CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1959|Reply: 0

Jutawan Mohamed Al-Fayed, bapa kekasih Puteri Diana meninggal dunia

[Copy link]
Post time 2-9-2023 08:58 AM | Show all posts |Read mode

Mohamed Al Fayed. - Foto AFP


LONDON: Mohamed Al-Fayed, jutawan Mesir yang juga pemilik gudang beli-belah Harrods dan pernah terpalit dengan kontroversi keluarga diraja Britain berikutan kematian anaknya dan Puteri Diana, meninggal dunia pada Rabu, menurut Fulham Football Club (FC) dalam kenyataannya.

"Bagi pihak semua di Fulham Football Club, saya mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan Mohamed Al Fayed atas berita kematiannya pada usia 94 tahun," kata Shahid Khan, yang menggantikan al-Fayed sebagai pemilik kelab bola sepak berpangkalan di London itu, pada Jumaat.

Dilahirkan di kota Alexandria, Mesir, al-Fayed memulakan kerjayanya sebagai penjual minuman bergas dan bekerja sebagai jurujual mesin jahit sebelum membina empayar kekayaan keluarganya dalam bidang hartanah, perkapalan serta pembinaan yang pertama di Timur Tengah, kemudian berkembang hingga ke Eropah.

Sepanjang hidupnya, al-Fayed yang gah dengan memiliki Harrods, Fulham FC dan hotel Ritz di Paris, sentiasa menjadi 'orang luar' di Britain.

Beliau berselisih dengan kerajaan British kerana keengganan memberikannya kerakyatan meskipun menetap di negara itu selama beberapa dekad dan sering mengancam untuk berpindah ke Perancis, yang memberikannya Legion of Honor, anugerah awam tertinggi di negara jiran itu.

Al-Fayed menghabiskan 10 tahun cuba membuktikan Diana dan anaknya Dodi dibunuh apabila kereta mereka terbabas dalam terowong jalan raya di Paris pada 1997 ketika pasangan itu cuba melarikan diri daripada 'paparazi' yang menaiki motosikal.

Tidak disokong sebarang bukti, menurut inkues kematian Diana, beliau mendakwa Diana mengandung anak Dodi dan menuduh Putera Philip, suami permaisuri, mengarahkan pasukan keselamatan Britain membunuh Diana untuk menghentikannya berkahwin dengan lelaki Muslim dan melahirkan bayinya.

Walaupun al-Fayed terkenal dengan keperibadiannya yang keterlaluan dan bermegah, beliau tokoh penting dalam detik-detik penting sejarah Britain.

Pengambilalihan Harrods pada 1985 mencetuskan perselisihan perniagaan paling pahit di Britain, manakala pada 1994 beliau mencetuskan skandal dengan pendedahan bahawa beliau membayar ahli politik di Britain untuk bertanya soalan bagi pihaknya di parlimen.

Al-Fayed pernah berkata, beliau mahu dimumiakan dalam keranda emas dan disemadikan dalam piramid kaca di atas bumbung bangunan Harrods.

Di gedung itu, beliau membina patung peringatan gangsa Diana dan Dodi. Sebagai pemilik Fulham FC, beliau membina patung Michael Jackson di luar stadium walaupun penyanyi itu hanya sekali menghadiri perlawanan kelab itu. - REUTERS

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 176220 Replies : 4057
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 6890 Replies : 81
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 21634 Replies : 117
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 39663 Replies : 244
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 14447 Replies : 98
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 5167 Replies : 18
Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis
YgBenarDatuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan di
Views : 3501 Replies : 14
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 72932 Replies : 2947
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 45237 Replies : 309
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2467 Replies : 14

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.467686 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list