"Lebih kurang hampir lima tahun saya berusaha untuk dikenali dalam dunia media sosial ini... ia bukan sesuatu yang mudah.
"Dalam empat tahun ini, saya menghabiskan lebih kurang RM400,000 untuk mengikuti kelas pemasaran bagi menempatkan diri supaya lebih dikenali di media sosial.
"Bagi saya pelaburan itu penting tetapi bukan semua orang ajar perkara yang betul, jadi berhati-hati untuk memilih tenaga pengajar yang bertauliah," ujarnya.
Ditanya adakah dia bersedia bergelar seorang pelakon, Boss James berminat untuk mencuba bidang baharu itu dan mahu memegang watak seorang gangster atau taiko.
Bagaimanapun, sehingga kini dia masih belum menerima apa-apa tawaran lakonan.
"Buat masa ini saya belum menerima apa-apa tawaran berlakon... sekiranya ada yang menawarkan sudah tentu saya berminat.
"Kalau boleh saya nak berlakon jadi taiko... tetapi tak tahulah menjadi atau tidak (ketawa).
"Memang ada netizen yang memberikan komen menyuruh saya untuk cuba berlakon... cumanya sekarang saya hanya jual bisnes tetapi kalau ada (tawaran berlakon) saya terima sahaja," katanya.
Sumber: mStar