CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4748|Reply: 0

[Kedah] Lima sindiket jadikan Langkawi transit seludup PATI tumpas

[Copy link]
Post time 10-9-2023 04:57 PM | Show all posts |Read mode

Fisol (kanan) menunjukkan gambar lima kumpulan sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) melibatkan 12 ejen sindiket warga tempatan dan Myanmar yang ditahan hasil Op Pintas baru-baru ini.
Untuk berita terkini Sinar Harian, ikuti Telegram dan TikTok kami

ALOR SETAR - Polis Kedah menumpaskan lima kumpulan sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) selepas berjaya menahan 12 ejen sindiket warga tempatan dan Myanmar hasil Op Pintas yang diadakan bermula 15 Ogos hingga 7 September lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, dalam op tersebut juga seramai 47 PATI warga Myanmar yang berumur antara 15 hingga 50 tahun juga berjaya ditahan dalam jenayah pemerdagangan orang tersebut.

Menurutnya, semua dipercayai diseludup masuk melalui jalan laut dan darat di sekitar daerah Langkawi dan Kubang Pas oleh kumpulan sindiket.

"Lima kumpulan sindiket ini tidak mempunyai kaitan namun modus operandi mereka adalah sama iaitu menyeludup migran masuk ke negara ini melalui jalan laut dan darat serta mempunyai hubungan dan kerjasama dengan ejen sindiket di Yangoon, Myanmar," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, dekat sini pada Ahad.

Jelas Fisol, PATI ini telah dijanjikan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor ekonomi di negara ini dan mereka perlu membuat pembayaran antara RM5,000 hingga RM7,000 setiap seorang kepada ejen sindiket.

Menurutnya, satu pertemuan dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kedah telah diadakan untuk berbincang mengenai pembolosan masuk PATI di kawasan pagar sempadan negara ini.

"Tindakan perlu diambil segera di sempadan berpagar, begitu juga sempadan laut dan seperti sedia maklum, Langkawi merupakan tempat transit (bagi PATI).

"Apabila mendarat di Langkawi sudah dikira berada dalam kawasan domestik jadi mereka boleh ke Kuala Kedah atau Kuala Perlis tanpa memerlukan sebarang dokumen," ujar beliau lagi.

https://www.sinarharian.com.my/a ... seludup-pati-tumpas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.056273 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list