CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4234|Reply: 0

[Pulau Pinang] Wanita maut nahas 7 kenderaan mahu hantar cucu belajar

[Copy link]
Post time 10-9-2023 08:14 PM | Show all posts |Read mode
Wanita maut nahas 7 kenderaan mahu hantar cucu belajar


Nur Izzati Mohamad
[email protected]



TRELER muatan kayu antara yang terbabit nahas enam kenderaan di KM164.7 Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara) antara Bandar Baharu ke Jawi.




Nibong Tebal: Warga emas yang maut dalam nahas tujuh kenderaan di KM164.7 Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara) antara Bandar Baharu ke Jawi pagi tadi, dikatakan dalam perjalanan menghantar cucunya ke institusi pengajian tinggi di Perlis.

Ketika kejadian, wanita berusia 76 tahun itu bersama empat ahli keluarganya menaiki kereta Toyota Corolla dari Perak.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Ng Ah Thiam berkata, kereta lima sekeluarga itu gagal mengelak treler muatan kayu yang terbalik selepas dilanggar treler lain dari arah sama.

"Mangsa dalam kereta cedera dan seorang daripadanya (wanita warga emas) meninggal dunia.

"Lima sekeluarga itu dalam perjalanan menghantar ahli keluarga mereka ke sebuah pusat pengajian di Perlis," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, identiti mangsa parah dikenal pasti pemandu kereta berusia 54 dan isterinya, 48, serta dua anak mereka berusia 19 dan 22 tahun.

Menurutnya, mereka dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan Hospital Parit Buntar, Perak, sementara pemandu treler muatan kayu berusia 24 tahun yang parah, turut dirawat di hospital.

Empat kenderaan lain yang berada di belakang Toyota Corolla terbabit kemalangan itu dengan keseluruhan 21 individu terjejas.



Disiarkan pada: September 10, 2023 @ 7:44pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 12:05 AM GMT+8 , Processed in 0.045048 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list