View: 1513|Reply: 0
|
[Kedah]
PALAPES perlu jaga disiplin, timba ilmu untuk jadi pemimpin negara masa depan
[Copy link]
|
|
Pegawai Kadet PALAPES diingatkan supaya menjaga disiplin dan terus menimba ilmu pengetahuan. - Foto Facebook Naib Canselor UMK
SINTOK: Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, bertitah mengingatkan agar Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) menjaga disiplin dan terus menimba ilmu pengetahuan sebagai pedoman untuk mewarisi tampuk pemerintahan dan kepimpinan negara pada masa akan datang.
Baginda bertitah, disiplin mempunyai pengertian tersendiri kerana ia akan melahirkan keunggulan peribadi dan memberi impak luas kepada organisasi seterusnya membawa kejayaan diharapkan.
"Penerapan tatasusila ketenteraan perlu dijadikan asas bagi membantu keperibadian yang berbudaya tinggi
dan dihormati serta secara tidak langsung akan melahirkan generasi berilmu dan berakhlak mulia," titah baginda.
Baginda bertitah demikian sempena Istiadat Perbarisan Pentauliahan DiRaja dan Pengurniaan Watikah Tauliah PALAPES Universiti Awam ke-41 Bagi Tahun 2023, di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini, hari ini.
Sultan Kedah yang merupakan Kolonel Yang Di-Pertua Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Kor Perkhidmatan DiRaja, bertitah tanpa ilmu pengetahuan yang mencukupi juga, tugas yang diberikan pasti akan gagal dilaksanakan dengan cekap dan berjaya.
Baginda bertitah berbagai cara untuk memperolehi ilmu pengetahuan sama ada dengan membaca, pengalaman, mendengar, melihat dan melalui unsur-unsur lain.
"Mencari ilmu pengetahuan memerlukan kesungguhan dan keazaman selain perlu berkorban masa.
"Saudara-saudari sekalian mestilah menanam semangat tidak jemu mempelajari dan menambah ilmu dalam
semua bidang. Ilmu pengetahuan adalah aset dan kuasa untuk kita terus bergerak maju dan berdaya saing," titah baginda.
Baginda yakin, berbekalkan ilmu dan kemahiran yang diperolehi sepanjang tiga tahun latihan PALAPES, mereka pasti mampu untuk menempuh setiap cabaran yang dihadapi dalam kerjaya masing-masing.
"Masih banyak lagi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang perlu dipelajari agar ianya sejajar dengan perkembangan kerjaya masing-masing.
"Justeru, manfaatkanlah semua pengalaman, ilmu dan kemahiran yang dimiliki serta pupuklah keyakinan diri agar bersesuaian dengan bidang tugas dan cabaran bakal dihadapi nanti," titah baginda.
Dalam pada itu, Sultan Sallehuddin juga mengingatkan agar PALAPES meneruskan sumbangan bakti di samping mempamerkan semangat patriotik kepada negara di mana jua mereka berada.
"Kejayaan saudara-saudari sekalian adalah salah satu elemen pemerkasaan Angkatan Tentera Malaysia untuk menyediakan angkatan pertahanan melalui pendekatan konsepwhole of government, whole of society (wogos)."
"Melalui konsep ini, sudah pasti negara kita akan dapat melahirkan modal insan yang dapat menyumbang kepada pertahanan negara sebagai pegawai muda sukarela yang profesional dan kompeten," titah baginda.
https://www.bharian.com.my/berit ... adi-pemimpin-negara |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|