CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1289|Reply: 0

Aligator sama besar SUV kecil

[Copy link]
Post time 30-8-2023 02:51 PM | Show all posts |Read mode
Edited by tari at 30-8-2023 02:53 PM


ALIGATOR itu ditangkap oleh empat pemburu berpengalaman. FOTO Facebook

Washington: Empat pemburu di Mississippi, Amerika Syarikat (AS) melakar sejarah dengan menangkap dan membunuh aligator terpanjang pernah ditemukan di negeri itu.

Reptilia itu panjangnya kira-kira 4.3 meter (m).

Aligator adalah reptilia yang rupanya seakan-akan buaya dan biasanya boleh ditemukan di tasik dan sungai di AS dan China.

Global News melaporkan, aligator itu ditangkap pada hujung minggu lalu ketika musim berburu di Mississipi.

egawai dari Jabatan Hidupan Liar, Perikanan dan Taman-taman Mississippi berkata, saiz aligator itu menyamai kenderaan utiliti sukan (SUV) kecil.


"Buaya itu berukuran 4.34 m (panjang) dengan ukur lilit perut 1.68 m.

"Ia seberat 364 kilogram (kg)," katanya menerusi hantaran di Facebook (FB).

Haiwan itu ditarik keluar dari Sungai Yazoo oleh Don Woods, Tanner White, Will Thomas dan Joey Clark. Semuanya adalah pemburu berpengalaman.

Walaupun pakar dalam bidang perburuan, Woods memberitahu akhbar Mississippi, Clarion-Ledger bahawa kru mereka 'bertarung' dengan reptilia itu selama kira-kira tujuh jam sebelum dapat menariknya ke dalam bot mereka.

Menurut portal SuperTalk Mississippi, kejayaan menangkap buaya itu sekali gus memadam rekod terdahulu iaitu aligator yang panjangnya 4.28 m dan seberat 347.7 kg.

Mississippi membuka sungainya untuk aktiviti memburu aligator, antara 25 Ogos dan 4 September setiap tahun.

Negeri itu membenarkan aktiviti pemburuan buaya sejak 2005. Mereka yang mempunyai permit dibenarkan menangkap dua aligator dengan panjang melebihi 1.22 m, namun hanya satu dibenarkan lebih panjang daripada 2.13 m.

CBS News melaporkan, populasi aligator di Mississippi menimbulkan isu selepas ada beberapa kawasan melaporkan kes yang mana haiwan itu menyerang anjing peliharaan.

Woods memberitahu Clarion-Ledger bahawa dia mahu berehat untuk setahun atau mungkin selamanya selepas menyempurnakan misi berkenaan.

"Kami sudah selesai menangkap (aligator) yang besar tahun ini," katanya.


Disiarkan pada: Ogos 30, 2023 @ 12:13pm




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 5255 Replies : 21
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 177044 Replies : 4058
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 21869 Replies : 121
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 7092 Replies : 81
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 39764 Replies : 244
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 14548 Replies : 98
Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis
YgBenarDatuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan di
Views : 3602 Replies : 14
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73033 Replies : 2947
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 45439 Replies : 309
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2467 Replies : 14

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.539403 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list