|
John Obi Mikel berseloroh dengan mengatakan Chelsea perlu memanggil semula bintang-bintang kelab itu yang sudah bersara. - Foto AGENSI
LONDON: John Obi Mikel berseloroh dengan mengatakan Chelsea perlu memanggil semula bintang-bintang kelab itu yang sudah bersara.
The Blues bergelut dalam kancah Liga Perdana Inggeris sejak tahun lalu dan turut bertukar pengendali sebanyak tiga kali.
Pemilik bersama kelab, Todd Boehly memecat Thomas Tuchel dan Graham Potter sebelum melantik Frank Lampard sebagai pengendali sementara musim lalu.
Pada musim panas, Mauricio Pochettino dilantik sebagai pengendali dan walaupun menunjukkan peningkatan, Chelsea belum mencapai prestasi diharapkan.
Mikel, 36, berkata: "Mereka perlu memanggil kami semula, saya bergurau. Mereka baik-baik saja. Saya rasa kelab sedang mengharungi fasa perubahan.
"Jadi kita perlu memberikan mereka masa. Terdapat ramai pemain-pemain muda yang bagus dan hebat.
"Mereka perlu masa untuk mendapatkan keserasian dan tampil sebagai satu pasukan, selepas itu kita akan tampil lebih bagus."
Mikel berkata demikian ketika perlawanan pertunjukan antara legenda-legenda Chelsea dan Bayern Munich. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... l-kami-semula-mikel |
|