

kalo dapaek jadik timbalan atau muntrik, lagi banyak bole sakau, rssuah n samon

kalo x caya..

tanya @kemaruk




Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 11:08 AM | Show all posts
pengecatbintang replied at 12-9-2023 11:07 AM
walaupun x jadik muntri atau pegang apa2 jawatan dlm gomen, jawatan dlm Umngouk tu yg bolehkan dapa ...

dalam islam juga dilarang memfitnah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2023 11:10 AM | Show all posts
Firenzza replied at 12-9-2023 10:26 AM
Ko saman je la wak jahit wak maslan ckp no dapig no nuart, bideo byk kan? Minit mtg pun ada

lambat nak tunggu dia ni saman..

apa kate..

ko yg saman jahit n maslang

aku sokong ko..

cam ner?


Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 11:11 AM | Show all posts
kemaruk replied at 12-9-2023 11:08 AM
dalam islam juga dilarang memfitnah

he he he

insap aku


Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
pengecatbintang replied at 12-9-2023 11:10 AM
lambat nak tunggu dia ni saman..

apa kate..

Aku bkn ahli umngok x blh nk saman
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 11:27 AM | Show all posts
pengecatbintang replied at 12-9-2023 11:07 AM
walaupun x jadik muntri atau pegang apa2 jawatan dlm gomen, jawatan dlm Umngouk tu yg bolehkan dapa ...

tak baik cakap lagu tu, bukan semua org kaki rasuah, cuba tengok presiden sendiri, sampai pendakwa raya sendiri terpaksa tarik diri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.230665 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list