CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 927|Reply: 1

[Kedah] Qaish perlu bantuan pernafasan sepenuhnya

[Copy link]
Post time 9-9-2023 04:12 PM | Show all posts |Read mode


BALING 09 SEPTEMBER 2023. Muhammad Qaish Ahmad, pesakit leukemia ALL (Acute Lymphoblastic Leukemia) yang hayatnya dijangka berbaki lima bulan selepas dimaklumkan doktor pada 17 Mei lalu kini berada di Hospital Baling, di sini dan memerlukan bantuan pernafasan sepenuhnya. NSTP/IHSAN AHMAD MOHAMAD ZIN

Baling: Muhammad Qaish Ahmad, pesakit leukemia ALL (Acute Lymphoblastic Leukemia) yang hayatnya dijangka berbaki lima bulan selepas dimaklumkan doktor, 17 Mei lalu kini berada di Hospital Baling dan memerlukan bantuan pernafasan sepenuhnya.

Bapanya, Ahmad Mohamad Zain, 42, berkata, anaknya Muhammad Qaish, 11, dihantar ke hospital berkenaan selepas diserang sawan ketika berada di rumah mereka di Kampung Charok Bemban, Kupang, di sini, 9.45 pagi Selasa lalu.

Menurutnya, anaknya yang mesra disapa Qaish yang berstatus pesakit paliatif kini memerlukan bantuan alat pernafasan sepenuhnya dan masih belum boleh memberikan tindak balas dengan baik sepenuhnya.

"Alhamdulillah pagi ini Qaish dilihat ada banyak pergerakan cuma tindak balas saja sekejap 'ok' dan sekejap tidak 'ok' (apabila namanya dipanggil). Anak juga masih dipantau doktor," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Katanya, dia dan isteri reda untuk menghadapi sebarang kemungkinan apatah tempoh jangkaan doktor sebelum ini terhadap penyakit anaknya itu sudah semakin menghampiri, namun mengakui mereka tidak putus doa untuk anaknya itu.

"Kalau diikutkan jangka hayatnya berbaki sebulan 20 hari lagi sehingga Oktober ini (seperti dimaklumkan doktor mengenai keadaan anaknya sejak Mei lalu) dan kami reda untuk semuanya yang akan berlaku nanti.

"Tetapi sebagai ibu bapa kami masih berharap ada keajaiban untuk Qaish dan selagi nafasnya masih ada kami akan terus berdoa untuk kebaikan anak tersayang.

"Saya dan isteri berharap orang ramai terus sentiasa mendoakan Qaish sihat dan dipermudahkan semua urusan. Saya tak sanggup melihat keadaan Qaish seperti itu," katanya.

Menurut Ahmad, dia dan isteri kini bergilir-gilir menjaga anak sulung daripada empat beradik itu dan dia terpaksa menghentikan sementara kerja bendangnya, manakala isteri juga mengambil cuti demi Qaish.

"Buat masa ini saya dan isteri menumpukan perhatian sepenuhnya kepada Qaish. Kami terpaksa cuti buat masa ini biarpun komitmen serta perbelanjaan harian terjejas dan meningkat, malah anak lain terpaksa dihantar ke rumah pengasuh sepenuh masa buat sementara," katanya.

Bagi yang ingin membantu meringankan beban keluarga Qaish boleh menghubungi bapanya, Ahmad di talian 019-5521251 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam bernombor 02048020623988 atas nama Ahmad Mohamad Zain.

Terdahulu Harian Metro menyiarkan kisah Qaish yang melawan leukemia ALL sejak 2019 dan sepanjang empat tahun berjuang, rezeki tidak memihak kepada kanak-kanak lelaki itu apabila disahkan berstatus paliatif.

Lebih mendukakan hati keluarga apabila hayat hidup Qaish dijangka berbaki lima bulan saja, namun kanak-kanak itu dan keluarganya menerima suratan takdir dengan reda tetapi mengharapkan keajaiban kembali pulih.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rnafasan-sepenuhnya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2023 04:26 PM | Show all posts
kesian. semoga dipermudahkan urusan adik Qaish.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.063620 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list