CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5621|Reply: 41

Wanita Tak Puas Hati Bekas Suami Nak Bagi RM250 Je Nafkah Anak "Makanan Kucing Lagi Mahal, Holiday Dengan Isteri Baru Dan Anak Tiri Boleh Pula"" ...

[Copy link]
Post time 8-9-2023 02:11 PM | Show all posts |Read mode
Seorang usahawan wanita, Nurain Abdullah mendedahkan dia dan bekas suaminya tidak menemui jalan penyelesaian semasa proses sulh di mahkamah.


Wanita itu kesal kerana bekas suaminya menawarkan sejumlah wang didakwa tidak relevan dengan perbelanjaan makan seorang anak.


"Dia nak bagi nafkah makan anak-anak saya untuk belanja makan seorang dicadangkan pada mulanya RM200 sahaja sebulan. Saya tak setuju, kemudian dia naikkan lagi RM250 sebulan dan saya masih tak setuju.


"Sebab  saya tuntut nafkah anak setiap orang itu tidak melampau. Kalau satu kali makan RM5 pun dengan tiga kali makan dah berapa..kali dengan sebulan pun dah berapa."








Tambahnya, jumlah tuntutan nafkah yang dimohon adalah bersesuaian dengan keadaan kewangan bekas suaminya itu.


"Saya tuntut tak sampai RM5 pun sekali makan sebab saya faham keadaan dia sekarang.


"Jadi dia tak terima tuntutan saya dan saya pun tak terima dengan pembelaan dia.


"RM250 zaman sekarang ini makanan anak kucing lagi besar, nak bagi dekat anak aku..agak-agak la.





Nurain juga mendedahkan bekas suaminya turut memberikan alasan bahawa dia perlu menanggung anak tirinya (anak isteri baru) namun lelaki itu dilihat sempat pula melancong bersama keluarga barunya.


"Alasan dia tak mampu tapi masalahnya aku tengok ‘enjoy’ je laki bini, jalan ke sana ke sini, melancong.. tapi kata tak mampu.


"Dia bagi alasan yang dia ada tanggungan lain, dua orang..anak kandung dengan isterinya sekarang dan anak tirinya.


"Kau nak tanggung anak tiri kau terpulanglah, cuma jangan sampai hak anak kandung kau kurangkan."


Dalam masa yang sama, bekas suami usahawan tersebut juga menawarkan dirinya untuk menjaga anak-anak mereka bagaimanapun wanita itu mendakwa itu hanyalah helah semata-mata.


Dia kata ‘tak apa kalau macam itu biar anak duduk dengan aku’. Tapi aku tahu niat kau, kau nak ambil anak. Bila dah besar kau nak ambil balik, masa kecil kau serah dekat aku." -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2023 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeeee jantan x guna... Nk bela ank tiri dah tu ank ko suh bini yg tanggung.. Ank tiri suh la bpk dia yg tanggung... Dah tau susah nk branak2 lg buat pa... 250 sorang gile betul..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Jarang org kutuk perempuan tak guna. Orang biasa kutuk jantan or lelaki tak guna. Tak guna satu sen.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
My ex bagi 300 aje. Betullah kata sis tu.. buat makanan kucing pon x lepas. Lagi goyang kaki kalau ex wife x ada anak. Bagi masa eddah aje
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 8-9-2023 02:57 PM

Itulah semua wanita berjemaah berebut jantan miang hujung2 kena tinggal anak bersepah terabai merempat, jantan miang aman2 kawen lain berladang sana sini
Kumpul 100 wanita gengster kasi pukul suami pun x mampu
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 03:06 PM | Show all posts
betull... incik meow iols sebulan je maintenance dia dekat rm200... inikan pulak manusia..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2023 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
mungkin bini baru sponsor percutian tu. ex laki tu menenggek je
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
zehra2: mungkin bini baru sponsor perc ...
Rasanya laa .. jantan sekarang mmg pandai cari perempuan berduit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2023 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
RM250 tu taraf upah pengasuh je sekali makan minum
Htr pengasuh lg berbaloi sbb murah, mcm kuli batak jaga anak org
Htr kat ex laki je la suruh dia jaga, mlm time nk tido baru ambik
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
dlu ada org felda ni pantang ada pickup truck sure kena sondol
ngan org indon….end up bini org felda ni fight kat court claim semua harta pencarian dan nafkah tertunggak….end up org felda tu pick up truck ke mana..kutip botol n tin …adan uke….
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 8-9-2023 03:08 PM
mungkin bini baru sponsor percutian tu. ex laki tu menenggek je

Betul3
Klu anak sndr tak bg nafkah
Ini plk anak org
Sejenis parasit
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 03:21 PM | Show all posts
akak ni kalau nyanyi lagu rock mesti  ok...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 03:44 PM | Show all posts
laki tak guna nak sangat amik anak, bagi je dia bela..
pastu kau tunjuk pulak betapa kau senang lenang..
tau la dia pulangkan balik anak tu nanti
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 03:50 PM | Show all posts
RM250 je? Make it make sense?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 04:01 PM | Show all posts
Memang elok dikepalabapakkan je jantan taguna centu. Seriously aku tak paham ngan org yg lebihkan anak tiri drpd anak kandung sendiri. Sapa suh kawin ngan janda beranak. Nampak gaya akak ni sejenis fighter pakej lak ngan berduit. Elok ko bagi nafkah yg dituntut sebelum malu gila.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Antifake: My ex bagi 300 aje. Betullah k ...

Ex u mereng otaknya.. klu jmpk dia dgn ular,katok dia dulu,x berguna buat ank,,300 umur brapa tu? Confirm x cukup
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2023 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki kan suka mengejar janda..anak sendiri Tak mau bela, sibuk nak bela ank janda. Mak2 ni kelemahan dia anak ,kalau lepas je anak 2 yg mmg tanggungjawab bapa,Tak lah gaduh sana sini..payah bapak nak dapat bini baru pun ye.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 05:45 PM | Show all posts
kasi jer bapa bdk2 tu bela....
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 06:37 PM | Show all posts
Berapa pendapatan suami dia?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kwn meols dlo kes cmni la bpk mtk bela..dok dgn bpk, mak tiri suruh meniaga nasi lemak dpn rumah sblm pegi sekolah. Kalau xniaga ko xleh dduk dgn bpk n mak tiri.. duit untung bpk ngn mak tiri joly.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tragedi Disember, malu apa masuk la sini jap!
maklukpenggodaTragedi Disember, malu apa masuk la sini
Views : 47162 Replies : 21
Edisi Awet Muda : Umur Hanyalah Suatu Angka
telracsEdisi Awet Muda : Umur Hanyalah Suatu An
Views : 11044 Replies : 25
Perang Perdagangan sudah bermula, yehawww!
maklukpenggodaPerang Perdagangan sudah bermula, yehaww
Views : 2209 Replies : 2
Isu keganasan Rumah Tangga zahnita
PenjaraPetaiIsu keganasan Rumah Tangga zahnita
Views : 11109 Replies : 278
Saya dengan ini isytiharkan undang-undang tentera darurat," kata Encik Yoon dalam ucapan langsung di tv,Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera darurat
YgBenarSaya dengan ini isytiharkan undang-undan
Views : 6306 Replies : 4
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 257047 Replies : 7118
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 48983 Replies : 27
Jarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran akaun 3 KWSP cecah RM10.78 bilion
YgBenarJarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran
Views : 50388 Replies : 28
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 1986 Replies : 11
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 92566 Replies : 933

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.406884 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list