Kata Shikin, dia juga menerima mesej dan foto ketika sedang sibuk berniaga di Havoc Street Food Festival yang sedang berlangsung di Seremban, Negeri Sembilan.
Tindakan segera Cat menghubungi nombor berkenaan bagaimanapun dibiar tidak berjawab.
"Saya tak buka gambar dia hantar. Bila tunjuk dekat Cat dia ada cuba telefon lelaki itu tapi tidak diangkat.
"Memang setiap kali kejadian ini berlaku saya akan tunjuk pada dia (suami)," jelasnya.
Enggan perkara sama berulang, Shikin memaklumkan dia dan suami sepakat mahu mengambil tindakan terhadap pemilik akaun tersebut.
Dia bagaimanapun bersyukur kerana tidak pernah menerima gangguan seperti itu secara berdepan atau di khalayak ramai.
"Kali ini saya memang nak ambil tindakan. Sebab saya nampak dia ada pengikut. Saya pun dah siap-siap simpan semua bukti mengenai akuan tersebut.
"Tindakan ini pun saya ambil untuk keselamatan saya juga. Saya harap tindakan ini juga beri pengajaran pada orang lain agar tidak ganggu saya," katanya lagi.
Sumber: mStar