View: 842|Reply: 0
|
Yamal tonggak termuda La Roja ledak gol
[Copy link]
|
|
LAMINE Yamal (kiri) meraikan golnya ketika membelasah Georgia dalam aksi Kelayakan Euro 2024. FOTO Reuters
Paris: Pemain muda berbakat Sepanyol, Lamine Yamal muncul sebagai pemain termuda skuad La Roja yang berjaya meledak gol buat negaranya di pentas antarabangsa dalam aksi Kelayakan Euro 2024.
Dalam aksi Kumpulan A itu, Yamal yang baharu berusia 16 tahun 57 hari mencetak satu gol dalam penampilan sulungnya buat Sepanyol yang membelasah Georgia dengan 7-1.
Kejayaan mengutip tiga mata itu kini meletakkan Sepanyol mendaki ke tangga kedua kumpulan yang turut menyaksikan Alvaro Morata mencetak hatrik.
"Saya amat gembira, untuk penampilan sulung dan gol saya. Saya seperti bermimpi sekarang," kata Yamal.
Morata membuka jaringan pada minit ke-22, diikuti jaringan sendiri Solomon Kvirkvelia. Dani Olmo meledak gol ketiga Sepanyol sebelum Morata menjaringkan gol keduanya dan keempat pasukan sebelum rehat.
Sepanyol mengeluarkan kedua-dua pemain sayapnya sebelum rehat, sekali gus memberi peluang kepada Yamal untuk mencipta sejarah.
Pemain Watford, Giorgi Chakvetadze meledak gol tunggal Georgia sebelum Morata melengkapkan hatriknya dan Nico Williams serta Yamal memastikan kemenangan Sepanyol.
Sepanyol, yang akan berdepan Cyprus di Granada pada Selasa, kekal sembilan mata di belakang Scotland, yang bermain lebih dua perlawanan.
Scotland memenangi perlawanan kelima mereka selepas Scott McTominay, Ryan Porteous dan John McGinn menemui sasaran dalam kemenangan 3-0 ke atas Cyprus di Larnaca.
Anak buah Steve Clarke akan mengesahkan tempat di Jerman tahun depan dengan tiga perlawanan berbaki sekiranya Norway dan Georgia seri di Oslo, Selasa ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... a-la-roja-ledak-gol |
|
|
|
|
|
|
| |
|