|
TONGGAK Liverpool, Virgil van Dijk. FOTO Agensi
Liverpool: The Reds menerima tamparan hebat apabila tonggak pertahanan kentalnya, Virgil van Dijk digantung ekoran kata-kata kesatnya terhadap pengadil dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), dua minggu lalu.
Keputusan berkenaan diputuskan oleh Persatuan Bolasepak Inggeris ke atas Van Dijk, di mana pemain kebangsaan Belanda itu digantung satu lagi perlawanan sekali gus bakal terlepas aksi menentang Wolves.
Terdahulu, dia digantung ketika kemenangan Liverpool ke atas Aston Villa, selain turut didenda 100,000 pound (RM585.66 juta) di atas kesalahan itu.
"Pemain pertahanan itu mengakui yang dia bertindak tidak sopan dan menggunakan kata-kata kesat terhadap pegawai perlawanan selepas dibuang padang pada minit ke-29.
"Penggantungan tambahan ini diputuskan oleh Suruhanjaya Peraturan bebas. Kenyataan bertulis penuh berkenaan kes ini akan diterbitkan dalam masa terdekat," kata Persatuan Bolasepak Inggeris.
Dalam perkembangan lain, Van Dijk menerima tambahan penggantungan itu dan akui ia hukuman cukup berat.
"Ia bukan sesuatu yang biasa bagi saya. Tetapi ia tetap kad merah. Saya tidak pernah mendapatnya di Liverpool, dan saya rasa hanya empat kali sepanjang karier saya," kata Van Dijk.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... dijk-digantung-lagi |
|