View: 1360|Reply: 0
|
Scotland sebelah kaki ke Euro 2024
[Copy link]
|
|
SCOTT McTominay meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan ketika aksi Kelayakan Euro 2024 antara Scotland dan Cyprus. FOTO Agensi
Larnaca, Cyprus: Scotland semakin hampir layak ke Euro 2024 di Jerman tahun depan apabila terus mengekalkan rekod cemerlang dalam kempen kelayakan ketika ini.
Bintang Manchester United, Scott McTominay antara tonggak utama yang membantu Scotland menumbangkan Cyprus dengan 3-0 untuk meletakkan negaranya di landasan tepat meraih slot ke Euro.
Dalam aksi yang berlangsung di AEK Arena di Larnaca itu, McTominay membuka jaringan seawal minit keenam di mana ia adalah jaringan keenamnya dalam lima perlawanan buat skuad kebangsaannya.
Rakan sepasukan iaitu Ryan Porteous menambah gol kedua hasil percubaan voli yang menarik di mana ia adalah penampilan antarabangsa pertamanya.
Tiga mata berkenaan disahkan pada minit ke-29 apabila McTominay menjadi pencetus kepada jaringan John McGinn untuk memberikan Scotland kelebihan tiga gol selain satu lagi percubaan bintang The Red Devils itu turut mengenai palang gol.
Scotland yang dibimbing Steve Clarke ketika ini memimpin carta Kumpulan A dengan 15 mata dan tidak pernah tewas dalam lima aksi dilalui setakat ini.
Pesaing terdekat, Sepanyol pula di tangga kedua diikuti Norway, Georgia dan Cyprus di kedudukan tercorot kumpulan.
Scotland seterusnya akan menghadapi England bagi aksi persahabatan istimewa pada awal pagi Rabu ini tetapi sekiranya Norway dan Georgia sekadar seri dalam aksi kelayakan pada hari yang sama, Scotland akan layak secara automatik ke Jerman buat kali kedua berturut-turut.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... h-kaki-ke-euro-2024 |
|
|
|
|
|
|
| |
|