CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1451|Reply: 0

[Kedah] 'Rindu bila kemas baju, rasa macam arwah masih ada'

[Copy link]
Post time 1-9-2023 01:38 PM | Show all posts |Read mode
'Rindu bila kemas baju, rasa macam arwah masih ada'


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



MUHAMAD Salleh (kanan) bersama keluarga melihat gambar kenangan anaknya, Allahyarham Muhammad Hafiz. FOTO arkib NSTP




Alor Setar: "Terasa rindu sangat bila kemas baju arwah. Rasa macam dia masih ada ketika majlis akad nikah berlangsung baru-baru ini.

Itu kata Norhidayah Muhamad Saleh, 30, adik penghantar makanan, Muhammad Hafiz Muhamad Saleh yang maut dalam nahas pesawat di Elmina, Shah Alam, Selangor 17 Ogos lalu.

Katanya, biarpun masih bersedih, dia dan keluarga bersyukur majlis akad nikah yang berlangsung baru-baru ini berjalan lancar.

Menurutnya, arwah abangnya sempat menunaikan niatnya untuk membantu untuk majlis perkahwinannya dan mengirim wang beberapa hari sebelum nahas berlaku.

"Arwah tak cakap apa pun cuma dia beritahu dia akan tambah duit lagi nanti.

"Perasaan sedih sudah berkurang cuma rindu memang terasa terutama apabila kemas baju arwah, memang rasa rindu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, perasaan ketika itu sayu kerana sepatutnya arwah abangnya ada sekali sewaktu majlis akad nikah berlangsung.

Norhidayah berkata, rakan-rakan seperjuangan Allahyarham di kalangan penghantar makanan masih mengadakan majlis tahlil untuk arwah.

Dalam insiden pada jam 2.50 petang 17 Ogos lalu, 10 mangsa disahkan maut selepas pesawat ringan terhempas di persiaran bandar Elmina.



Disiarkan pada: September 1, 2023 @ 1:14pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.139990 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list