View: 2715|Reply: 0
|
Tonik terbaik hadapi Filipina, Thailand
[Copy link]
|
|
ALIFF (dua kanan) meriakan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO FB FAM
Kuala Lumpur: Kemenangan 2-0 menentang Bangladesh pada perlawanan pertama kumpulan H kelayakan Piala Asia Bawah 23 tahun (B-23) 2024 menjadi tonik bermakna buat pasukan muda negara mencipta keputusan positif pada perlawanan akan datang.
Penyerang skuad B-23 negara, Aliff Izwan Yusla berkata, jaringan pertama yang diciptanya pada pertemuan dengan Bangladesh adalah hasil daripada kerja berpasukan yang berusaha mencari gol sehingga ke minit akhir perlawanan.
Malah, Aliff yang juga pemain Selangor FC berkata, tiga mata yang berjaya dikutip itu juga pastinya membakar semangat pemain beraksi lebih baik dalam usaha memperoleh tiket untuk beraksi di Piala Asia B-23 tahun depan.
"Saya dapat pamer aksi yang bagus kerana sentiasa mendapat sokongan penuh daripada rakan sepasukan.
"Saya berasa cukup teruja untuk kejohanan Piala Asia B-23 ini, saya adalah pemain termuda dalam skuad iaitu berusia 19 tahun.
"Untuk perlawanan akan datang, sama seperti hari ini (petang semalam), kami mahu menang dan terus mendapat tiga mata," katanya.
Skuad muda negara membuka kempen kelayakan Piala Asia B-23 2024 dengan langkah kanan apabila menewaskan Bangladesh 2-0 di Stadium Chonburi, Thailand, petang semalam.
Harimau Malaya B-23 terpaksa menunggu hingga minit ke-81 untuk membuka tirai jaringan menerusi rembatan jarak jauh daripada Aliff.
Jaringan itu menjadi pencetus semangat kepada barisan pemain muda negara dengan Fergus Tierney kemudian mengesahkan kemenangan apabila meledak gol kedua pada masa kecederaan.
Skuad muda negara dijadualkan akan menentang Filipina pada Sabtu ini dan tuan rumah Thailand pada 12 September.
Mengikut rekod, sebanyak 11 pasukan juara kumpulan dalam saingan kelayakan (Kumpulan A hingga K) bersama-sama empat pasukan tempat kedua kumpulan terbaik dan tuan rumah, Qatar akan layak beraksi di Piala Asia B-23 2024 di Qatar, tahun depan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... i-filipina-thailand |
|
|
|
|
|
|
| |
|