View: 2833|Reply: 1
|
[Bahasa]
'Kami berdua saja cakap Cina'
[Copy link]
|
|
'Kami berdua saja cakap Cina'
TANGKAP layar video yang dikongsi Arba’a di TikTok.
Ampang: Menguasai bahasa selain bahasa Melayu yang juga Bahasa Kebangsaan tidak melenyapkan identiti bangsa atau melupakan bahasa itu, tetapi dianggap kelebihan dalam kehidupan masyarakat majmuk di negara ini.
Itu pandangan ibu lima anak, Arba'a Ali, 51, yang mendapat perhatian di TikTok selepas berkongsi videonya bersama anak perempuan, Fatimah Noryyah Mohd Noor Kosygin, 15, berbual dalam bahasa Mandarin dan menerima banyak komen positif.
Suri rumah itu berkata, dia dan Fatimah Noryyah bukan saja bercakap dalam bahasa Mandarin, malah boleh membaca dan menulis dalam bahasa itu kerana mereka pernah belajar di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SJKC).
Menurutnya, dia belajar di SJKC sehingga berusia 15 tahun sebelum bersekolah di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bharu manakala anaknya belajar di SJKC sehingga tahun enam sebelum ke sekolah menengah kebangsaan (SMK).
"Dalam keluarga, hanya kami berdua saja boleh bercakap bahasa itu manakala anak lain hanya tahu sikit-sikit saja dan mereka belajar dengan mendengar kami cakap bahasa Mandarin di rumah.
"Walaupun kami boleh cakap Bahasa Mandarin, tetapi itu bukan bermakna kami lupakan bahasa Melayu dan identiti bangsa. Di rumah, kami guna tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin.
ARBA’A bersama ahli keluarganya.
"Paling penting sesebuah institusi keluarga harus memberi pendidikan agama dan moral supaya anak mempunyai jati diri yang kuat," katanya.
Arba'a berkata, dia berpandangan seseorang individu yang boleh menguasai bahasa lain, selain bahasa Kebangsaan mempunyai kelebihan istimewa dan menambah kemahiran diri.
Menurutnya, disebabkan itu dia membuat video untuk dikongsi di TikTok kerana mahu memberi pilihan ruang kepada netizen mempelajari bahasa Mandarin dengan permulaan ayat dan kosa kata mudah.
"Malah, secara tidak langsung kami dapat memperkasakan lagi kemahiran kosa kata dan tatabahasa. Alhamdulillah, saya dapat komen positif netizen.
"Jumlah pengikut di TikTok semakin meningkat, bukan saja orang Melayu, malah Cina dan India. Namun yang paling terkejut ialah saya juga dapat pengikut dari China," katanya.
Katanya, negara sudah mencapai kemerdekaan selama 66 tahun dengan melalui kehidupan majmuk berbilang kaum yang mana kemampuan memahami bahasa lain juga dapat mengeratkan hubungan sesama masyarakat.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... dua-saja-cakap-cina
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Wo fu cher tau |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|